Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Monday

ASAS ISLAM 1

ASAS-ASAS ISLAM

Bahagian 1

Abu’l A’la Al-Maududi

Diterjemahkan oleh: H.O.K. Rahmat

Terbitan : DEWAN PUSTAKA FA.JAR- 1985 (1397 H)

dengan izin khas dan Ustaz Yahaya Othman, Kota Bharu, Kelantan © Hak cetak dan terjemahan

terpelihara.

Prepared by mufias 2003, istiqamah_mfs@yahoo.com

DAFTAR KANDUNGAN

FASAL PERTAMA: AGAMA ISLAM

— Mengapa Agama ini dinamai Islam

— Makna perkataan Islam

— Hakikat Islam

— Hakikat Kufur

— Kemudratan kufur dan kesan-kesan jahatnya

FASAL KEDUA: IMAN DAN TA’AT

Hajat manusia kepada ilmu dan yakin untuk ta’at

— Makna Iman

— Jalan untuk sampar kepada ilmu dan yakin

— Iman kepada yang ghaib

FASAL KETIGA: KENABIAN

— Hakikat keNabian

— Mengenal Nabi

— Ta’at kepada Nabi

— Keperluan iman kepada Nabi Singkatan sejarah keNabian

— KeNabian Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam

— Tetapnya keNabian Muhammad

— Kesudahan keNabian

— Dalil-dalil merigenai kesudahan keNabian

FASAL KEEMPAT: IMAN SECARA TERURAI

— Iman akan Allah

— Makna tiada Tuhan melainkan Allah

— Hakikat tiada Tuhan melainkan Allah

— Kesan ‘aqidah tauhid dalam kehidupan manusia

— Iman akan Malaikat Allah

— lman akan Kitab-kitab Allah

— Iman akan Rasul-rasul Allah

— Percaya akan Hari Akhirat

— Keperluan mempercayai Hari Akhirat

— Kebenaran ‘aqidah Akhirat

— Kalimah yang baik

FASAL KELIMA: ‘IBADAT-’IBADAT

— Makna ‘ibadat

— Sembahyang

— Puasa

— Zakat

— Naik Haji

— Memelihara Islam

FASAL KEENAM: AGAMA DAN SYARI’AH

— Perbedaan antara Agama dan Syari’ah

— Perantara untuk mengenal hukum Syari’ah

— Fiqh

— Tasawwuf

FASAL KETUJUH: HUKUM SYARI’AH

—Asas-asas Syari’ah

— Hak-hak dan bahagiannya yang empat

— Hak-hak Allah

— Hak-hak diri

— Hak-hak para hamba

— Hak-hak seluruh makhluk

— Syari’ah alam yang kekal

FASAL PERTAMA

AGAMA ISLAM

mengapa agama ini dinamai Islam — erti perkataan Islam

hakihat agama Islam — hakikat kufur — mudrat-mudrat

kufur dan kesan-kesan buruknya — faedah-faedah Islam

MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing

ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu

yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil

namanya daripada A1-Masih ‘a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama

Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panjipanjinya

bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah

yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian

seterusnya.

Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak

kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh

makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan

pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu

melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi

ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau

manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah

seorang Muslim.

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam

ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”.

Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk

kepada perintahNya tanpa membantah.

HAKIKAT ISLAM

Adalah dimaklumi bahawa tiap sesuatu yang ada di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu

dan undang-undang yang khas. Matahari, bulan dan bintang-bintang menjalani peredarannya

mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dan kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun

sesimpul rambut. Bumi beredar di sekeliling kutubnya, tidak bergerak lebih daripada kadar yang

ditentukan baginya. Pergerakan dan perjalanan gerakannya tidak berlain dan tidak bertukar. Air,

udara, cahaya dan panas, semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas. Benda-benda beku,

tumbuh tumbuhan dan binatang-binatang, semuanya mengikut cara yang tetap, tidak mengembang

dan tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturNya. Bahkan

manusia sendiri, apabila anda perhatikan ke adaannya, nyatalah kepada anda bahawa ia tunduk

kepada ketentuan tabi’i sepenuhnya. Ia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air,

makanan, cahaya dan panas melainkan mengikut undang-undang tabi’i yang berkenaan dengan

hayatnya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam

gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya. Kepadanya tertakluk

seluruh anggota tubuhnya, seperti otak, perut, paru-paru, urat-sarap, urat-urat daging, dua tangan,

dua kaki, lidah, dua mata, hidung dan telinga. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh anggota-anggota

ini tidak akan berlaku melainkan mengikut apa yang ditentukan oleh tabi’i. Mereka tidak akan berbuat

apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan baginya.

Adapun undang-undang semesta, yang kepadanya Seluruh alam maujud ini menyerah, dan

tiada kuasa baginya menghindarinya, mulai danipada planet yang terbesar di langit, sampai kepada

butir pasir yang paling kecil di bumi, adalah ciptaan maha pemiik, maha agung dan maha berkuasa.

Apabila setiap yang ada dilangit, di bumi, dan di antara keduanya tertakluk kepada undang-undang ini

maka alam seluruhnya tunduk kepada pemilik yang maha berkuasa itu, yakni yang menciptanya; ia

mengikut akan segala perintah Nya. Dan sudut ini, nyata bahawa Islam itu adalah agama sejagat

semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi

laranganNya tanpa bantahan sebagai yang anda ketahui terdahulu. Mata hari, bulan dan bumi adalah

benda-benda Muslim (yang menundukkan din — pent). Udara, air,cahaya, kegelapan dan panas adalah

benda-benda Muslim. Pohon, batu dan haiwan adalah benda-benda Muslim. Bahkan juga manusia

yang tidak mengenal Tuhannya dan yang mengingkari ujudNya dan yang mengingkari tanda-tanda

kebesananNya, atau orang yang bertuhankan selain Allah, atau yang menyengutukan Tuhan dengan

yang lainNya, adalah seorang Muslim dan segi fitrah yang telah difitrahkan kepadanya. Yang demikian

itu, kerana ia tidak dilahirkan, tidak hidup dan tidak mati melainkan sesuai dengan apa yang telah

digariskan Allah Ta’ala di dalam undang-undang yang mengatur kelahirannya, yang mengatur hidup

dan matinya. Demikian juga, setiap anggota tubuhnya tidak menganut sesuatu agama melainkan

agama Islam: kerana ia tidak terjadi, tidak menjadi besar dan tidak bergerak melainkan mengikuti

undang undang Tuhan itu sendiri. Bahkan pada hakikatnya, lidahnya yang dipergunakannya untuk

menzahirkan pandangan pandangan syirik (menyengutukan Tuhan — pent.) dan kufur secara bodoh

dan jahat, tidak menganut agama — dalam dirinya — melainkan agama Islam. Demikian juga

kepalanya yang memaksanya tunduk di hadapan yang lain daripada Allah tidak menganut sesuatu

agama melainkan agama Islam, mengikut fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya. Demikian juga

hatinya yang mengaliri dirinya dengan cinta kepada selain Allah dan penghormatannya kepada

kejahilan dan kejahatan, seluruhanya ini adalah Muslim dan sisi fitrahnya dan semulajadinya. Maka

semuanya itu telah Islam (tunduk — pent.) kepada Allah dan mengikut undang-undangNya.

Jika anda telah memahami ini marilah kita lihat pula dan sudut lain. Bagi manusia, dalam

hidupnya ada dua pihak yang berlainan:

Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah, mengikutinya begitu sahaja. Yang lain,

kepadanya didatangkan akal, kekuatan berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam

pada satu pihak dan ingkar pada yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara.yang lainnya.

Diletakkannya dalam dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke hidupan yang bermacam-macam itu. Atau

ia menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak terbelenggu di

dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih dalam pandangan dan perbuatan.

Ini adalah dua golongan yang berlainan yang dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang

mengikut apa yang ada padanya. Golongan yang pertama adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam

dan telah terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini. Ini telah pun anda

ketahui terdahulu.

Golongan yang lain, Islam atau tidaknya adalah dengan piihan. Dan pilihan ini menyebabkan

manusia tergolongan dalam dua golongan:

Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan, pemilik dan tuan bagi

dirinya. Ia mengikuti undang-undang syara’Nya di dalam kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah),

sebagaimana ia menurut kepada undang undang tabi’iNya dalam kehidupan paksaannya (al-jabariah).

Inilah orang Muslim yang sempurna, yang telah menyempurnakan Islamnya, kerana kehidupannya

sekarang telah menjadi Islam itu sendiri. Ia telah menundukkan diri — secara gemar dan ta’at —

kepada yang dipatuhinya dan yang ia terikat kepada undang-undangNya tanpa perasaan sebelumnya.

Dan jadilah ia sekarang — secara qasad dan sengaja — ta’at kepada Tuhannya, yang sebelum itu

dipatuhinya tanpa qasad dan kemahuan. Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah

penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar. Dan

jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya, kemudian ia

menetapkan hokum bahawa ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah

memberinya kemuliaan dengan kebijakan berfaham dan berfikir di dalam perbagai perkara. Dan

jadilah lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan kepada

Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap

dan berkata. Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana

ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi

panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan semua makhluk di alam

ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui.

Tuhan yang kepadaNya seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan

terikat kepada undang-undang Nya Sekarang, jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di muka bumi

ini. Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Dan dirinya adalah untuk Allah Ta’ala sendiri-Nya.

HAKIKAT KUFUR

Berhadapan dengan golongan ini ada manusia lain. Ia dilahirkan Muslim, hidup muslim

sepanjang hayatnya, yang kelslamannya tidak diketahui atau disadarinya, tetapi ia tidak

menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang

membukakan pendengaran dan penglihatannya. Ia mengingkari wujud Tuhan. Ia merasa bongkak

untuk memperhambakan din kepada Tuhan. Ia enggan mengikatkan dirinya kepada undang-undang

syara’ dalam menggunakan haknya untuk berbelanja dan memiih pekerjaan dalam hidupnya. Atau

djsekekutukannya Tuhan dengan yang lain. Ia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan

kemahaesaan Tuhan. Inilah dia orang kafir.

Dengan demikian maka erti kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. Kata orang (ia

menutupi baju besinya dengan bajunya): yang bermakna:

apabila ditutupinya dan baju dipakainya di atas bajubesi. Maka lelaki seperti itu disebut sebagai “kafir”

kerana ia menutupi fitrahnya dan melingkupinya dengan tudung ke jahilan dan kejahatan.

Sesungguhnya anda telahpun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan dalam

fitrah Islam. Dan setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dan

dunia sekelilingnya tiada beredar mengikut edarannya melainkan menurut Sunnah Islam. Tetapi

semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dan

pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya. Anda menyaksikannya tiada menggunakan kekuatan

fikiran dan ilmunya melainkan mengenai perkara perkara yang berlawanan dengan fitrahnya. Ia tiada

melihat sesuatu melainkan yang bertentangan dengannya. Dan ia tidak mengusahakan sesuatu

melainkan apa yang membatalkannya.

Anda boleh membayangkan sendiri sekarang apa yang diputarbalikkan oleh orang kafir tentang

kesesatan yang jauh dan kesalahan yang nyata.

KEMUDRATAN KUFUR DAN KESAN-KESAN JAHATNYA

Kufur itu adalah jahil bahkan jahil yang hakiki itu adalah kufur. Ertinya: Kejahilan manakah yang lebih

besar dan lebih hina daripada kejahilan orang yang tidak mengenal Tuhannya? Ia menyaksikan

penciptaan alam yang besar ini, berkenalan dalam pekerjaannya, siang malam tetapi ia tidak mengenal

siapa yang menciptakannya dan yang memerintah kepadanya untuk bergerak terus menerus.

Siapakah yang telah menumpuk batubara, hidrogen, oksigan, sodium dan kalsium, dan bendabenda

lainnya yang tidak mempunyai hidup dan akal? Dan siapakah yang mengeluarkan daripada

alam ini benda besar dan mustahak seperti manusia? Atau, tidakkah ia merasa ajaib ketika

menyaksikan beragam-ragam benda di setiap pelusok alam ini? Semua itu dengan sendirinya

menunjukkan hajat kepada pertukangan dan pengindahan rupabentuknya, yang mempunyai

kemahiran satu-satunya yang tiada saingannya dalam ke juruteraan, keahlian, ilmu kimia dan ilmuilmu

lainnya. Meskipun demikian akalnya tidak menunjukinya kepada pengenalan akan Yang Maha

Mulia, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang telah menukangi dan menyusunnya.

Fikirlah sedikit: Adakah mungkin terbuka pintu ilmu yang benar pada diri orang seperti ini

orang yang telah sesat dan sejak pangkal pengetahuannya lagi? Orang seperti ini, meskipun telah

sampai kepadanya pemikiran dan penelitian, dan telah menambah pembahasan dan penyelidikan,

tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus dan benar yang menyampaikannya kepada

ilmu yang benar di dalam sesuatu bidang kehidupan, kerana ia menghadapi kegelapan ke sejak

permulaan. Demikian seterusnya, ia tidak menghadapi yang lain melainkan kegelapan kejahatan

sampai kepada akhirnya.

Kufur itu adalah suatu kezaliman! Bahkan kezaliman yang paling besar dan paling jahat adalah

kufur. Yang demikian itu, kerana makna kezaliman ialah anda letakkan sesuatu pada bukan

tempatnya yang layak, dan anda gunakan dia secara paksa untuk sesuatu yang tidak wajar mengikut

fitrahnya. Andapun telah mengetahui bahawa segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi terikat

kepada perintah Allah, difitrahkan dengan fitrah Islam (penundukan diri — pent.). Sehingga pun

manusia dan tubuh badannya dan segala anggota tubuh yang melingkupinya tidaklah dilahirkan

melainkan atas fitrah ini. Ya, tiada syak lagi, bahawa sesungguhnya Allah pada satu pihak telah

memberi haq kepada manusia untuk menggunakan anggota-anggota tubuhnya. Tetapi mengikut

kehendak fitrahnya manusia tidak boleh menggunakannya melainkan sekadar yang diredhai oleh

penciptanya.

