Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Thursday

Tangisan Ahli Neraka Yang Amat Dasyat

bersyukur-kepada-ALLAH
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.
( Surah Ali Imran : 104 )

Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang
menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya
(kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih)
dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun
pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami).
Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita
gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. ( Surah Al Maidah : 19 )

PENJENAYAH di penjara memiliki gelaran paling buruk yang diberi oleh
masyarakat kerana membenci perbuatan mereka. Si pencuri, perompak,
perogol dan pembunuh. Walaupun bertaubat atau tamat tempoh tahanan,
jarang masyarakat boleh menerima bekas banduan ini. Kalau pun boleh,
pasti mereka akan sentiasa berwaspada dan curiga. Betapa hebatnya
kebencian kepada perbuatan jenayah.

Dapatkah bayangkan keadaan manusia ketika berada di mahkamah Allah nanti?

Pada hari penghisaban, apakah akan terasa malu seperti si penjenayah
yang malu apabila kesalahannya menjadi bahan laporan dalam akhbar?
Bolehkah muka ini ditutup?

Bolehkah mengupah peguam paling hebat untuk menghadapi segala pertuduhan
ke atas diri sendiri? Mungkinkah semua orang boleh dibeli dengan wang
dan pengaruh? Adakah ada jalan untuk melarikan diri?

Kita manusia yang kerdil, tetapi mengapa berlagak seperti Tuhan Pemilik
segalanya? Manusia bertingkah seperti syaitan, padahal dia berada dalam
genggaman Tuhannya. Ketika dia merampas hak orang lain, segala rekod
perbuatannya itu disimpan kukuh sebagai bukti.

Mengapakah Allah SWT tidak menurunkan bala-Nya terus menerus pada saat
seseorang itu melakukan dosa? Jawapannya adalah firman Allah bermaksud:
“Berapa banyak penduduk negeri yang telah Aku beri tempoh, sedangkan
mereka berbuat zalim, kemudian Aku seksa mereka dan kepada-Ku mereka
kembali.” (Surah al-Hajj, ayat 48)

Biarlah pelaku dosa itu diberi tempoh selagi hayatnya di atas bumi ini
belum berakhir. Allah Maha Penerima Taubat. Tetapi, sayang sekali,
mereka suka menunda taubat, menganggap peluang itu untuk berpuas-puas
terlebih dulu dan bertaubat kemudian.

Semakin dihulur setiap peluang, maka semakin buta matanya, pekak
telinganya, keras hatinya dan hebat bergaya mengalahkan syaitan.

Diteguk segala kemanisan syahwat duniawi sehingga lupa kepanasan buah
zaqqum tanaman neraka yang akan diletakkan di dalam kerongkongnya nanti.

Hatinya puas menikmati kesenangan yang memuncak pada hujung keghairahan.
Tetapi, dia lupa di dasar lubang jahanam yang gelap itu nanti terpaksa
melalui aksi pembakaran manusia, penyeksaan dan pembunuhan yang tidak
pernah berhujung dengan kematian.

Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa
dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kita membayangkan jatuh dari
ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya?
Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh
ke dasar jurang neraka itu nanti?

“Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar
suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: “Tahukah kamu semua suara
apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.”
Baginda bersabda yang maksudnya: “Itu adalah suara batu yang dilemparkan
ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru
sampai ke dasarnya.” Hadis riwayat Imam Muslim

Sesungguhnya mereka yang berada dalam neraka itu hidup dan merasai
setiap kesakitan itu sedikit demi sedikit. Diganti setiap kulit yang
hangus dengan kulit yang baru. Sehari di sana sama seperti seribu tahun
di dunia ini.

Mengapakah mereka memilih kesenangan haram yang sebentar saja di dunia
ini? Pada hal mereka pandai mengira, tahu membezakan makna sengsara dan
bahagia, berakal tajam dalam menganalisis segala sesuatu. Allah
mengingatkan kita bahawa azab dan sengsara yang akan diderita itu bukan
sebentar. Firman-Nya bermaksud; “Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu
seperti seribu tahun daripada apa yang kamu hitung.” (Surah al-Hajj,
ayat 47)

Bagaimanakah suara tangisan ahli neraka? Pernahkah anda mendengar
tangisan orang yang dipisahkan daripada keluarganya? Tangisan orang yang
menderita sakit dan terpaksa disuntikkan ubat penahan sakit? Tangisan
orang yang kematian anak yang disayang? Tangisan orang yang gagal dalam
kerjaya? Tangisan perempuan yang disakiti suaminya? Tangisan orang kaya
yang muflis? Tangisan ibu dan bapa yang disakiti anaknya?

Semua jenis tangisan di atas dunia ini tidak sehebat tangisan ahli
neraka. Tangisan yang mengalirkan penyesalan tidak berhujung. Tiada
harapan dan peluang.

Mereka merayu kepada Tuhan: “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami
daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia) maka jika kami kembali kepada
kekufuran, sesungguhnya kami adalah orang yang zalim.” (Surah
al-Mukminun, ayat 107)

Allah menjawab rayuan mereka itu dengan firman-Nya bermaksud:
“Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya dan janganlah kalian bercakap
dengan Aku.” (Surah al-Mukminun, ayat 108)
airmata
Oleh itu, jika anda menangis di dunia ini, pastikan tangisan itu adalah
tangisan penyesalan dan taubat kepada Allah .

Barang siapa yang banyak menangis di sini, nescaya tiada air mata lagi
yang akan jatuh menitis di Padang Mahsyar nanti.

Balasan Allah sangat adil. Saksi yang dipanggil adalah anggota badan
kita sendiri. Menunduklah wajah yang dulunya terngadah sombong, kecutlah
hati yang dulunya bongkak dan bengkak serta menggigil sekujur badan
bagai hendak melepaskan kulit.

Lalu kita bertanya, layakkah aku mendapat perlindungan Allah ?
Jawapannya payung Allah itu hanya untuk tujuh golongan saja.

Pemimpin yang adil.
Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid.
Dua orang yang saling mencintai kerana Allah , keduanya berkumpul &
berpisah kerana Allah .
Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan
untuk berzina tetapi dia berkata, “Aku takut kepada Allah “.
Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air
matanya

taubat
 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template