Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Saturday

hukum berjumpa bomoh,adakah berdosa.

Semua perubatan tradisional boleh diamalkan dengan syarat:

1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali
2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya
3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk.
4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an
5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit.
6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan
7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang
8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing.
9. Tidak boleh meninggalkan ibadat wajib seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan
10.Tidak menggunakan kaedah 'menurun' seperti memanggil roh simati....
 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template