Adapun orang yang kafir kepada Allah menggunakan anggota tubuhnya itu tanpa bersesuaian

dengan fitrahnya. Anda lihat ia memenuhi hatinya dengan kegelapan, membesarkan yang lain

daripada Allah, cinta dan gemar kepada yang lain daripada Allah, sedangkan fitrah yang difitrahkan

dalam kalbunya menuntutnya supaya memenuhinya dengan cahaya membesarkan Allah, cinta dan

gemar kepadaNya, Allah tempat bergantung, yang esa sendiriNya. Dan dengan demikian ia

menggunakan sëluruh anggota tubuhnya dan segala yang ada di bawah kekuasaannya di alam ini

untuk sesuatu yang bertentangan dengan keredhaan Allah Ta’ala, manakala hukum tabi’i yang

menguasai anggota tubuhnya dan segala yang dipunyainya itu menghendaki agar ia tidak

mempergunakannya melainkan sesuai dengan apa yang ditentukan oleh undang-undang Tuhan yang

maha tinggi. Demi Allah, anda jawablah kepadaku: Siapakah yang lebih zalim danipada orang yang

menghendaki hidupnya untuk menzalimj segala yang ada di dunia ini sekalipun dirinya sendiri?

Bukan, kufur itu bukan hanya zalim. Tetapi lebih daripada itu, ia adalah juga suatu

pemesongan, suatu penentangan, pengingkaran dan kekejian yang dilakukan terhadap peraturan

Allah.

Atau, adakah anda lihat manusia itu menjadi pemilik bagi sesuatu yang ada di hadapannya? Siapakah

yang men jadikan akal dan otaknya? Adakah dirinya sendiri atau Allah ‘Azza wa Jalla? Dan siapakah

yang menciptakan kalbu dan lisannya, dua mata dan dua telinganya, dua kaki dan dua tangannya,

dan seluruh anggota tubuhnya? Adakah dirinya sendiri atau Allah Tabaraka Wa Ta’ala? Dan siapakah

yang mempermolek ciptaan benda-benda itu dan menjadikannya berguna bagi pemiliknya dan

menetapkannya untuk dipergunakan dan mengambil faedah daripadanya? Dia sendirikah atau Allah

s.w.t.?

Tidak dapat tiada jawapan anda ke atas pertanyaan pertanyaan ini ialah, bahawa seluruhnya

ini adalah kepunyaan Allah sendiriNya. Ia yang menciptakannya dan Ia pula yang memolekkan

rupanya. Dia pemiliknya dan Dialah yang telah memberi ni’mat kepada manusia dengan benda benda

itu. Apabila inilah hakikat, dan memang demikianlãh yang benar tanpa disangsikan, maka siapakah

orang yang paling banyak kezalimannya, yang paling derhaka dan yang paling menentang di antara

orang-orang yang menggunakan akalnya untuk berfikir mengenai sesuatu yang berlawanan dengan

keridhaan Allah Ta’ala dan memenuhi kalbunya dengan fikiran yang boleh menimbulkan

kemurkaanNya, dan dia memaksa lidahnya, dua matanya, dua tangannya dan dua kakinya untuk

beramal dengan perbuatan yang menafikan hukum-hukum Allah dan titah perintahNya? Anda akan

menghukum seorang hamba yang hidup dengan rezki dan pada tuannya tetapi tiada dipeliharakannya

hak-hak tuannya itu sebagai manusia yang ingkar. Demilkian juga, anda akan menuduh seorang

pegawai yang menggunakan kuasa pentadbir yang ada padanya berlawanan dengan maslahat kerajaan

sebagai seorang yang menderhaka dan terkeluar daripada pemerintahan. Dan anda akan mengatakan

bahawa seseorang itu ingkar apabila ia melengah-lengahkan hak tuannya untuk menenima sesuatu

kebaikan.

Tetapi, apakah hakikat kekafiran, kederhakaan dan pelalaian hak-hak manusia lain

seumpamanya? Dan manakah datang rezki manusia sehingga ia mesti berbuat baik dengan hartanya

itu kepada manusia lain? Adakah tidak, Allah Ta’ala sendiri yang memberinya kekuatan, kekuasaan

dan pemerintahan? Mengapakah manusia itu mesti memberi ni’mat kepada manusia seperti dia dan

berbuat baik kepadanya? Adakah tidak Allah Ta’ala yang telah menetapkannya untuk semua itu?

Sesungguhnya hak yang paling besar pada manusia dalam dunia ini ialah kewajipan ke atas ibubapanya.

Siapakah yang telah menanamkan rasa kasih mesra terhadap anak-anak di dalam hati ibubapanya?

Atau, siapakah yang telah menjadikan seorang ibu penyayang kepada anak yang

dikandungkannya secara bersusah payah dan dilahirkanya secara bersusah payah pula? Atau,

siapakah yang telan menanamkan di dalam hati ayah untuk dengan suka-rela dan tenang memberi

nafkah daripada usaha titik peluhnya kepada segumpal daging yang hina, dan kemudian berusaha

dengan menghabiskan banyak waktu, harta dan kelemah lembutannya untuk mendidik dan mengajar

anak itu?

Demi Allah, katakanlah kepadaku: Adakah lagi kekafiran yang lebih keji daripada kekafiran orang yang

tidak beriman kepada Allah dan enggan mengakui kellahian dan keRabbian Nya dan membangkang ke

atas titah perintahNya? Mungkinkah anda jumpai suatu kederhakaan yang lebih dahsyat daripada

kederhakaannya; dan pengkhianatan yang lebih hebat daripada pengkhianatannya; dan keingkaran

yang lebih tebal daripada keingkarannya?

Janganlah anda menyangka bahawa manusia boleh mendatangkan mudrat kepada Allah jika ia

mengkafiriNya. Bagaimana boleh jadi seperti itu, Allah Ta’ala mempunyai kerajaan yang besar yang

tidak diketahui jauh dan dekatnya meskipun manusia telah mencuba bersungguh-sungguh secara

terus menerus, dan untuk maksud itu mereka mempergunakan alat peneropong yang besar. Bumi ini

sujud kepada Allah s.w.t. Demikian juga matahari, bintang Marikh dan planit-planit besar lainya, yang

semuanya itu adalah benda benda tak berharga. Anda lihat benda-benda ini seperti bulatan-bulatan

kecil yang hina di dalam kerajaanNya. Dan bagi Allah ‘Azza wa Jalla perbendaharaan langit dan bumi

tanpa saingan dan tanpa penentang. Ialah tempat bergantung yang maha pemurah dan maha mulia

yang kepadaNya semua berhajat, sedangkan ia tidak berhajat kepada sesiapapun.

Bagaimanakah manusia ini? Ia adalah makhluk yang lemah dan hina, yang tidak dapat

mendatangkan sesuatu mudrat kepada Allah meski ia kafir kepadaNya. Sesungguhnya, jika ia

beriman, itu adalah untuk kepentingannya; dan jika ia kafir, kesannya akan tertimpa kepadanya.

Di antara natijah kufur dan kemaksiatan yang tidak boleh tidak, ialah rakaman kemenyesalan

dan kegagalan bagi manusia. Ia tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan ilmu yang lurus selamalamanya,

kerana ilmu yang tidak mengenal Tuhannya tidak mungkin mengenal yang lainnya dengan

benar. Dengan demikian tidak dapat tiada ia akan menjalankan akalnya melalui jalan-jalan yang tidak

rata dalam setiap keadaan hidupnya. Sesungguhnya akal yang tidak menunjuki untuk mengenal

penciptanya, bagaimana pula ia boleh mengenal yang lainnya secara sihat? Demikianlah, tak dapat

tiada ia akan menjadi orang yang tak tentu hala. Ia menempuh kegagalan demi kegagalan dalam setiap

pekerjaannya. Akan menjadi biasalah akhlaqnya, kemajuannya, pergaulannya, kehidupannya,

pemerintahannya dan politiknya. Jadilah ia manusia perusak di muka bumi ini menumpahkan darah,

mempermain-mainkan hak manusia. Mereka akan berona dengan warna-warni kezaliman dan

kekasaran. Demikianlah, ia mendorongkan dirinya ke dalam kehidupan dengan fikiran jahat dan

perbuatan munkar.

Ini dalam hidup dunia. Adapun dalam kehidupan akhirat, di hadapan wajahnya terpampang

segala penyelewengan! — yang kecil atau yang besar — yang semuanya akan disaksikannya. Di

hadapan mahkamah Allah yang adil, kesnya akan dipertanggungwabkan kepadanya oleh akal dan

hatinya, oleh dua mata dan dua telinganya, oleh dua tangan dan dua kakinya, dan oleh seluruh

anggota tubuhnya:

“Ya Tuhan! Bahawa orang yang zalim ini telah lari daripada Engkau dalam hidup dunia enggan

mengingati Engkau, dan dipaksanya kami berbuat ma’siat kepada Engkau”.

Di dalam mahkamah yang adil ini tidak ada tawar menawar, tiada pujuk-rayu dan tiada

syafa’at. Bumi, yang di atasnya ia berjalan dan di atas permukaannya ia tinggal, murka kepadanya

kerana mema’siati Allah Ta’ala. Demikian juga harta yang diperolehnya dengan jalan yang haram dan

dibelanjakannya kepada jalan yang haram pula, dan benda benda yang dipergunakannya dengan cara

penggunaan orang jahat yang mendatangkan perseteruan dan berbuat zalim, dan alat-alat serta

kekuatan yang digunakannya dalam melakukan kezaliman dan perseteruan dengan cara paksa ke atas

benda-benda itu, semuanya murka kepadanya. Dan Allah s.w.t. — hukum siapakah yang lebih baik

daripada hukum Allah — telah mencatitkan bagi mereka yang melampaui batas ini dan menimpakan

ke atasnya azab yang hina lagi keji, balasan bagi kezaliman dan kemaksiatannya.

FAEDAH - FAEDAH ISLAM

Di atas tadi adalah kemudratan kufur dan kesan-kesan.. nya. Sekarang marilah kita perhatikan

faedah-faedah apakah yang diberi oleh Islam apabila kita mematuhinya dan kita rela mengikutnya.

Dan keterangan yang lampau anda telah pun mengetahui bahawa alam ini penuh tanda dan

alamat yang tersebar pada setiap sudut yang menunjukkan kellahian dan keTuhanan Allah. Makmal

alam yang besar ini, yang kita lihat beredar terus menerus, tunduk kepada peraturan semesta dan

undang undang yang tetap. Dengan lisan-halnya, ia menjadi saksi bahawa pencipta dan pentadbir

urusannya adalah pengatur agung, mempunyai kuasa dan kekuatan yang besar. Tiada sesuatu, baik

yang di bumi mahupun yang di langit, yang terkeluar daripada pengaruhNya. Telah anda ketahui juga

bahawa manusia mengikut fitrahnya mestilah mentaatiNya seperti seluruh alam semesta in Anda

menyaksikan bahawa benda-benda alam ini mengikuti peraturan Tuhan siang dan malam tanpa

disedaririya. Adalah suatu perkara yang mustahil bagi manusja untuk tetap tinggal hidup jika ia

menyalahj undang-undang tabi’i.

Berbeza dengan yang lainnya. Allah s.w.t. telah menghebahkan kepada manusia suatu perkara

khas, yaitu kebebasan mempunyai kemahuan, dan telah mengurniainya kelebihan daripada makhluk

alam yang lain, yaitu penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kesanggupan membeza

kan yang baik dan yang jahat. Manusia itu dengan ilmunya, akalnya dan kekuatan pembezaannya,

tunduk kepada ujian dalam kebebasannya ini. Dengan mata penciptanya, ia sentiasa meljhat betapa

dan untuk apa kemerdekaan itu dipergunakan Dalam ujian ini, manusia tidak dipaksa melaksanahan

rancangan yang tertentu. Andaikata ia dipaksa nescaya batallah tujuan dilakukannya ujian itu.

lni adalah perkara yang nyata. Tiada kemusykilan dalam memahamkanya. Kerana, andaikata di

atas kertas peperiksaan yang diletakkan di hadapan anda termaktub soalan yang anda terpaksa

memberi jawapan yang telah ditentukan, apakah gunanya ujian ini dilakukan?

Sebenarnya, tidak akan nyata kemampuan anda dalam erti yang sesungguhnya melainkan

apabila anda boleh memiih jawapan yang anda kehendaki dalam peluang yang seluas luasnya. Jika

jawapan anda itu benar luluslah anda dalam ujian itu. Terbukalah di hadapan anda pintu kemuliaan

dan kesempurnaan di masa depan. Tetapi jika jawapan anda salah, anda gagal dalam ujian itu. Maka

tertutuplah pintu kemuliaan di hadapan anda.

Demikianlah Allah telah mengurniakan kepada manusia ini kemerdekaan dalam menempuh

ujiannya dan memberinya piihan jalan mana yang dikehendakinya dalam menempuh hidupnya.

Jika seseorang tidak mengenal fitrah dirinya dan tidak pula fitrah alam ini tersalah dalam

mengenal khaliqnya serta sifat-sifat khalik itu, memilih jalan ma’siat dan kedurhakaan, tidak dapat

mengambil manfaat daripada kebebasan menentukan kehendak maka ia akan menghadapi kegagalan

yang nyata dalam ujian ilmu dan akalnya, di dalam kekuatan pembezaan antara yang baik dan yang

buruk dan perasaannya tentang kewajipan, ia akan menyaksikan dirinya sebagai seorang yang duduk

di bawah kerak yang paling bawah dalam setiap segi hidupnya, dan patutlah jika segala pekerjaannya

menjadi mereng sebagaimana anda telah pun mengetahuinya.

