1. Hadkan dan kurangkan perbincangan persoalan yg remeh-temeh yg membuang masa diri sendiri dan org lain.
2. tidak terlibat dengan permainan2 dan aplikasi yang bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. walaupun atas dasar "suka-suka".
3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi(khususnya bagi wanita). Perlu kita ingat yang gambar tersebut akan kekal di Facebook orang yg dikongsi dan juga syarikat Facebook.
4. Menggunakan akaun Facebook ini untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosikan kefahaman Islam..
5. Elakkan daripada mengumpat dalam Facebook kerana perbuatan mengumpat itu yang diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya...
6. Jaga aurat dan pandangan mata.. Jangan upload gambar2 yang tidak lengkap penutupan auratnya..
7. Akhir skali dan paling penting skali, kita patut sedar yang yang maklumat kita di Facebook boleh menjadi database (pangkalan data) pihak asing untuk memantau informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database seperti ni amat bernilai dalam pelbagai tujuan kejahatan dan ketamakan bagi pihak tertentu...
Sekian....Waallahualam