Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Friday


Islam yang sebenar


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila salah seorang dari

kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya

dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka

tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis

baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya

hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan

tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan

ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”

Riwayat Bukhari

Huraian:

  • Islam adalah suatu agama yang mulia dan
  • ia memuliakan penganutnya.
  • Buktinya Islam memberikan ganjaran yang
  • sangat besar bagi setiap kebaikan yang
  • dilakukan di mana kelebihan atau
  • ganjaran ini tidak akan diperolehi
  • dengan pengakuan mulut sahaja
  • (mengaku Islam sahaja) tetapi
  • hanya akan dicapai dengan
  • mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan
  • ihsan kerana Allah S.W.T.
  • Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan
  • kebaikan dengan sebaik-baiknya, lengkap dengan
  • segala peraturan serta ikhlas
  • kepada Allah iaitu bersih dari
  • perbuatan syirik dan sifat munafiq
  • serta bersih daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya.
  • Dengan lain perkataan ihsan itu adalah
  • mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah
  • seseorang itu melihat Allah serta meyakini
  • bahawa Allah sedang memerhatikannya.
 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template