Seorang lain telah melulusi ujian ini : Ia menggunakan fikirannya, mengambil faedah yang betul

daripada ilmu dan akal yang dikumiakan kepadanya, maka ia mengenal penciptanya dan beriman

kepadaNya meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian ia tidak

tersalah dalam membezakan yang baik dengan yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan

fikirannya, meskipun di hadapannya tiada sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung ke arah

kejahatan jika ia mahu. Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal Tuhannya. Ia melakukan ta’atsetia

meskipun ia boleh memilih di antara patuh dan derhaka.

Apakah yang telah meluluskannya dalam ujian ini dan yang menyampaikannya kepada tujuan?

Semua itu disebabkan kerana ía mempergunakan akalnya dengan baik. Ia mengambil faedah daripada

dua mata, dua telinga dan otak nya. Kalbunya yang hitam itu memerintahnya untuk tidak melakukan

perkataan dan perbuatan melainkan yang benar sahaja. Demikianlah datang kepadanya keterangan

yang benar kerana ia mengena yang benar, kerana pengenalannya akan Tuhannya, dan kerana ia

mengikuti yang benar dan langsung memegangnya

Ke’ajaiban apakah yang terjadi pada orang yang telah mencapai kemenangan di dunia dan di

akhirat itu, orang yang telah dilingkupi oleh sifat-sifat mulia seperti ini?.

Dalam gelanggang ilmu dan amal tiada pilihannya melainkan jalan yang benar dan lurus.

Kerana orang yang mengenal Tuhannya dan sifat sesungguhnya Ia telah mengenal permulaan ilmu dan

kesudahannya. Orang yang seperti ini tidak mungkin melangkah melalui jalan yang sesat dalam

hayatnya kerana langkah pertama yang dilangkahkannya adalah berdasarkan ilmu dan pandangan,

dan baginya tiada tersembunyi akhir jalan yang ditujunya Anda saksikan ia meneliti ke’ajaiban langit

dan bumi. Ia berusaha mengenal rahsla alam dengan cara falsafah, tétapi ia tiada tersesat di dalam

kegelapan syak dan ragu-ragu. Ia menggunakan ilmu pengetahuan sains untuk mengenal undangundang

tabi’i. Dan alam itu dikeluarkannya perbendaharaan yang tersembunyi. Terbuka baginya

kekuatan yang disimpankan Allah di dalam dunia dan di dalam diri manusia. Ia melahirkan cara-cara

mengambil manfa’at daripada berbagai benda di langit dan di bumi. Tetapi taqwanya kepada Allah dan

gentarnya akan berdiri di hadapan Tuhan pada hari Qiamat kelak mencegahnya daripada

menggunakan ilmunya ke jalan yang salah pada setiap langkahnya. Dirinya sentiasa tidak terpesong

dalam setiap marhalah perjalanan hidupnya, sehingga ia merasa menguasai semua ini, atau ia merasa

menang ke atas tabi’i, sehingga bolehlah ia mempergunakan ilmunya untuk mengambil manfa’at bagi

dininya, dan untuk menguasai dunia, menaklukkan negeri-negeri, sehingga dengan ilmunya itu ia

menanamkan ketakutan di dalam hati manusia dengan membinasakan pertanian, keturunan dan

melakukan penumpahan darah.

Kebinasaan seperti itu tidak akan berlaku melainkan oleh perbuatan saintis yang kafir. Adapun

saintis Muslim, setiap kali bertambah ilmu sainsnya dan kemahiran dalam ilmu itu dan pengenalan

akan rahsia langit dan bumi, akan bertambahlah imannya kepada Allah, bertambah keyakinannya

akan kemahaesaanNya, bertambah syukurnya ke atas ni’matNya, dan akan bertambah kukuh

i’tikadnya bahawa Tuhannya tidak akan memberinya pengetahuan mengenai hukum tabi’i melainkan

supaya jadilah ia pelayan kepada hamba-hambaNya, dan mengusahakan sesuatu yang mendatangkan

kebaikan kepadanya dan kepada ummat manusia seluruhnya. Yang demikian itulah kesyukuran yang

sebenarnya kepada Allah Ta’ala atas segala ni’mat yang dikurniakan Nya.

Demikian juga, tiada berbeza antara seorang Muslim dengan seorang kafir dalam mencari

hakikat dan kesungguhan dalam bidang sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan lain-lain ilmu

sains dan sastera. Walau bagaimana pun ada perbezaan dalam pandangan di antara dua golongan

manusia ini. Seorang Muslim mempelajari setiap ilmu dengan pandangan yang benar dan tujuan yang

baik. Dengan ilmunya itu ia mencari natijah yang sihat.

Dalam ilmu sejarah ia mengambil pelajaran dan pengalaman manusia zaman lampau dan

mencari sebab-sebab hakiki bagi ketinggian bangsa-bangsa dan kejatuhannya. Ia bersungguh-sungguh

untuk mengenal sesuatu yang memberi manfa’at yang betul di dalam kemajuan dan peradabannya. Ia

mengambil faedah daripada perbuatan tokoh-tokoh sejarah yang salih dalam perbuatan dan perkataan

mereka. Ia menjauhi apa saja yang boleh membinasakan bangsa-bangsa dan menbuang segala sebab

yang menimbulkan bencana dan kelemahan.

Di dalam ekonomi, ia memilih cara-cara pengusahaan mencari kekayaan dan pembelanjaannya

yang memberi manfa’at kepada manusia, tidak terhad kepada sesuatu golongan sahaja, melainkan

melingkupi seluruh penduduk muka bumi.

Di dalam bidang politik, cita-citanya tertuju kepada pelingkupan bumi ini dengan asas-asas

keselamatan, kesejahteraan, keadilan, kebaikan, kemuliaan dan marwah. Ia tidak akan berusaha

memperbudak manusia dan menghinakannya. Ia tidak berusaha memeras mereka, peribadi oleh

peribadi, atau kelompok oleh kelompok. Baginya kewibawaan alat-alat kerajaan dan pemerintahan

adalah perkakas penenteram, kurnia Allah yang dipergunakan untuk membahagiakan hambaNya dan

untuk kejayaan mereka seluruhnya.

Di dalam bidang undang-undang, pandangannya tertuju kepada penetapan hak dan kewajipan

seluruh manusia dengan matlamat menegakkan keadilan, kejujuran dan seorangpun tidak akan

dizalimi dengan sesuatu cara.

Benar, jujur, memelihara diri dan kecemaran, takut akan Allah dan mengikut yang hak, semua

itu adalah kumpulan pekerti seorang Muslim. Ia tidak akan hidup di dunia ini melainkan dengan

pengetahuan bahawa Allah Ta’ala adalah Tuhan seluruh alam dan pemiik setiap yang ada padanya;

dan bahawa apa yang ada padanya dan yang ada pada manusia datang daripada Allah; dan bahawa

manusia tidak memiliki dirinya dan kekuatan tubuhnya; dan bahawa tiap sesuatu yang ada padanya

adalah amanah daripada Allah yang tidak halal baginya menggunakannya melainkan mengikut yang

ditentukan oleh keridhaan Allah Ta’ala; dan bahawasanya Allah memperhatikan pelaksanaan amanah

ini dan akan membuat perhitungan seteliti-telitinya pada hari yang tiada disangsikan lagi.

Rujuklah diri anda sendiri, dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti ini:

Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada anganangan

yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya

danipada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu

yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan

rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia

tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan

kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak

dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling

dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan

hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta

dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan

takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa’at bagi dirinya.

Orang seperti ini, ialah juga yang akan berjaya mencapai kemenangan dunia.

Benar! Tidak ada orang di dunia ini yang mempunyai kemuliaan, kehormatan, kelebihan dan

ketinggian lebih banyak daripadanya, kerana kepalanya tidak tertunduk, tangannya tidak terulur di

depan seseorang selain Allah. Manalah ada alasan bagi kehinaan dan kerendahan untuk mencapainya.

Tiada seorangpun di dunia ini yang mempunyai kekuatan, keberanian dan ketangkasan lebih

daripada orang seperti ini kerana tiada yang ditakutinya selain Allah. Ketangkasaannya tiada tertakluk

kepada yang lainNya. Kekuatan manakah yang mampu menyelewengkannya daripada jalan lurus? Dan

harta manakah yang sanggup membeli kekayaan imannya?

Tiada seorangpun di dunia ini yang lebih kaya dan lebih berharta daripadanya, kerana ia bukan

pengejar dunia, dan ia bukan pula pengawal dindingnya yang fana dan bukan pengikut hawa-nafsu. Ia

merasa cukup dengan apa yang diusahakannya mengikut jalan yang benar. Ia tiada menoleh kepada

kekayaan yang diharamkan. Ia meninggalkannya kerana menganggapnya hina dan ringan walaupun

dihidangkan kepadanya berlonggok-longgok. Ini adalah kekayaan sifat memadakan dan ketenangan.

Tiada mungkin di dunia ini ada kekayaan yang lebih tinggi nilainya daripada itu.

Tiada di dunia seseorang yang dikasihi manusia lebih daripada dirinya, lebih mulia pada

pandangan mereka, kerana ia menunaikan hak-hak yang sempurna kepada setiap orang, tiada

dikuranginya sedikitpun. Ia berbuat baik kepada mereka, dan tiada berbuat jahat kepada seorangpun.

Ia memperjuangkan kebahagiaan mereka. Ia tiada mengharap balas dan terima kasih dan mereka.

Semua itu dilakukannya kerana ia mendekatkan diri kepada hati manusia. Ia menarik setiap orang

untuk mengasihinya, menghormatinya dan memuliakannya.

Tiada seorangpun di dunia ini yang berkumpul dalam dirinya kepercayaan dan perpegangan

manusia lebih besar daripadanya, kerana ia tidak mengkhianati kepercayaan mereka, dan sentiasa

menghadapi mereka dengan berkata benar dan berbuat baik. Ia menunaikan segala yang dijanjikannya

kepada mereka dalam setiap keadaannya. Ia tidak pernah meminta ganti ke atas kebenaran dan

kejujuran yang diberinya kepada manusia. Dalam dirinya ada keyakinan bahawa Allah

memperhatikannya, sehinggapun ke atas perkara-perkara yang tidak dilihat oleh sesiapapun di dunia

ini. Jangan anda tanya lagi setakat mana cinta kasih manusia kepadanya, dan setakat mana pula

mereka menjadikannya tempat bertanya bagi semua masalah mereka.

Apabila anda mengetahui semua riwayat hidup Muslim ini, dan akhlaqnya di dunia ini nescaya anda

dengan sendirinya menjadi yakin bahawa adalah mustahil seorang Muslim itu hidup terhina di dunia;

nescaya anda meyakinkan diri anda sendiri bahawa mustahil seorang Muslim itu hidup hina-dina di

dunia gagal dalam menjalankan urusannya. Bahkan tidak boleh tidak ia hidup dalam lingkungan yang

mulia, tegak kepalanya, kerana sifat-sifat yang telah dihiaskan oleh Islam kepada dirinya tidak

mungkin dapat dikalahkan oleh sesuatu kekuatan paksaan di dunia ini selama lamanya.

Ini, adalah pengalaman seorang hamba Muslim dalam hidup dunianya. Adapun diakhirat Allah

melingkupinya dengan keredhaanNya. Dimasukkannya ke dalam taman syurga yang di bawahnya

mengalir sungai-sungai. Untuknya disediakan segala pemuas nafsunya. Semua itu adalah balasan

atas perbuatannya menunaikan amanah, dan kejayaannya dalam ujian yang ditempohnya di dunia.

Itulah dia kemenangan nyata yang abadi, yang dini’mati oleh hamba Muslim di dunia dan di

akhirat.

Inilah dia Islam. Ugama manusia yang telah difitrahkan kepadanya. Ia tidak tertentu untuk

sesuatu ummat sahaja. Ia tidak tertentu untuk sesuatu rantau sahaja. Dan ia tidak tertentu untuk

sesuatu masa sahaja. Semua orang yang mengenal Allah menganut agama itu, mematuhi undang

undangnya, melalui jalannya yang lurus, pada setiap masa, setiap bangsa dan setiap rantau. Apakah

ia menamai agamanya itu Islam, atau menyebutnya dengan nama yang lain sesuai dengan lidah

kaumnya.

FASAL KEDUA

IMAN DAN TA’AT

Hajat manusia kepada ilmu dan yakin untuk ta’at — makna iman — jalan untuk sampai kepada ilmu

dan yakin — iman kepada yang ghaib.

HAJAT MANUSIA KEPADA ILMU DAN YAKIN UNTUK TA’AT.

Telah anda ketahui bahawa Islam itu ialah ta’at akan Allah Ta’ala dan menundukkan diri kepada

hukum dan titah perintahNya. Sekarang kita hendak menerangkan kepada anda bahawa manusia itu

tidak mampu menta’ati Allah, mengikuti undang-undangNya dan melalui jalanNya melainkan apabila

ia mengetahui beberapa perkara dan pengetahunannya itu sampai kepada peringkat yakin.

Sesungguhnya, untuk tujuan ini, yang pertama-tama wajib ke atas manusia hendaklah ia yakin

dalam hatinya akan adanya Allah Ta’ala. Kerana jika ia tiada menyakini wujudNya bagaimanakah ia

boleh menta’atiNya dan mengikut undang-undangNya?

Demikian juga, wajiblah ia mengenal sifat-sifat Allah kerana jika ia tidak mengenal bahawa Allah itu

Esa, tiada sekutu bagiNya pada ketuhananNya, bagaimanakah ia boleh menolak daripada

menundukkan kepalanya dan menghulurkan tangannya di hadapan yang bukan Allah? Demikian juga,

jika ia tidak yakin bahawa Allah itu mendengar, mengetahui dan melihat segala-galanya,

bagaimanakah ia boleh menahan dirinya daripada memaksiatiNya dan lari danpada perintahNya Dan

semua itu teranglah bahawa tidak mungkin manusia berhias dengan sifat-sifat yang lazim yang wajib

dihiasi dirinya dengan sifat-sifat itu, dalam fikirannya, dalam amalnya dan dalam budipekertinya,

untuk melalui jalan Allah yang lurus, selama ia tidak mengenal sifat-sifat Allah Ta’ala, dan sifat-sifat

itu tidak dilingkupi oleh ilmunya yang benar dan sempurna. Dan tidak cukup ia menguasai ilmu

semata-mata, tetapi sewajarnya ilmu itu tertanam di dalam lubuk hatinya, supaya hatinya menjadi

terpelihara daripada sangkaan-sangkaan yang salah, dan hidupnya terpelihara daripada perbuatan

yang menyalahi ilmunya sendiri.

