Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Thursday

Teknik Terbaik Persediaan Minda Untuk Belajar

Kejayaan adalah sesuatu yang diidamkan oleh setiap manusia.Sama ada ia ingin berjaya dalam apa jua bidang / kerjaya diceburi atau ingin berjaya dalam kehidupan / kekeluargaan / rumahtangga / perniagaan / sukan atau apa-apa saja yang penting kejayaan adalah idaman setiap manusia.

Jesteru itu ramai yang tahu apakah faktor-faktor yang perlu ada untuk seseorang itu berjaya antaranya mempunyai sikap yang disenangi, rajin, semangat, sabar, focus, sihat dan berbagai lagi.

Oleh itu dengan memiliki otak yang sihat bertenaga adalah satu asset untuk menjamin seseorang itu mencapai kejayaan kerana otak adalah permulaan sebelum perkara lain berlaku.

Jika anda berjaya mencapai sesuatu, apakah organ yang sering dikaitkan dengan kejayaan anda? Adakah orang akan mengaitkan dengan siku, buah pinggang atau lengan anda? Sudah tentu kejayaan anda dikaitkan kecerdikan dan kebijaksanaan iaitu otak anda.Setuju?

Kenali Otak Anda

• Otak merupakan 1/3 daripada berat badan anda iaitu jika berat anda 60 kilogram maka berat otak anda adalah 20 kilogram.

• Otak telah berfungsi seawal 120 hari (4 bulan) ketika anda berada di dalam kandungan ibu.

• Otak tidak pernah berehat walau seketika.

• Membantu menyelesaikan segala masalah

• Mengawal pergerakan organ-organ badan

• Mempunyai 18 billion sel otak yang berbeza dengan sel badan.

• Otak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-

• Otak sedar

• Otak bawah sedar


Bagaimana Otak Mempengaruhi Tindakan Dan Kejayaan Anda.

Tugas Otak Sedar.

• Otak sedar menerima segala maklumat yang berlaku di persekitaran anda setiap hari
• Tidak kira yang negative atau positif.
• Katakan otak lebih banyak menerima maklumat yang positif maka cas positif menguasai otak.Sebaliknya jika maklumat negative lebih banyak daripada daripada positif maka cas negative menguasai otak anda.

Tugas Otak Bawah Sedar.

• Otak bawah sedar pula menyimpan semua maklumat yang diterima oleh otak sedar.
• Ini bermaksud dalam memori / ingatan anda bergantung kepada maklumat yang diterima oleh otak sedar.
• Jika postif melebihi negative, memori anda hanyalah positif.
• Jika negative melebihi positif, maka memori anda adalah negative.
 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template