Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Wednesday

Gangguan Ghaib

♥ PENGERTIAN SIHIR MENURUT BAHASA ARAB

Telah berkata al-Laith "Sihir ialah amalan untuk mendekatkan diri dengan syaitan dan meminta pertolongannya".

Berkata al-Azhari "Sihir berasal daripada memesongkan sesuatu dari hakikatnya kepada sesuatu yang lain".

Berkata Ibnu Manzur "Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal" .

Telah meriwayat Syamr daripada Ibnu A'isyah "Orang-orang arab menamakan sihir itu sihir adalah kerana sihir boleh mengubah kesihatan seseorang daripada sihat kepada sakit" .

Berkata Ibnu Faris tentang sihir "Telah berpendapat satu kaum arab bahawa sihir ialah menampakkan sesuatu yang bathil dalam bentuk kebenaran".

Dalam Mu'jam al-Wasith menyebutkan bahawa sihir itu ialah "Sesuatu yang lembut (tersembunyi)" .

Telah berkata pengarang Muhith al-Muhith "Sihir ialah menampakkan sesuatu itu dalam bentuk yang baik pada pandangan manusia sehingga menjadi fitnah" .

♥ SIHIR MENURUT ISTILAH SYARAK

Telah berkata Fakhruddin al-Razi "Sihir menurut uruf syarak ialah setiap perkara yang tidak di ketahui sebabnya dan pandangan terhadap sesuatu itu tidak seperti hakikatnya ia ialah sesuatu yang mengelirukan dan penipuan."

Telah berkata Ibnu Qudamah al-Maqdisi "Sihir ialah terdiri daripada ikatan (halang dari persetubuhan ), jampi-jampi, ucapan tertentu atau dalam bentuk tulisan, amalan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang yang disihir pada hati dan akalnya tanpa menyentuhnya. Sihir boleh membunuh, mendatangkan penyakit, suami tidak boleh menggauli isterinya, berlakunya perceraian, menimbulkan kebencian, menyemarakkan cinta dan syahwat".

Telah berkata Ibnu Qayyim "Sihir ialah berpunca daripada kesan campur tangan roh-roh yang jahat (jin & syaitan)."

♥ CARA BOMOH / TUKANG SIHIR BERSAHABAT DENGAN SYAITAN DAN JIN

Terdapat berbagai cara yang diamalkan oleh bomoh dan tukang sihir untuk mendapatkan khidmat syaitan dan jin dalam perubatan atau untuk melakukan sihir terhadap seseorang. Kaedah yang digunakan adalah berbeza mengikut susur galur perguruan yang diterima oleh seseorang bomoh atau tukang sihir. Apa yang pastinya adalah, untuk melakukan sesuatu perbuatan sihir,bomoh atau tukang sihir tersebut perlu melakukan sesuatu amalan dan upacara tertentu yang bercanggah dengan syariat islam. Antaranya ialah menjadikan mus'haf al-Qur'an sebagai alas kaki untuk masuk ketandas, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan najis, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan menggunakan darah haid sebagai dakwat, menulis atau mengamalkan sesuatu surah secara terbalik seperti membaca surah al-fatihah dan al-ikhlas secara songsang, solat tanpa wudhuk, tidak mandi hadas, membuat sembelihan tanpa menyebut nama Allah dan bersemah untuk syaitan atau tok keramat, menyembah bintang-bintang, rogol atau sumbang mahram dan ada pula yang menulis mentera-mentera yang tidak diketahui maknanya dengan lafaz-lafaz yang mengandungi unsur-unsur syirik terhadap Allah s.w.t.

Di sini kita dapat faham bahawa jin dan syaitan tidak akan membantu para bomoh atau tukang sihir kecuali ada persetujuan kedua-dua pihak dari sudut imbalan. Bomoh / tukang sihir perlu melakukan sesuatu yang ditegah syarak sebagai imbalan / upah atas kerja yang dibuat oleh golongan jin dan syaitan. Semakin kufur bomoh tersebut maka semakin taatlah syaitan kepadanya. Jika tukang sihir tidak melaksanakan tuntutan syaitan ini maka syaitan tersebut juga tidak akan bersedia untuk menjadi khadamnya. Oleh itu tukang sihir dan syaitan adalah dua sahabat karib dalam melaksanakan sihir.

Jika anda perhatikan dengan mata hati yang ikhlas kepada Allah, maka anda akan dapati dengan jelas wajah kekufuran tukang sihir seperti mendung hitam.

Jika anda kenali tukang sihir dengan lebih dekat maka anda dapati kehidupan mereka amat hina sekali, mereka tidak ada kelapangan jiwa, hidup tidak tentu arah, mereka sentiasa cemas dan tidak tenteram. Di samping sahabat-sahabat mereka dari kalangan syaitan sering mengganggu dan menyakiti anak-anak mereka.

♥ SIMPTON-SIMPTON AWAL GANGGUAN JIN

Sakit kepala selepas waktu asar keatas. Malas beribadat.
Badan terasa berat dan malas. Nyanyuk ketika usia lanjut.
Sukar mendapat jodoh. Panas baran.
Badan terasa bisa-bisa. Sikap berubah secara mendadak.
Sakit ketika ziarah orang meninggal. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Sukar tidur malam. Suka melakukan tabiat buruk.
Sakit pinggang tanpa sebab. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. Kerap keguguran / Mandul
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. Gagal melakukan hubungan kelamin.
Bermimpi di tempat tinggi. Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi di tempat yang kotor. Bermimpi seram yang menakutkan.
Ada terasa benda bergerak di bawah kulit. Darah haid turun lebih 15 hari.
Bayi kerap menangis. Batuk yang berpanjangan.
Bunyi guli jatuh diatas syiling. Selalu ditindih ketika tidur.
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
Kuat berangan. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Nafsu seksual yang melampau. Selalu melihat kelibat di rumah.
Terasa diri selalu diperhatikan. Kerap mendengar sesuatu bisikan
Melihat jin secara terus. Sakit mental atau gila.
Sakit pada anggota badan tertentu (contohnya : kepala / dada / pinggang / kaki / dsbnya) terutamanya
selepas waktu Asar.
 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template