Kemudian, wajiblah kepada manusia mengenal jalan yang benar untuk menjalani hidup di

dunia ini jalan yang bersesuaian dengan keridhaan Allah Ta’ala. Ia memilih sesuatu yang disukai oleh

Allah Ta’ala. Ia menjauhi sesuatu yang dibenci oleh Allah Ta’ala. Untuk maksud ini — manusia tidak

dapat tiada mestilah mengenal undang-undang Allah. Hendaklah ia yakin bahawa undang-undang itu

berasal dan pada Allah Ta’ala, dan bahawa ia tidak akan mencapai keridhaan Allah sehingga ia

mengikut undang-undang ini dalam hidupnya dengan cara yang sempurna. Kerana jika ia tidak

mengenal undang-undang ini daripada asalnya bagaimanakah ia mengikutinya dalam hidupnya? Dan

jika ilmunya mengenai undang-undang ini tidak mencapai darjat yakin, atau jika ia masih mengira

bahawa di dunia ini mungkin ada undang-undang lain yang kebenaran dan kekemasannya serupa

dengan undang-undang Tuhan, bagaimanakah ia boleh mengikutnya dengan sungguh-sungguh?.

Kemudian, hendaklah manusia itu mempunyai penge tahuan mengenai kesan-kesan

perbuatannya jika ia memilih memaksiati Allah daripada menta’atiNya, dan jika ia tidak melalui

jalanNya yang lurus; atau apabila ia mengekalkan ta’at kepadaNya dan mengikut undang-undangNya

selama hayatnya. Untuk maksud ini tak dapat tiada ia hendaklah menyakini akan hidup akhirat dan

bahawa ia akan berdiri di hadapan Tuhan Yang Maha Tinggi pada Hari Qiamat. Hendaklah ia meyakini

pembalasan Tuhan atas segala ‘amal nya, jika baik dibalas baik, dan jika jahat dibalas jahat.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai hidup akhirat, dalam pandangannya

serupa saja ta’at dengan maksiat tiada beza antara keduanya; hamper-hampir ia tidak sangup

membezakan di antara kesan-kesan nya yang berlainan. Ia menyangka bahawa yang ta’at kepada Allah

dan yang memaksiatiNya serupa sahaja tempat kembalinya selepas mati. Bagaimanakah boleh

diharapkan dan tokoh seperti ini akan menahan dirinya danipada bergelumang dengan dosa selama ia

tidak takut dirinya ditimpa oleh mudarat kejahatan itu sepanjang hayatnya didunia, atau akan

menyabarkan nafsunya untuk mematuhi Allah dan menahan diri dan segala kekerasan dan tuntutan

nafsunya itu? Tiada mungkin mengekalkan ta’at akan Allah dan mengikut undang UndangNya oleh

seorang tokoh yang meskipun mengetahui tentang kehidupan akhirat dan tentang berdirinya di

hadapan Allah pada hari qiamat tetapi ilmunya tidak sampai kepada peringkat yakin. Sesungguhnya

manusia itu hampir-hampir sentiasa dalam keadaan sangsi dan ragu-ragu, sedangkan yang

memungkinkannya untuk mengekalkan sesuatu perkara dan menentapkan dirinya dalam keta’atan

ialah apabila ia mempunyai keyakinan yang penuh bahawa perkara itu akan memberi manfaat bagi

dirinya. Demikian jugalah, ia tidak akan sanggup menjauhkan dirinya daripada sesuatu perkara

melainkan ia mempunyai keyakinan bahawa perkara itu akan mendatangkan mudarat bagi dirinya.

Dan semua ini nyatalah bahawa jika anda hendak melalui salah satu jalan, tidak dapat tiada anda

mestilah mengenal natijah dan kesudahan jalan itu di mana ia akan memberhentikan anda.

Sayugianyalah pengenalan itu sampai kepada peringkat yakin dan dipercayai.

MAKNA IMAN

Apa yang kami sebut tadi dengan istilah ilmu, pengenalan dan yakin itulah dia “iman” itulah dia

makna perkataan “iman” itu sendiri. Setiap orang yang mengenal keMaha Esaan Allah, sifat-sifatNya

yang hakiki, undang-undangNya dan pembalasanNya kepada hamba-hambaNya pada Hari Qiamat

berkenaan dengan perbuatan mereka, kemudian diyakininya semua itu, dan keyakinannya itu tumbuh

dan keputusan dirinya sendiri, itulah dia orang yang “mu’min” Sebahagian daripada natijah iman itu

hendaklah manusia itu muslim, ertinya ta’at kepada Allah dan mengikuti undang undangNya.

Boleh jadi dan keterangan ini anda mengenal sendiri bahawa manusia itu tidak mungkin

menjadi seorang muslim melainkan apabila ia mu’min. Maka hubungan Iman dengan Islam adalah

seperti hubungan benih dengan pohon. Bahawa sebatang pokok tidak akan tumbuh melainkan dengan

adanya benih. Meskipun boleh terjadi benih yang diletakkan di tanah tidak menumbuhkan pokok.

Atau ia tumbuh juga tetapi mempunyal cacat, yang bolehjadi disebabkan oleh tanahnya gersang atau

oleh sesuatu kekurangan pada udara. Demikian jugalah tidak mungkin seorang manusia itu menjadi

muslim apabila dalam hatinya tiada iman. Meskipun mungkin ada iman dalam hatinya tetapi islamnya

tidak sempuma, yang disebabkan oleh kelemahan tekadnya, atau kerana sesuatu kekurangan di dalam

pelajaran dan pendidikannya, atau kerana akibat keadaannya.

Jika anda memaklumi ini ketahuilah bahawa dengan memperhatikan dua pokok ini: Iman dan

Islam, manusia itu dapat digolongkan ke dalam empat peringkat:

(1) Mereka yang beriman kepada Allah, yang imannya mendorongnya untuk menjadi orang yang

menta’ati Allah, mengikuti hukum-hukumNya dengan sempurna. Mereka menjauhi setiap pekerjaan

yang ditegah Allah, seperti manusia menjauhi menggenggam batu panas neraka dalam tangannya.

Mereka bersegera mengerjakan amal yang diredhai Allah, sebagaimana manusia bersegera untuk

mencari harta. Mereka itulah orang yang mu’min sebenarnya.

(2) Méreka yang beriman kepada Allah, tetapi imannya tidak menjadikan mereka ta’at kepadaNya dan

tidak mendorong mereka mengikuti hukum-hukumNya dengan sempuma. Mereka ini, meskipun

imannya tidak sampai kepada peringkat sempurna, tetapi mereka adalah muslim dalam setiap

keadaannya. Mereka akan disiksa sebanyak maksiat yang mereka lakukan. Mereka ditempatkan di

tempat orang berdosa, dan tidak di tempat pemberontak yang murtad, kerana mereka mengakui

kerajaan Tuhan dan mengaku tunduk kepada undang-undangNya.

(3) Mereka yang tidak beriman kepada Allah, tetapi mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang

menyerupai perbuatan muslimin. Mereka ini pada hakikatnya adalah pemberontak. Adapun perbuatan

mereka yang kelihatan shalih pada zahirnya itu, bukanlah ta’at kepada Allah, dan bukan kerana

mengikut undang-undangNya. Perbuatan Sepertj itu tidak masuk perkiraan. Mereka ini seakan-akan

seorang tokoh yang tidak mengi’tiraf kerajaan seorang raja dan tidak tunduk kepada undangundangnya.

Apabila terbit daripadanya perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang raja itu,

tidaklah bererti bahawa ianya berpuashati dengan raja itu dan mematuhi undang-undangnya,

melainkan ia adalah seorang yang melawan perintahnya, yang keluar dan pada undang-undangnya.

(4) Mereka yang tidak beriman kepada Allah, juga mengerjakan perbuatan jahat yang berlawanan

dengan hukum dan undang-undangNya. Mereka ini adalah sejahat jahat manusia, pemberontak yang

menimbulkan kebinasaan.

Nyata danipada pembahagian ini bahawa iman itulah yang menyampaikan manusia kepada

kejayaannya dan kebahagiaannya di dunia dan di akhirat. Islam tidak akan lahir — sempurna atau

cacat — melainkan dan benih iman. Apabila tidak ada iman, maka kufur akan tumbuh. Kufur adalah

lawan Islam, ertinya: keluar danipada perintah Allah dengan peringkat yang berlainan.

JALAN UNTUK SAMPAI KEPADA ILMU DAN YAKIN

Anda telah mengetahui bahawa iman itu tidak dapat tiada akan menimbulkan ta’at. Boleh jadi anda

bertanya:

“Apakah cara untuk mencapai ilmu yang benar dan keyakinan yang kemas akan sifat-sifat Allah,

undang-undang yang diredhaiNya dan kehidupan akhirat?.”

Sesungguhnya terdahulu telah kami terangkan kepada anda, bahawa kesan-kesan rahmat

Allah dan tanda-tanda kerapian pertukanganNya tersibar di setiap pelusuk alani ini. Tanda-tanda itu

memberi kesaksian dengan lisan bahawa tiada yang menciptakan alam ini melainkan Tuhan Yang

Maha Esa. Dialah yang menjalankannya dan mentadbirkan hal-ehwalnya. Demikian juga menjadi

nyata dengan terangnya kepada setiap orang yang melihat kesan-kesan ini akan sifat Allah semuanya.

Sifat manakah di antara sifat kebijaksanaan, ilmu, seni, pengampun, pemurah, kasihsayang,

ketuhanan, keperkasaan, kejayaan, dan lain-lain sifat Allah Ta’ala, yang tidak terang danipada

perbuatanNya dan ke indahan pertukanganNya di alam ini? Tetapi akal manusia dan kemampuannya

kadang-kadang telah tersalah ketika menyaksikan kesan-kesan ini dan ketika meneliti hakikatnya.

Kesan-kesan ini menjadi samar di depan mata manusia, sehingga meskipun ia menunjukkan ke Maha

Esaan Allah Ta’ala dalam semua sifatNya, masih ada manusia yang berkata: “Tuhan itu dua!” Yang lain

berkata pula: “Bagi alam ini ada tiga Tuhan!” Sebahagian manusia mengambil tuhan tersendiri bagi

dirinya, lalu berkata’ “Bagi hujan ada tuhan, dan bagi api ada tuhan!” Mereka menganggap bagi setiap

kekuatan alam ini ada tuhan yang khas. Dan di atas semua tuhan ini ada tuhan yang maha besar.

Mereka berpegang kepadanya dan mengikut perintahnya. Demikianlah akal manusia telah terpesong

dalam mencari Zat Allah Ta’ala dan mengenal sifat-sifatNya, terpesong di dalam kegelapan buta, yang

tak dapat diuraikan di sini.

Demikianlah, manusia itu datang dengan segala sangkaan yang salah dan fikiran yang dusta

mengenai kehidupan akhirat. Sebahagian mereka berkata’ “Yang ada hanyalah kehidupan dunia

sahaja; kita tidak akan dibangkitkan lagi.” Sebahagian mereka berkata: “Manusia itu berulang-ulang

hidup dan mati, sekali sesudah sekali, di dunia ini; dan ia tiada menerima balasan amalnya melainkan

di atas dunia ini juga.”

Adapun hukum yang wajib dipegang oleh manusia bagi menjalani hidupnya mengikut keredhaan Allah

Ta’ala, tidak akan dapat dicapainya dengan akalnya tidak sanggup mengenal dengan sendirinya akan

Zat Allah Ta’ala dan sifat-sifatNya.

Bagaimanapun cairnya akal manusia yang telah mencapai peringkat tinggi dalam kemampuan

ilmiah, ia tidak akan mampu melihat perkara-perkara ini dengan fikiran atau yang menyerupai fikiran

melainkan selepas latihan bertahun tahun dan pengamatan yang panjang. Bahkan selepas ini pun,

tidak mungkin timbul dan dirinya kepercayaan dan ia tidak mengaku bahawa ia telah mengenal yang

hak dan mendapat ilmu yang sempurna. Tiada disangsikan lagi, bahawa jalan yang dikenal untuk

melatih akal dan ilmu manusia tanpa petunjuk dan atas ialah dengan menghabiskan kesungguhannya

dan mencari hak dan kebenaran untuk dirinya dengan dirinya sendiri. Maka kejayaan akan diberikan

kepada orang yang ditolong oleh usaha dan kemampuannya. Kerugian akan menjadi bahagian orang

yang digagalkan oleh kesungguhan dan kemampuannya. Tetapi Allah ‘Azza wa Jalla hendak memberi

kurnia kepada hambaNya. Dia tidak mahu membebani mereka dengan latihan sekeras itu. Maka

diutusNya lelaki-lelaki di antara manusia sendini. DikurniakanNya kepada lelaki itu ilmu yang betul

mengenai sifat-sifatNya. DiajarNya mereka jalan yang dapat dilalui oleh manusia dalam hidupnya di

dunia sesuai dengan keredhaan Tuhannya. Demikian juga, diberiNya mereka ilmu yang benar

mengenai hidup akhirat. DisuruhNya mereka menyampaikan ilmunya itu kepada seluruh manusia.

Mereka itulah Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya. Jalan yang menyampaikan mereka kepada ilmu

daripada Allah adalah wahyu. Dan kitab yang memuat ilmu ini dinamakan Kitab Allah atau Kalam

Allah. Maka sekarang, tiada latihan lagi bagi akal manusia dan kemampuannya, melainkan dan sudut

imannya kepada Rasul atau keingkarannya setelah memperhatikan kehidupan Rasul yang baik dan

petunjuknya yang agung.

