Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Tuesday

Bangsa lain menguasai warisan melayu Islam....nasib tulisan jawi

Berita satu ketika dahulu ada memuatkan kisah seorang pelajar lelaki berbangsa cina yang menguasai tulisan jawi. Budak bertuah itu bernama Tee Ren Kai berumur 7 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah rendah setiu Terengganu. Melihatkan latar belakang beliau yang bergaul dengan masyarakat melayu ditambah pula dengan sikap minatnya terhadap tulisan estetik ini, menyebabkan dalam usia sebegini, beliau berjaya menulis dengan baik. Dalam umur yang sama masih terlalu ramai pelajar sekolah melayu Islam yang buta jawi serta buta Al Quran. Persoalan yang seringt timbul adalah mengapa sering dikatkan tulisn jawi dengan nilai keislaman?

Sejarah merakamkan betapa usaha gigih sebegitu ramai mubaliqh Arab Islam yang hadir ke kepulauan nusantara serta mengembangkan keilmuan dan ketamadunan Islam disini. Ketamadunan melayu kuno berjaya diambil alih oleh unsur-unsur Islam yang ternyata kena dengan nilai otoktoni tradisi melayu kuno dahulu. Proses evolusi dan penyertaan nilai Islam yang terserap ke dalam hampir kesemua adat istiadat melayu menyebabkan agama ini berjaya menjadi benteng kepada kehadiran agama Kristian yang kemudiannya cuba dipasakkan ke dalam kehidupan melayu. Pentadbiran tanah jajahan London yang menguasai syarikat KHTI, telah melarang pedagang British daripada menjadikan agenda agama sebagai agenda utama mereka berbanding dengan Belanda dan Portugis. Sikap British ialah membritishkan melayu melalui sistem formaliti serta bermula dengan kehadiran takungan perindustrian barat ke dalam medan melayu. Hal ini berjaya dilakukan sehingga kini, sistem sekular, pendidikan sekular dan perdagangan yang mengkehendaki sistem jalanraya, sistem automatif serta udara memerlukan aspirasi ketamadunan barat sebagai sumber.

Begitu juga kita melihat tulisan jawi yang kemudiannya mencorakkan sistem perundangan melayu Melaka, kesusasteraan, perkeliling kerajaan, tulisan ilmiah serta tulisan untuk penyebaran agama Islam. Tulisan Palava, Rencong, Kawi dan Sanskrit menyukarkan proses transaksi ilmu Islam berlaku. Pengalaman umat Islam Cordova memanipulasikan tulisan dan bahasa Suryani sebagai jambatan peralihan ilmu Yunani ke dalam dunia Islam, menyebabkan pendakwah Islam di dunia melayu turut mencari 'formula' untuk memudahkan peralihan ini disamping ,mengekalkan sebutan dan bahasa tradisi orang melayu. Tulisan jawi langsung tidak menjejaskan bahasa suku-suku di kepulauan melayu sebaliknya menambahkan perbendaharaan bahasa arab ke dalamnya.

Secara umum, tradisi penjajahan adalah menghakis nilai 'esteem' masyarkat terjajah sehingga merungkai teruk ketamdunan mereka yang telah mula membangun. Hal ini yang dikawal oleh pemerintahan Jepun dengan menekankan dasar tertutup pada awalnya apabila melihat kebanjiran diplomat barat yang cuba memugar tradisi mereka. Namun, jepun tetap membanjirkan teknologinya dengan 'teknologi hibrid' melalui integrasi rapat saintis tempatan dan barat dan bukannya mencedok bulat-bulat hasil barat. Penjajahan akan cuba mengekalkan sistem yang ditinggalkan demi kesinambungan perhubungan erat ekonomi bekas jajahan dengan negara bekas penjajah. Hal ini dicatur dan tulisan jawi turut dijadikan mangsa globalisasi awal dunia. Pada saya globalisasi awal telah berlaku apabila Stamford Raffles menyajikan sistem ekonomi bebas yang bercanggah dengan agenda KHTI iaitu ekonomi monopoli British. Tulisan rumi adalah salah satu 'tenaga' globalisasi demi membawa hampir keseluruhan sistem barat/dunia ke lembah melayu. Terdapat 3 golongan yang menentang dasar penguasaan barat ke dalam yang berunsur barat. Selalunya pendapat ini dikuasai oleh golongan millenarian keagamaan. Yang kedua adalah golongan yang mendewakan kehidupan barat dan inginkan kemerdekaan secara kompromi telus dengan barat. Golongan ketiga adalah dengan menadaptasi sistem barat demi menguatkan bangsa Islam lantaran dunia yang telah dipengaruhi keseluruhannya dengan westophile. Golongan ketiga ini dimulai dengan perjuangan ala pan-Islam dan gerakan kaum Muda. Tradisi golongan ketiga ini diteruskan pula oleh gerakan politik aliran kiri yang lain. Di Malaysia golongan ini telah gagal. Golongan kedua yang kemudianya menang, mula mencorakkan masyarakat melayu secara ala-barat. Akibatnya kebergantungan masyarakat tempatan kepada ketamadunan barat berlaku kerana masyarakat tempatan tidak dapat mencorak sendiri tamadunnya. Isu Akta 152 di Dwan Bahasa Dan Pustaka adalah titik bermulanya usaha membarat kembali masyarakat melayu Islam.

Tulisan 'emas' ini kembali menerima nasib malang apabila dihakiskan dan dijadikan hanya sebagai subjek pilihan di Malaysia pada era 1960an. Usaha murni Pendeta Zaa'ba mensepadukan bahasa Melayu dan tulisan jawi termusnah begitu sahaja. Kini kita melihat nilai estetik tulisan jawi yang berteraskan al Quran mula tidak dijulang. Ia dijulang sebagai program rasmi yang kelihatan terlalu formal, asing dan janggal di dalam masyarakat. Program-program memertabatkan tulisan ini, hasil usaha Kementerian Kesenian ada nilai positifnya, tetapi masih kurang berjaya menjadikan tulisan ini 'biasa', 'rutin' atau keperluan dalam masyarakat Melayu kerana tenaga globalisasi yang turut dipanaskan dalam negara ini adalah lebih kuat lagi.

Saya pernah menjadi fasilitator untuk satu program sekolah menengah di Kolej Kauthar UKM pada tahun lepas. Dalam program itu saya menjumpai seorang pelajar India perempuan bernama Nira yang begitu gemarkan tulisan jawi. Rentetan daripada minat tersebut, beliau kemudiannya membaca banyak buku-buku yang bersusur galurkan asal-usul tulisan ini yang semestinya akan mengaitkan keilmuan Islam yang lain. Beliau menyatakan pada saya bahawa beliau akan cuba menyebarkan minat membaca dan menulis tulisan jawi kepada pelajar-pelajar melayu di sekolahnya. Usaha beliau mengharukan kita. Saya masih aktif mempromosikan pengajian Islam melalui kitab-kitab jawi lama yang masih bernada nahu arab asli. Pada saya terdapat 2 misi disini. Pertama mengenal ilmu agama, dan keduanya menguasai tulisan jawi warisan pendakwah arab yang gigih dahulu.

 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template