Barang siapa yang bersedia mengenal kebenaran dan mengikutinya, ia membenarkan yang

baik, dan beriman kepada apa-apa yang disampaikan kepadanya, maka menanglah ia dalam

latihannya.

Adapun orang yang mendustakan kebaikan dan meninggalkan orang yang mengajarkannya,

maka ia telah menyempitkan dirinya danipada kebolehan mengenal dan menerima yang hak dan

kebenaran. Dengan demikian dijadikannya dirinya gagal dalam latihannya. Dipalingkannya dirinya

daripada ilmu yang benar tentang Allah, undang-undangNya dan kehidupan Akhirat.

IMAN KEPADA YANG GHAIB

Sesungguhnya jika anda tidak mengenal sesuatu, tentu anda bertanya kepada orang yang

mengetahuinya. Kemudian anda mengamalkan perkataannya dan anda menurunkan fikirannya.

Apabila anda sakit misalnya, anda tidak mengubati diri anda sendiri, melainkan anda pergi kepada

doktor. Apabila doktor ini handal dalam bidangnya, ia memegang ijazah tinggi kedoktoran, dan anda

lihat banyak orang yang disembuhkannya, anda nescaya percaya bahawa ia mempunyai kemampuan

untuk menyembuhkan penyakit anda itu. Kerana kepercayaan ini anda tidak akan mencari ubat

melainkan apa yang ditunjukkan oleh doktor ini. Anda akan menjauhi segala perbuatan yang

dilarangnya.

Demikian juga, apabila anda percaya kepada seorang peguamcara tentulah anda patuhi dia dalam

perkara undang-undang. Apabila anda percaya kepada seorang guru maka anda akan benarkan setiap

yang diterangkannya kepada anda. Demikian juga ketika anda mahu menuju ke suatu tempat Yang

anda tidak mengetahui arah tempat tujuan itu, anda Percaya kepada orang yang mernberitahunya

kepada anda dan anda benarkan perkataannya, anda lalui jalan yang ditunjukkannya.

Demikianlah keadaan dalam setiap hal-ehwal dunia. Yang demikian itulah iman kepada yang

ghaib.

Iman kepada yang ghaib itu, maknanya ialah, anda rujukkan mengenal sesuatu yang tidak

anda ketahui kepada seseorang yang mengetahuinya. Kemudian anda benarkan perkataannya.

Anda tidak mengenal Zat Allah dan tidak juga sifat sifatNya. Dan anda pun tidak mengetahui

bahawa malaikat Nya menggerakkan hal-ehwal alam ini dengan perintahNya dan melingkupi manusia

dai’ setiap pihaknya. Dan anda pun tidak mengenal jalan yang betul bagi menjalani hidup ini yang

sesuai dengan keredhaan Allah. Anda tidak mempunyai pengetahuan tentang kehidupan akhirat dan

apa yang terjadi pada hamba—hamba Allah di negeri itu. Maka semua perkara ini dan yang

seumpamanya hanya dapat anda ketahui dan pada lelaki yang sentiasa anda percayai kebenarannya,

kesuciannya, dan taqwanya dalam setiap sudut kehidupannya. Anda agungkan ia kerana amalnya

yang bersih dan perkataannya yang bijak sana. Maka anda terima bahawa ia tiada berkata melainkan

yang hak. Dan bahawa semua perkataannya patut anda akui dan percayai.

Inilah keimanan anda kepada yang ghaib. Jika anda hendak ta’at akan Allah Ta’ala dan

beramal dengan yang disukai dan diredhaiNya, tidak mungkin anda mendapat ilmu yang benar

mengenai perkara-perkara ini melainkan tidak dapat tiada mestilah melalui Rasul. Dan tidak mungkin

anda mendapat petunjuk kepada jalan Islam yang lurus dan melalui jalan itu tanpa ilmu yang benar

ini.

FASAL KETIGA

KENABIAN

Hakikat Kenabian — mengenal Nabi — ta’at kepada Nabi — keperluan iman kepada Nabi — singkatan

sejarah kenabian— Kenabian Muhammad s. ‘a.w. — tetapnya kenabian Muhammad — kesudahan

Kenabian — dalil-dalil mengenai kesudahan kenabian.

Pada fasal terdahulu anda telah pun mengenali tiga perkara:

Pertama: Manusia itu berhajat kepada ilmu yang benar berkenaan dengan Zat Allah Ta’ala,

sifat-sifatNya, jalan yang diridhaiNya, perhitungan amal di akhirat dan balasan-balansan yang diterima

kerana ta’at akan Allah dan mengerjakan perintah serta hukumNya, dan bahawa sayogianyalah

kekuatan dan kekemasan ilmunya itu telah mencapai peringkat yakin dan kepercayaan.

Kedua: Allah Ta’ala tidak membebankan kepada hamba Nya untuk mencapai pengetahuan ini

dengan susahpayah, tetapi telah melantik beberapa orang lelaki di antara hamba ya — mereka itu

ialah para Nabi — dan mengurniakan Nabi nabi itu ilmu ini dan memerintahkan mereka untuk

menyampaikannya kepada semua hambaNya di muka bumi ini.

Ketiga: Ke atas manusia dewasa ini tiada dibebankan sesuatu pengenalan melainkan

pengenalan akan Nabi-nabi Allah yang benar. Dan jika mereka mengetahui yang seorang lelaki itu

adalah Nabi Allah untuk mereka, wajiblah mereka beriman kepadanya, mendengarkan kata-katanya,

mematuhi ucapannya, tunduk kepada perintahnya, meneladani contoh nya dalam setiap sudut

kehidupan mereka.

Sekarang kita akan terangkan hakikat kenabian dan jalan apakah yang ditempoh untuk

mengenal para Nabi.

HAKIKAT KENABIAN

Sesungguhnya Allah Ta’ ala menciptakan segala yang diperlukan oleh manusia di alam ini. Manusia itu

sejak lahirnya diperlengkapi dengan dua mata untuk melihat, dua telinga untuk mendengar, hidung

untuk bernafas dan mencium, kuasa perasa di kulit untuk merasa, dua kaki untuk berjalan, dua

tangan untuk bekerja, otak untuk berfikir, dan beberapa anggota tubuh lamnya yang menaburi

badannya yang kecil itu. Allah memperlengkapi manusia seperti itu dengan melihat berbagai

keperluannya yang berbagai ragamnya.

Kemudian, tatkala manusia itu masuk ke dalam dunia ini, memulai hidupnya di sini, di

hadapannya ia menjumpai berbagai sebab kehidupan dan bermacam-macam peringkatnya. Di

hadapannya ada udara, ada air, ada cahaya dan ada panas, ada susu di dada ibu, ada kasihsayang di

dalam hati ibubapa, kaum kerabat dan lain-lainnya. Kemudian, dalam pertumbuhan dan

perkembangannya bertambah pulalah sebab-sebab penunaian keperluannya di dunia ini. Seolah-olah

setiap kuasa yang ada di langit dan di bumi tidak dijadikan melarikan untuk menyantuni manusia dan

untuk memberi khidmat kepadanya sahaja.

Kemudian, anda maju selangkah lagi ke depan. Anda dapati Allah s.w.t. telah menghibahkan

kepada manusia segala yang diperlukannya berupa berbagai kurnia, kemampuan dan kuasa untuk

bekerja di dunia ini. Maka setiap peribadi manusia sedikit sebanyak mengumpulkan di dalam dirinya

kekuatan tubuh dan akal, kekuatan berfaham, kecerdikan dan kekuatan berucap.

Dan bagi Allah pada ciptaanNya ada beberapa keadaan yang tiada memujinya melainkan Ia. Ia tidak

menyamakan semua peribadi manusia dalam membagi kurnia dan kemampuan di antara mereka.

Andaikata disamakannya mereka dalam pembahagian itu nescaya setiap orang tidak memerlukan

saudaranya yang lain. Dan oleh kerana itu Allah telah mengkadarkan keperluan jenis manusia —

secara menyeluruh — yang terdiri daripada berbagai kurnia dan kemampuan, kemudian membagibaginya

di antara peribadi-peribadi yang berlainan. Ia berikan sesuatu kemampuan kepada seseorang

yang tidak diberiNya kepada yang lain. Sebaliknya. ia berikan kepada orang lain itu apa yang tidak

diberikanNya kepada orang yang pertama. Oleh kerana itulah anda lihat sebahagian manusia lebih

kuat badannya daripada yang lain. Sebahagiannya pula mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang

atau sesuatu kecenderungan yang tidak dipunyai oleh orang lain. Sebahagiannya mempunyai

kecerdasan, akal dan kekuatan memahamkan yang tidak ada pada orang lain. Sebahagiannya, secara

semulajadi mempunyai kecenderungan keaskaran. Sebahagiannya dilahirkan mempunyai kemampuan

yang khas dalam bidang hukum dan pimpinan. Sebahagiannya dilahirkan mempunyai bakat berpidato

yang luarbiasa. Sebahagiannya mempunyai bakat mengarang yang tidak dijumpai pada orang lain.

Sebahagiannya tajam dalam berfikir, terang otaknya di dalam sesuatu bidang kemahiran, maka

diuraikannya dengan mudah banyak perkara musykil dan ganjil, dan mengherankan dunia

menyaksikan ciptaan-ciptaannya. Sebahagiannya mempunyai otak yang mahir yang melebihi orang

lain dalam bidang undang-undang, dan dengan segera pandangan-pandangannya tersebar mendahului

pandangan orang lain hinggakan beberapa tahun. Semua itu adalah kurnia Allah yang diberikanNya

kepada hamba yang dikehendakiNya. Tiada seorangpun yang berkuasa memperoleh kemampuan itu

dengan sendirinya. Dan tiada mungkin juga perkara itu datang ke dalam dirinya melalui pelajaran dan

pendidikan. Tetapi ia adalah bakat fitrah yang dikhaskan oleh Allah Ta’ala dengan hikmahNya kepada

hamba yang dikehendakiNya.

Apabila anda perhatikan adanya kemampuan dan bakat yang berlainan pada peribadi-peribadi

manusia nescaya anda ketahui bahawa Allah Ta’ala mempunyai hikmah yang leng kap dalam lapangan

ini. Ia telah menjadikan segenap kemampuan dan bakat pada mereka mengikut kadar keperluan jenis

manusia. Ia menjadikan laki-laki tentera. Demikian juga mereka yang bekerja dalam bidang pertanian,

tukang kayu, tukang besi, tukang potong, dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain yang hampir

tidak terbilang jumlahnya.

Adapun orang yang mempunyai kekuatan ilmu, fikiran dan yang mempunyai kemampuan

politik dan pimpinan, jumlahnya kecil. Dan yang paling kecil jumlahnya dan semuanya ialah orang

yang mempunyai kecerdasan yang sempuma dan kemahiran yang tunggal dalam sesuatu bidang yang

khas. Ini disebabkan oleh kerana amal mereka akan membebaskan manusia berabad-abad lamanya

daripada berhajat kepada ahli-ahli yang serupa dalam bidang ini.

Tetapi, apakah telah memadai bagi memenuhi keperluan jenis manusia dan kebahagiaan

hidupnya di dunia ini jika sudah ada di antara manusia itu orang-orang yang mahir di dalam ilmu

kejuruteraan, ilmu pasti (hisab dsb.nya), ilmu kimia, undang-undang, politik, ekonomi dan ilmu-ilmu

yang lainnya?

Sekali-kali tidak! Ada satu perkara yang manusia berhajat kepadanya lebih besar dan lebih

kuat daripada hajatnya kepada seluruh ilmu yang tersebut itu. Iaitu, hendaklah ada di kalangan

manusia orang yang membimbing tangannya dan mengajarinya kepada jalan Allah yang lurus. Benar,

bahawa semua cerdik-pandai dalam ilmu yang tersebut itu mengajar manusia mengenal apa yang

diperlukannya di dunia ini, mengajarna jalan yang harus ditempuh untuk mengambil manfa’atnya,

tetapi keperluannya yang lebih kuat dan lebih besar ialah kepada orang yang menerangkan kepadanya

“siapa pemiliknya, siapakah yang telah mengurniakan ke padanya benda-benda yang ada di langit dan

yang ada di bumi, dan apakah keridhaan pengurnia itu, sehingga ia mencapai kejayaan yang abadi

yang diyakini dalam menjalani hidupnya yang bersesuaian dengan keridhaanNya.”

Di antara yang ditolak oleh akal manusia ialah, bahawa Allah Ta’ala yang menjadikan bendabenda

kecil dan besar untuk manusia yang mungkin diperlukannya dalam hidup ini, telah lupa akan

satu keperluan manusia dan tidak memperhatikan keperluan itu dan mula, sedangkan ia adalah hajat

manusia yang paling besar dan yang paling tua sebagai mana telah anda ketahui.

Benar! Yang demikian itu takkan mungkin terjadi. Bahkan Allah telah menjadikan dan kalangan

manusia itu sendiri beberapa orang yang bersedia melakukan tugasnya kerana Tuhan telah mengenal

keperibadian mereka. Maka dari sisiNya diberiNya mereka ilmu agama, akhlaq dan syari’ah, dan

membebani mereka dengan kewajipan mengajarkannya kepada hamba Allah dalam dunia ini. Tokohtokoh

itulah yang. kita namai Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya, salawat Allah dan kesejahteraanNya

untuk mereka.

MENGENAL NABI

Para cendekiawan dalam berbagai ilmu dan pengetahuan dilahirkan dengan bakat yang istimewa dan

tabi’at luarbiasa, yang dengannya mereka terbeza daripada orang lain. Sebagaimana mereka ini,

demikian jugalah para Nabi dilahirkan dengan tabi’at yang khas, yang dengannya mereka terbeza

daripada orang lain.

Anda akan mengetahui bahawa seseorang itu penya’ir handalan, jika anda mendengar

ucapannya semata-mata. Dan anda pun mengetahui bahawa ia dilahirkan dengan bakat yang istimewa

dalam bidang puisi, orang lain takkan sanggup menyusun sya’ir seperti itu meskipun untuk itu

dihabiskannya segenap kesungguhannya.

Demikian juga, anda mengenal seorang juru pidato yang handal, seorang penulis yang handal,

seorang pemimpin yang handal, daripada perbuatan mereka. Setiap mereka melakukan pekerjaannya

dengan bakatnya sendiri, bakat yang tidak dimiliki oleh manusia yang lain.

Demikian juga anda jumpai pada keistimewaan Nabi. Anda dapati dalam otaknya fikiran-fikiran

semula jadi yang tiada tergetar dalam hati seorang manusia pun. Dikemukakannya dan

diterangkannya kepada manusia masalah-masalah dan tajuk-tajuk yang orang lain tidak sanggup

menerangkannya. Ditajamkannya pandangannya kepada perkara-perkara halus yang pandangan

seluruh manusia tidak akan mendapat petunjuk ke situ. Mereka tidak memahaminya, meskipun

untuk itu mereka menghabiskan semua usahanya bertahun tahun lamanya. Akal yang sehati akan

menerima apa yang dikatakannya. Hati menyaksikan alam membenarkan seluruh perkataanya Tetapi,

apabila seseorang hendak mengemukakan sesuatu yang bersamaan dengan perkataannya, orang itu

tiada sanggup buat selama-lamanya.

Adalah Nabi itu suci fitrahnya, bersih tabiatnya. Dalam setiap keadaan tidak dijalaninya

sesuatu jalan melainkan jalan kebenaran, kesucian dan kemuliaan. Ia tidak akan berkata atau berbuat

sesuatu yang tidak sesuai dengan hak dan kebenaran. Ia menunjuki manusia kepada kebijaksanaan.

Dalam mengamalkan sendiri apa yang disuruhnya ia mendahului manusia lain. Tiada pernah dijumpai

dalam hidupnya suatu contoh yang perbuatannya berlawanan dengan perkataannya. Ia menderita

untuk kemaslahatan orang lain. Dan ia tidak akan menimpakan penderitaan ke atas orang lain bagi

kepentingan dirinya sendiri. Seluruh hidupnya adalah kebenaran, amanah, kehormatan, keikhlasan

yang mulia, fikiran yang tinggi dan marwah yang agung. Tidak ada keaipan padanya dan tidak pula

kekurangan. Semua ini adalah saksi yang berkata bahawa Nabi Allah yang benar ini telah diutus ke

pada manusia untuk menunjuki mereka.

TAAT KEPADA NABI

Apabila anda mengenal bahawa seorang lelaki itu adalah Nabi yang benar daripada Allah Ta’ala,

wajiblah anda menta’ati setiap suruhan ataupun larangannya. Bahawa di antara yang ditolak oleh akal

manusia yang umum ialah anda percaya keNabian seseorang tokoh tetapi anda tidak mematuhinya.

Tiada erti bagi kepercayaan anda mengenai keNabiannya melainkan apabila anda beriman bahawa ia

tiada memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, bahawa ia tidak mengatakan Allah, bahawa

ia tidak melakukan sesuatu melainkan meng ikut keridhaanNya. Maka sekarang, setiap yang anda

ucapkan dan amalkan jika bersalahan dengan ajaran Nabi, ucapan dan perbuatan anda itu adalah

bertentangan dengan Allah sendiri. Dan apa yang bertentangan dengan Allah sentiasa ia bukan yang

benar.

Yang lazim timbul daripada keimanan anda akan Nabi ialah anda menta’atinya dengan

sempurna tanpa kecaman atau membeku. Anda mestilah ta’at dalam setiap suruhannya dan setiap

larangannya, sama ada memhikmah dan faedah yang terkandung di dalam perintah dan larangan itu

ataupun tidak. Seluruh yang dibawanya semata-mata datang daripada Allah. Itu telah merupakan

saksi yang maha besar tentang kebenaran dan tentang pengandungannya akan semua hikmah dan

faedah.

Apabila anda tidak memahami hikmah demi hikmah dan faedah demi faedah yang terkandung

di dalamnya, ini bukanlah suatu aib bagi kesuciannya, tetapi ia lahir daripada kelemahan atau

kekurangan anda dalam daya faham anda. Adalah nyata, jika seseorang tidak mahir dalam sesuatu

bidang pengetahuan dan tidak dapat memahami butir-butirnya yang kecil atau hampir tidak tahu,

orang itu adalah sangat buruk apabila ia menolak perkataan seorang yang mahir kerana semata-mata

hampir tidak dapat difahaminya atau ia tidak mengerti hikmah dan faedah yang terkandung di

dalamnya.

Setiap perkara di dunia ini berhajat kepada tokoh yang mahir di dalam bidang perkara itu, yang

melingkupi butir butir terperinci. Dan manakala manusia menjumpai tokoh mahir seperti itu, mereka

bertumpu kepadanya, mereka benarkan dia dan mereka berpegang kepadanya, mereka tidak

mengecam apa yang dikatakannya, mereka tidak menggangu perbuatannya, kerana tidak mungkinlah

semua orang yang mahir dalam semua bidang ilmu dan pengetahuan sanggup memahamkan semua

urusan dunia. Maka yang wajib anda tumpukan kekuatan akal dan faham anda ialah menentukan

tokoh yang mahir. Jika anda menjumpanya dan anda mempercayai kemahirannya, anda wajib

memegangnya dengan sungguh-sungguh dan anda tidak menentang perbuatannya dengan kecaman

dan tidak menyalahkannya mengikut pendapat anda.

Adalah suatu kejahatan jika anda berkata kepadanya:

Aku tidak mempercayai engkau, dan aku tidak percaya akan kemahiranmu melainkan apabila engkau

jadikan aku mengetahui kandungan perbuatanmu, mengetahui hikmah dan faedahnya.

Pernahkah anda menyerahkan kes (= kasus — pent.) anda kepada peguam bela pada waktu

anda dihadapkan di hadapan mahkamah? Katakanlah kepadaku, tidakkah peguam ini akan mengusir

anda dan pejabatnya apabila anda mengganggu pekerjaannya dengan campurtangan ke dalam

urusannya?

Demikian juga, katakanlah kepadaku, tidakkah doktor menolak mengubati anda jika anda

minta daripadanya ke terangan mengenai semua seluk beluk penyakit anda?

Demikian jugalah perkara ugama. Anda berhajat akan ilmu Allah dan pengenalan jalan yang benar

untuk melalui hidup anda sesuai dengan keridhaanNya. Tetapi bagi anda sendiri tiada jalan untuk

mencapai ilmu ini dan mengenal jalan ini. Oleh kerana itu kewajipan anda sekarang ialah anda cari

semua itu dan Nabi Allah yang benar. Dan dalam mencari ini anda gunakan semua kekuatan akal,

pandangan, faham dan kebijaksanaan yang telah dikurniakan Allah kepada anda. Kerana apabila

tokoh itu bukan Nabi yang diutus oleh Allah Ta’ala ia akan menyesatkan anda daripada jalan yang

benar, dan membawa anda melalui jalan yang terpesong. Tetapi apabila — selepas pembahasan,

penyelidikan dan pengujian — anda yakin bahawa tokoh itu adalah Nabi yang diutus dan sisi Allah

Ta’ala, maka wajiblah anda berpegang teguh kepadanya, dan menta’atinya dengan sempurna dalam

setiap suruhan dan larangannya.

KEPERLUAN IMAN KEPADA NABI

Apabila anda mengetahui bahawa jalan Islam yang lurus ialah jalan yang diajarkan oleh Nabi dengan

perintah Tuhan nya, tahulah anda bahawa manusia itu semua berhajat kepada iman akan Nabi,

mengikutnya dan mematuhi perintahnya. Dan bahawa mereka yang menyalahi Nabi dan

membangkang untuk mematuhinya lalu mengikut jalan sendiri, maka ia adalah orang yang sesat

tanpa disangsikan lagi.

Dalam lapangan ini ada beberapa keganjilan pada manusia. Sebahagiannya mengakui

kebenaran Nabi, tetapi tidak beriman kepadanya dan tidak menta’atinya. Mereka ini bukan saja kafir

tetapi juga orang jahat. Kerana tiada makna membenarkan Nabi dan mengakui kehadirannya dan sisi

Allah Ta’ala kemudian tidak mahu mematuhinya. Mereka memilih yang batal dan yang hak. Mereka

membeli kesesatan dengan petunjuk secara sengaja. Adalah nyata, tiada kesesatan fikiran yang lebih

melampau danipada kesesatan fikiran ini Sebahagian mereka berkata: Kita tidak perlu mengikut Rasul

kerana kita mempunyai akal yang boleh mengajar kita melalui jalan yang lurus. Ini juga suatu

kesalahan besar dan kesesatan yang jauh. Anda telah belajar ilmu pasti (hisab dsbnya — pent.) dan

anda telah pun tahu bahawa garis lurus yang menghubungkan dua titik hanyalah satu, dan bahawa

setiap garis yang lain adakalanya tidak lurus atau bukan penghubung antara dua titik. Demikian

jugalah, tidak mung kin jalan hak — mengikut istilah Islam disebut jalan yang lurus — yang

menghubungkan di antara hamba dengan TuhannYa melainkan satu sahaja. ini adalah mengikut

hukum kaedah ilmu pasti.

Anda maju selangkah lagi. Anda telah mengenal bahawa jalan yang menyampaikan kepada

Allah itu adalah satu, ialah jalan yang telah diajarkan kepada NabiNya. Barangsiapa yang tidak

menyukai jalan ini dan mengusahakan dirinya mencari jalan yang lain, perkara ini tidak terkeluar

danipada salah satu rupa:

Adakalanya, sejak mula lagi ia tidak menemui jalan yang menyampaikan kepada Allah. Atau ia

menemui jalan panjang yang berbelok-belok.nya.

Pada gambaran pertama tiada diragukan lagi kebinasaan Pada gambaran yang lainnya, juga tiada

diragukan, paling sedikit ia menghadapi kekeliruan dan kesesatan. Tidakkah anda lihat bahawa seekor

haiwan yang tersalah jalan jika hendak sampai ke tempat yang khas ia akan memiih jalan yang lurus

untuk sampai kepadanya? Bagaimanakah anggapan anda sekarang tentang seorang manusia hamba

daripada hamba-hambanya yang menyerunya kepada jalan Tuhannya dan menunjukkan jalan yang

rata dan balk, tetapi dijawabnya dengan: Tidak! Sekali-kali aku tidak mengikut engkau, aku tidak akan

melalui jalan yang engkau tunjukkan, akan tetapi aku akan mencari dengan kesungguhanku sendiri

dan akanku hadapkan wajahku ke dalam jalan-jalan gelap yang sukar sehingga aku sampai kepada

matlamatku!

Jawaban semacam ini adalah mengikut pendapat orang yang melakukan pengamatan jarak

dekat. Tetapi apabila anda gunakan fikiran sedikit sahaja nyatalah bahawa yang enggan beriman

kepada Rasul tidak mungkin sampai kepada Allal Ta’ala, baik mengikut jalan yang lurus, mahupun

melalui jalan yang tidak lurus. Sesungguhnya, tidak dapat tiada akalnya telah mengalami suatu

penderitaan yang mencegahnya daripada menerima yang hak: Adakalanya ia kurang faham, atau ia

seorang yang bongkak. Pada tabi’atnya ada suatu cacat yang menyebabkannya tidak suka menerima

yang hak. Atau ia tenggelam di dalam taqlid buta kepada nenek moyangnya. Ia tidak mahu mendengar

perkataan yang menggunakan sedikit fikiran atau sedikit kesukaran, yang semua ini diwarisinya dan

nenek moyangnya. Atau ia seorang hamba yang mempertuhankan hawa nafsu. Dalam dirinya tiada

kecenderungan untuk menerima pengajaran Rasul. Ia berpendapat, jika diterimanya pengajaran Rasul

itu akan tiada lagi peluang bagi dirinya untuk berbuat maksiat dan kemungkaran yang telah terbiasa

dilakukannya dalam hayatnya.

Setiap orang yang memiiki salah satu sebab-sebab ini, tidak mungkin mendapat petunjuk

kepada jalan Allah. Dan, barangsiapa yang bersih daripada sebab-sebab ini mustahillah ia menentang

untuk ta’at kepada Rasul yang benar dan pasti ia tunduk kepada pengajarannya.

Mengenai perkara ini jangan pula dilupakan, bahawa Nabi itu diutus oleh Allah Ta’ala. Dialah

yang menyuruh manusia beriman kepadanya dan mengikut ajarannya. Orang yang tidak beriman

kepada Nabi dan menolak mematuhinya seolah-olah dengan sendirinya menjauhi Allah Ta’ala. Yang

demikian itu, wajib anda menta’ati seorang pemerintah yang ditauliahkan ke atas anda oleh negara

yang anda menjadi rakyatnya. Apabila anda enggan mengakumya sebagai pemerintah diri anda, maka

seolah-olah anda telah keluar daripada negara itu sendiri. Penundukan diri anda kepada negara dan

penentangan anda kepada pemermtah yang di tauliahkanya ke atas anda adalah dua perkara yang

bertentangan yang tidak dapat disatukan.

Demikianlah tamsil hubungan antara Allah dengan orang yang diutusNya dan sisiNya. Allah

adalah raja yang hakiki bagi seluruh manusia. Setiap orang yang diutusNya kepada manusia untuk

menunjuki, mengajari dan menyuruh mereka mengikutnya, wajiblah diimani oleh manusia itu dan

hendaklah mereka menta’atinya dalam segala-galanya. Siapa yang menolak menta’atmya, ia adalah

kafir, samada ia percaya kepada Allah atau tidak.

SINGKATAN SEJARAH KENABIAN

Sekarang, kami hendak menerangkan kepada anda, bagaimana bermulanya silsilah kebangkitan Nabinabi

dan perkembangannya di kalangan ummat manusia, sehingga silsilah itu berakhir dengan

keNabian Nabi yang agung, ketua dan penutup seluruh Nabi.

Adalah suatu perkara yang tiada tersembunyi bahawa Allah Ta’ala pada mulanya telah

menciptakan seorang manusia. Danipadanya diciptakannya isterinya. Kemudian, dan keduanya

dibiakkannya semua manusia yang anda lihat pada hari ini yang mendiami berbagai pelusuk bumi dan

segala Sudutnya, yang terbahagi ke dalam berbagai bangsa dan Ummat.

Sesungguhnya telah sekata tokoh agama dan tokoh sejarah bahawa silsilah jenis manusia ini telah

bermula dari diri yang satu. Demikian juga ilmu sains tidak mensabitkan adanya beberapa peribadi

asal yang berlainan di berbagai rantau dan kawasan muka bumi ini, yang dan mereka itu terpecah

berbagai cabang ummat yang tersebar di muka bumi pada masa kini. Bahkan apa yang diperoleh

kebanyakan sarjana ilmu ini ialah bahawa pada mulanya dijadikan hanya seorang manusia, dan

manusia yang satu itu terpecah cabang cabang manusia yang ada pada han ini.

Diri tunggal asal-usul pecahan ummat manusia itu dalam bahasa kita disebut: Adam. Dan kata

itulah terbentuk perkataan “Keturunan Adam”, yang bererti: manusia.

Adam ‘alaihissalam yang telah diangkat darjatnya. oleh Allah, dan dijadikanNya Rasul yang

pertama di bumi, diperintahkanNya untuk mengajarkan Islam kepada zuriatnya. Ertinya, hendaklah

diterangkannya bahawa bagi kamu dan bagi seluruh alam ini tiada tuhan melainkan Tuhan yang esa.

Maka janganlah kamu mengabdikan din dan jangan minta tolong melainkan kepadaNya. Jangan kamu

sujud melainkan kepadaNya. Dan jangan kamu pergunakan hari-hari kehidupan kamu melainkan

bersesuaian dengan keridhaanNya. Hendaklah kamu berlaku adil dan beramal salih. Jika kamu

lakukan yang demikian itu akan dibalasiNya kamu dengan balasan bagi orang baik. Dan jika kamu

membangkang untuk ta’at kepadaNya akan diganjaniNya kamu dengan ganjaran bagi orang jahat.

Adapun zuriat Adam yang salih, mereka mengikut datuknya. Mereka berpegang kepada

petunjuknya berupa tali yang kemas dan jalan yang lurus. Adapun mereka yang zálim, mereka enggan

menta’atmya. Mereka ikut hawa nafsu. Sehinga berlakulah pada mereka kejahatan dan mungkar

dengan segala cawangannya, sedikit demi sedikit.

Sebahagian mereka mengabdi kepada matahari, bulan dan bintang Sebahagian manusia mengambil

sebangsa haiwan. Sebahagian mereka menyangka bahawa bagi setiap benda seperti air, api, penyakit,

kesihatan, dan kekuatan alam kurnia Tuhan, rnasing mempunyai tuhan yang khas. Demikianlah

manusia itu mengibadati semua yang dianggap tuhan dan mengusahakan keridhaanya sehingga ia

meliputi semua kehidupan manusia dan mereka mengharap memperoleh kurnia dan ni’mat

Demikianlah kebodohan itu muncul bukan hanya satu macam, dalam rupa syirik dan

pengabdian kepada berhala dan patung Daripadanya terpecah beberapa ugama di muka bumi ini.

Semua ini berlaku pada waktu tersebarnya zuriat Adam di pelusuk dan ceruk rantau bumi yang

berlainan. Mereka terpancar menjadi beberapa bangsa dan ummat yang berbeza. Maka jadilah untuk

setiap ummat itu ugama yang khas. Bagi setiap agama ada perintah dan syi’ar-syi’arnya sendiri yang

tidak ada pada agama lain.

Semuanya itu dapat dikatakan, bahawa manusia tatkala melupakan Allah sebagai Tuhan

mereka, melupakan juga agamaNya yang telah didatangkan dan diajarkan oleh datuk mereka Adam

‘alaihissalam. Mereka mengikut hawa nafsu. Mereka dikuasai oleh perintah dan taqlid yang buruk dan

berbagai jenis. Berkembang1ah di antana mereka fikiran yang batil dan pandangan jahiliyyah. Mereka

tersalah dalam membezakan antara yang memberi manfa’at dan yang memberi mudrat, di antara yang

haq dengan yang batil.

Oleh kerana itu Allah bertindak mengutus Rasul-rasul dan Nabi-nabiNya kepada setiap ummat.

Mereka mengajarkan manusia dan menerangkan kepadanya ajanan yang telah di turunkan —

sebelumnya — oleh Nabi Adam ‘alaihissalam. Mereka mengingatkan apa yang telah dilupakan

manusia.

Mereka mengajar manusia untuk mengabdikan diri kepada Tuhan yang esa. Dilarangnya

mereka daripada syirik dan mengibadati berhala serta patung. Dipalingkannya mereka daripada

rangkuman taqlid yang jahat dan perintah yang batil. Ditunjukinya mereka kepada jalan yang diridhai

pada isi Allah untuk menjalani hidup manusia. Diterangkannya kepada mereka undang-undang yang

betul dan disuruhnya mereka mengikutinya.

Tiada suatu negeri pun di dunia in sejak dan India, Negeri Cina, Iran, ‘Iraq, Mesir, Afrika atau

Eropah, melainkan telah turun padanya Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya., Semua Nabi itu, tidak

berugama melainkan dengan ugama yang satu, yaitu yang kita namai dengan “Islam”, meskipun ada

perbedaan kecil mengenai cara-cara para Nabi yang berlainan itu dalam menyampaikan ajarannya dan

undang undang kehidupan yang dikemukakannya ini disebabkan oleh kerana setiap Nabi menghadkan

perjuangannya khusus untuk memerangi suatu kejahilan yang khas yang bersebar di kalangan

kaumnya, dan memperbaiki fikiran-fjkjran yang batil yang teristimewa tertanam di tengah-tengah

kaumnya, dan pada waktu ummat-ummat ini masth di dalam peringkat perjalanan permulaannya

dalam kemajuan, tamaddun, ilmu dan akal. Dalam hal demikian telah datang kepada mereka NabinabiNya

dengan pengajaran dan syari’ah yang luas. Dan manakala ummat-ummat ini meningkat di

dalam bidang-bidang yang tersebut, makin maju pulalah pengajarannya, syari’ah.syari’ahnya dan

rancangan Kemudian, tiadalah perbezaan-perbezaan ini melainkan pada zahirnya sahaja. Adapun jiwa

yang mengaliri seluruh syari’ah dan’ pengajaran ini adalah satu yaitu mentauhidkan Tuhan dalam

‘aqidah, kebénaran dan keikhlasan dalam beramal, dan iman akan kehidupim akhirat.

Adalah mengherankan perlakuan manusia ke atas para Rasul dan Nabi. Mereka sakiti Nabinabi

itu. Mereka bongkak danipada menta’atinya. Mereka bunuh sebahagian daripadanya. Mereka usir

pula sebahagiannya. Sehingga sebahagian Nabi tiada yang beriman kepadanya meskipun mereka telah

menghabiskan umurnya untuk da’wah, melainkan beberapa orang sahaja. Tetapi hamba-hamba Allah

yang utama ini tidak merasa rendah dan tidak berhenti daripada perjuangan mereka sehingga da’wah

mereka berkesan dan kebanyakan manusia mengikutinya.

Dan ada pula yang di dalam pertumbuhan sesuatu agama, kesesatan masuk ke dalam

pengajarannya. Sebahagian ummat menukar pengajaran Nabi-nabi setelah wafatnya. Di masukkannya

sangkaan dusta di dalam kitab-kitab para Nabi itu. Diciptakannya cara untuk mengabdikan diri

kepada Allah yang dibuatnya sendiri.

Sebahagian manusia mulai menyembah para Nabi. Sebahagiannya berkata: Allah turun ke

muka bumi dengan rupa NabiNya. Sebahagiannya menganggap Nabi itu anak Allah. Sebahagiannya

menyengutukan Nabi dengan Allah di dalam ketuhananNya.

Demikianlah, manusia yang hidup pada zaman yang berbeza dari pada seluruh pelusuk bumi

mencampurbaurkan ajaran para Nabi setelah wafatnya. Mereka menciptakan berhala dan patung yang

telah dihancurkan oleh para Nabi itu sebelumnya. Mereka pelihara berhala-berhala itu. Mereka ubah

pengajaran dan syari’ah para Nabi. Mereka campurkan ke dalamnya berbagai macam bid’ah (=

mengada-ngada — Peng.) dan ajaran jahiliyyah, taqlid-taqlid ( membuta-tuli pent.) yang dusta, kisahkisah

yang karat. Mereka campur baurkan ajarannya dengan undang-undang yang dibuat oleh

manusia yang terbit dari dirinya sendiri. Sehingga selepas berabad lamanya orang tiada mengetahui

lagi cara untuk membedan petunjuk para Rasul dan syari’at mereka yang asal dengan apa yang

dibaurkan ke dalamnya oleh pengikut yang datang keinudian’ . Dengan demikian, pada pertengahan

riwayat perjalanan agama itu hilanglah hal-ehwal dan sejarah hidup para Nabi yang sebenarnya.

Sehingga tiada tinggal lagi pada manusia sesuatu yang boleh diperpegangi dan di percayai mengenal

Nabi-nabj itu.

Meskipun demikian, penjuangan dan usaha para Nabi itu tidak hilang seluruhnya. Masih ada

tinggal lagi sebahagian kebenaran dan yang haq pada setiap ummat, meskipun pengajaran Nabi itu

telah dicampurbaurkan dan telah diubah mengikut kehendak mereka sendiri.

Sesungguhnya telah bersebarlak ‘aqidah mengenai Allah dan tentang kehidupan akhirat pada

semua ummat mengikut sesuatu gambaran. Dan sejahteralah dunia ini pada umumnya dengan suatu

kumpulan asas kebajikan, kebenaran dan akhlaq. Setiap Nabi mendidik ummatnya dan

menjadikannya berkeadaan baik kerana menerima yang haq. Sehingga kemungkinan untuk

melingkupi seluruhnya, dari suatu kepada suatu sudut yang lain, dengan satu agama sahaja. Dan

adalah ia satu agama untuk seluruh manusia, tanpa berbeza antara berbagai ummat yang beragamragam

itu.

Demikianlah, kami telah terangkan kepada anda sebelum ini bahawa Allah tidak mengutus

kepada tiap-tiap ummat melainkan Rasul-rasul yang khas untuk mereka, dan kepada ummat itulah

terhingga da’wah mereka. ini disebabkan kerana ummat-ummat pada masa itu berlainan, tiada

bercampurbaur di antara mereka. Setiap umat terikat dengan sempadan buminya. Dan adalah sukar

dalam keadaan seperti itu untuk menyebankan kepada semua ummat dan semua bangsa di muka

bumi ini pengajaran yang sama yang melingkupi seluruhnya dan yang mempersatukan. Tambahan

lagi, bahawa keadaan setiap ummat itu berlainan antara yang satu dengan yang lain. Dan kejahilan

berperingkat-peringkat pula di berbagai bahagian bumi, sehingga kebinasaan yang muncul daripada

kejahilan dalam i’tikad dan akhlaq ini mempunyai gambaran yang berbeda pada tempat-tempat dan

masa-masa yang berlainan.

Kerana semua inilah makanya kepada setiap ummat di bumi ini dikirim Rasul yang menumpukan

perjuangannya untuk mengajar dan mencerdaskan sesuatu ummat yang khas menuju kepada jalan

yang benar, menumpas sangkaan salah, dan — sebagai gantinya — menyebarkan di kalangan ummat

itu fikiran-fikiran sihat sedikit demi sedikit. Dibendungnya mereka daripada jalan yang batal.

Ditunjukinya mereka untuk mengikut undang-undang yang adil yang tinggi nilainya. Didiknya

peribadi-peribadinya seperti seorang ibu mendidik anak-anaknya yang kecil. Tiada seorangpun

mengetahui selain Allah berapa ribu tahun telah berlalu pendidikan manusia di bumi menurut cara

ini, sehingga kemanusiaan itu sampai kepada suatu peringkat dalam perjalanan masa, yang ia telah

melampaui masa kanak-kanaknya dan mulai masuk ke hari dewasanya. Dan meningkat naik dalam

berbagai lapangan serta mencapai kemajuan dalam industri dan perniagaan di antara berbagai daerah.

Dan jadilah manusia itu melakukan perlawatan dan Negeri Jepun dan Cina ke Negeri Eropah dan

Afrika yang jauh melalui jalan laut dan darat. Berkembanglah penulisan pada kebanyakan bangsa.

Bersebarlah padanya ilmu pengetahuan, terjadilah tukar menukar pandangan, fikiran dan tajuk-tajuk

ilmiah dalam bidang ini. Dan muncullah di muka bumi ini penakluk-penakluk dan tokoh yang

berkuasa yang menaklukkan negeri-negeri jirannya. Mereka menyusun empayar-empayar besar di

muka bumi yang melingkupi bukan hanya satu negeri, yang di ke arah kerendahan dan kehinaan. Dan

adalah ummat ini dalam abad ke enam Masehi sedang berada dalam melepaskan diri dengan

sempurna daripada kesan-kesan kejahatan yang tersebar di kalangan bangsa-bangsa dunia lainnya

yang bertamaddun. Padanya ada sifat-sifat kemanusiaan sejagat yang mungkin dimiliki oleh sesuatu

ummat yang tidak dibinasakan oleh kemewahan dengan segala bencananya, Bangsa ‘Arab mempunyai

sifat berani, mahu ke depan, tidak gentar dan takut, pemurah, pemegang janji, merdeka berfikir dan

berpandangan, menyukai kemerdekaan dan kebebasan, mereka dulukan kemerdekaan dan kebebasan

itu daripada sesuatu yang lain, kuduk mereka tidak tunduk kepada bangsa asing, dalam urat-uratnya

mengalir jiwa perjuangan mati matian untuk mencapai cita-cita. Mereka hidup tiada mengenal

kemewahan dan kesenangan. Memanglah tiada diragukan bahawa pada mereka banyak kejahatan -

kemungkaran. Tetapi pokok-pangkal kejahatan itu kerana kesunyian daripada pimpinan Rasul Allah

sejak seribu lima ratus tahun’, dan tiada pemimpin yang memberikan mereka yang berjuang

meninggikan budi pekerti mereka dan yang mengajar mereka tamaddun dan kemajuan. Kejahilan telah

tersebar di kalangan mereka disebabkan mereka hidup dalam kebebasan di kawasan gurun berabadabad

lamanya. Kehampaan mereka telah sampai kepada peringkat kejahilan kerana tiada seorangpun

sejak dahulu yang menghaluskan sifat-sifat mereka dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan

kebinatangan untuk menuju cahaya kemanusiaan.

Tetapi, meskipun demikian keadaannya, mereka boleh menengak dan mendudukkan dunia

andaikata ada seorang tokoh yang bijak yang memperbaiki dan mengajari mereka, dan mereka akan

mengikut kesan-kesan da’wahnya dan pengajarannya dengan ini. Kepada ummat yang muda, yang

berani, yang mahu kedepan seperti inilah keRasulan sejagat sangat berhajat untuk menyebarkan

kalimahnya, dan untuk menyebarkan da’wahnya di seluruh sudut dan pelusuk dunia.

Kemudian, layangkanlah pandangan anda kepada Bahasa ‘Arab. Apabila anda membaca

bahasa ini dan anda pelajari kesusasteraanya nescaya nyatalah bagi anda tanpa sedikit pun

keraguarn, bahawa tidak mungkin di dunia ini ada satu bahasa yang lebih menasabah daripada

bahasa ini untuk mengeluarkan fikiran-fikiran yang tinggi, menjelaskan makna makna ilmu

ketuhanan yang halus-halus dan mengesankan ke dalam kalbu. Dengan sedikit ayat bahasa ini ia

boleh menerangkan tajuk-tajuk penting, dan memberi kesan yang mesra ke dalam hati.

Bahasa yang seperti inilah yang diperlukan oleh makna makna Al-Qur’an Al-Karim.

Adalah daripada hikmah Allah yang halus dan kurnia Nya yang rnelingkupi seluruh hambanya bahawa

Ia memiih bumi ‘Arab daripada bumi lainnya bagi menurunkan ke Nabian sejagat.

Marilah kami terangkan kepada anda, apa yang dilaku kan oleh tokoh yang telah dilantik oleh Allah

Ta’ala menjadi Nabi yang tiada taranya di dunia ini.

TETAPNYA KENABIAN MUHAMMAD S’A.W.

Tujukanlah pandangan anda kepada masa sebelum 1400 tahun yang lalu dalam perjalanan sejarah

perkembangan manusia. Pada masa itu anda tiada akan menjumpai telegram, radio, keretapi, mobil,

dan tidak juga percetakan. Pada masa itu tiada terbit akhbar, majalah, kitab-kitab tiada tersebar, dan

tidak didapati kemudahan perlawatan Seperti yang kita jumpai pasa masa ini. Setiap orang yang

hendak pergi melawat dari satu rantau ke rantau yang lain akan menghabiskan waktu berbulan-bulan

lamanya. Dan Negeri ‘Arab pada masa itu seolah-olah kawasan yang terasing daripada kawasan dunia

lainnya. Benar, memang disekitarnya terbentang negeri-negeri Parsi, Rumawj dan Mesir. Tetapi

gunung dan gurun-gurun yang melingkunginya telah memutuskan Negeri ‘Arab daripada semua negeri

ini.

Benar, para pedagang ‘Arab telah pergi berniaga ke negeri ini di atas belakang unta-unta

mereka. Mereka menghabiskan waktu berminggu-minggu dan berbulan-bula untuk menjelajahi negerinegerj

itu. Akan tetapi matlamat dan maksud perlawatan ini adalah berjualbeli berbagai benda.

Adapun Tanah ‘Arab sendiri, negeri itu tidak mengenal tamaddun yang tinggi. Padanya tidak

ada sekolah, tidak ada perpustakaan, tiada penyebaran ilmu dan pengajaran di antara manusia.

Mereka yang tahu membaca dan menulis dapat dihitung dengan jari. Dan pengetahuan mereka akan

tulis-bacaan itu belum dapat menolong mereka menyedut ilmu pengetahuan yang ada di luar negeri

mereka pada masa itu. Pada mereka tiada pemerintah yang mengambil berat atas persatuan tiada

undang-undang yang memerintah dan melarang. Setiap kabilah adalah kelompok yang berdiri sendiri.

Mereka memaksa manusia. Mereka merampas harta manusja dengan bebasnya. Mereka

menumpahkan darah di dalam perang saudara yang berlaku sepanjang zaman. Mereka tidak -

menghargaj jiwa manusia. Jika ada saja sedikit alasan mereka akan membunuh sesamanya dan

mereka kuasai hartanya. Mereka tidak disentuh oleh tamaddun. Kejahatan, perbuatan mungkar, arak

dan judi adalah permainan di pasar-pasar Mereka sebarkan kejahatan di antara mereka tanpa malu

segan, sehinggakan perempuan mereka melakukaf tawaf di Baitullahi-Haram dengan berbogel. Mereka

tiada mengenal haram dan halal. Mereka hidup begitu bebas sehingga tidak terikat kepada sesuatu

kaedah. Tidak terikat kepada undang-undang dan tidak kepada norma-norma budi pekerti. Mereka

enggan patuh dan tunduk kepada seseorang pemerintah. Tambahkanlah kepada ini semua, bahawa

kejahilan telah menghunjamkan akarnya di tengah-tengah mereka. Mereka mengibadati berhala dan

sujud kepadanya. Apabila mereka melawat dan singgah di sesuatu tempat, dan mereka jumpai di situ

batu yang indah, mereka mengambilnya dan menjadikannya tuhan untuk diri mereka, lalu mereka

tunaikan hajat beribadat dan mereka sujud kepadanya. Maka, kuduk yang enggan tunduk kepada

seseorang manusia, menundukkan diri kepada batu-batu dan berhala-berhala. Mereka sangka batubatu

ini boleh menunaikan keperluan mereka, dan boleh memastikan terujudnya cita-cita dan harapan

mereka.

Di tengah-tengah kaum yang serupa ini, yang hidup dalam keadaan semacam ini dilahirkanlah

seorang anak yang telah kematian ayah sebelum ia lahir. Kemudian ibunya pula meninggal dan juga

datuknya tatkala ia masih kecil. Ia mendapat pendidikan tidak sebagaimana mestinya jika ibu

baparnya ada, justru di dalam keadaan yang amat diperlukan seperti itu. Pada waktu kecil ia

menggembala kambing seperti teman-teman sebayanya anak-anak ‘Arab yang lain. Tatkala ia menjadi

pemuda ia melakukan pekerjaan berniaga. Dan tiadalah majlisnya, pergaulannya dan lingkungannya

melainkan dengan orang-orang ‘Arab, orang-orang yang telah kita perkatakan hal-ehwalnya. Ia buta

huruf, tiada mengenal baca dan tulis. Tetapi adatnya, akhlaqnya, sikap dan fikinannya amat berlainan

dengan adat, akhlaq, sikap dan fikiran kaumnya. Ia tidak pernah berdusta jika berkata. Ia tiada

pernah menyakiti seseorang dengan tangan atau dengan lidahnya. Kelakuannya lemah-lembut.

Sikapnya halus. Bahasanya indah. Pada kali pertama orang berjumpa dengannya nescaya orang

mengasihinya dan bersimpati kepadanya. Ia tiada pernah mengambil sesuatu dan seseorang dengan

jalan yang tidak baik meskipun ia miskin. Ia bersifat sangat-sangai amanah, benar dan suci. Ia

menjadikan banyak anak-anak kaumnya mempercayakan kepadanya harta mereka yang berharga.

Mereka pertaruhkan harta itu kepadanya sendiri. Seluruh manusia percaya akan ucapannya. Mereka

percaya akan amanahnya. Dan inilah yang mendorong mereka untuk memberinya gelar Al-Amin (

orang kepercayaan — pent.) Ia pemalu, tiada dibukanya badannya di hadapan orang lain setelah

usianya mencapai remaja. Jiwanya murni, ia segera menjauhi kejahatan dan kekejian meskipun ia

dilahirkan di tengah-tengah dan bergaul sepanjang hayatnya dengan orang-orang jahat dan keji. Ia

pembersih dan kemas dalam setiap kerjanya. Hatinya suci. Hatinya sakit ketika dilihatnya kaumnya

menggagahi manusia dan menumpahkan darah. Ia mengusahakan perdamaian di antara sesama

mereka manakala api peperangan dan pertempuran mulai hendak berkobar. Ia pengasih, penyayang

dan lembut kelakuannya. Ia berbahagi penderitaan dengan mereka apabila cubaan datang menimpa

Ia menolong anak yatim dan janda. Ia memberi makan orang kelaparan. Ia menjamu para musafir.

Dimuliakannya mereka dan dihindarkannya kesusahan dan kesukaran dan mereka. Hatinya cerdas.

Fitrahnya cerah. Ia membenci pengibadatan berhala dan patung-patung meskipun ia mempergauli

kaum yang keberhalaan telah menjadi fitrahnya yang kedua dan menjadi agama yang dipusakai dan

nenek moyang dulu dulu. Kepalanya tiada tunduk kepada suatu makhluk apa juga, kerana seolaholah

hatinya mengatakan bahawa tiap tiap yang ada di bumi dan di langit tiada berhak diibadati. Dan

bahawa bagi Allah yang esa tiada dan tidak mungkin mempunyai sekutu. Maka bersinar-sinarlah lelaki

itu di antara kaumnya yang jahil, seperti bersinarnya permata mulia tengah-tengah batu yang banyak,

atau seperti bersinarnya lampu di tengah kegelapan malam.

Setelah ia hidup di antara kaumnya secara bersih dan terhormat, sampailah umurnya empat

puluh tahun, terasa sempit di tempat yang gelap, seolah-olah tekanan datang dan segenap pihak. Ia

hendak lepas daripada lautan kehayalan yang dalam, daripada kekelamkabutan, daripada keruntuhan

akhlaq dan amal, daripada syirik dan keberhalaan. Pada semua itu tiada dijumpainya sesuatu yang

sesuai dengan fitrahnya. Ia pun keluar dan Makkah. Dihabiskannya hari-hari yang panjang di alam

penyendirian dan sunyi sepi. Dibersihkannya jiwa dan kalbunya dengan beribadat pada malam hari,

menjauhi berhala dan mengalami lapar. Ia bertekun mencari cahaya yang akan memecah kegelapan

pekat yang melingkupi kaumnya. Ia menghendaki sesuatu yang dengannya akan diperbaikinya dunia

yang penuh dengan dorongan kekotoran, kebinasaan dan kekelamkabutaan.

Di sana, berlakulah perubahan keadaannya. Hatinya disinari cahaya yang memancar daripada nur

yang dirindui oleh fitrahnya. Dan penuhlah ia dengan kekuatan yang belum pernah datang kepadanya

sebelum itu. Maka keluarlah ia dan kesepian gua, datang kepada kaumnya dan menyeru mereka:

Bahawa sesungguhnya berhala yang kamu sembah itu dan yang kamu bersimpuh di hadapannya

tidak memberi mudrat dan tidak membeni manfa’at kepada kamu. Tinggalkanlah patung-patung itu.

Bahawa bumi, bulan, bintang bintang dan segala kekuatan yang ada di langit dan di bumi, tiada

diciptakan melainkan oleh Allah sendiri. Ialah yang menciptakan kamu. Ialah yang memberi kamu

rezki. Ialah yang mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu. Jangan kamu mengabdi kepada

selainNya. Dan jangan kamu minta tolong melainkan kepadaNya. Jangan kamu minta tolong

melainkan kepadaNya. Jangan kamu menuntut keperluan kamu melainkan daripadaNya. Dan adalah

dosa perbuatan mencuri, merompak, melakukan kekejian, minum arak dan main judi. Hentikanlah

perbuatan-perbuatan itu. Hendaklah benar dalam berkata dan jujur dalam berbuat. Berlaku adilah

kamu. Jangan kamu membunuh manusia melainkan secara hak. Jangan gagahi harta manusia.

Jangan kamu ambil sesuatu dan jangan kamu beri seseorang melainkan dengan cara yang hak. Kamu

semua adalah manusia. Dan manusia semuanya sama. Kemuliaan dan kelebihan bukan dicapai

dengan keturunan, dengan warna kulit, dengan pakaian, dan tidak pula dengan harta dan kekayaan.

Kemuliaan dan kelebihan hanya dapat dicapai dengan taqwa, berbuat baik dan kebajikan. Barangsiapa

yang berbuat baik bertaqwa kepada Allah dan mencegah dirinya daripada kejahatan, maka dialah yang

mulia dan yang sempurna kemanusiaannya. Dan siapa yang tidak demikian maka ia tidak sedikitpun

memiiki kemuliaan dan kelebihan, dan tiada tempat baik baginya diakhirat. Semua kamu akan

dihimpunkan di hadapan Tuhanmu selepas kehidupan kamu di dunia ini. Tiada syafa’at, persahabatan

dan rasywah boleh memberi manfa’at kepada kamu di hadapan mahkamahNya yang adil. Jangan

kamu kemukakan keturunan kamu di hadapanNya. Yang memberi manfa’at kepada kamu di sa’at itu

hanyalah iman dan amal salih kamu. Setiap orang mu’min di antara kamu yang beramal salih akan

masuk jannah, dan siapa yang tidak berbuat demikian akan memperoleh kerugian yang nyata dan

akan menjadi penghuni neraka.

Tetapi kaumnya mulai menyakitinya. Bukan kerana sesuatu melainkan kerana ia telah merendahkan

resam jahiliyyah yang diwarisi dan datuk nenek, dan kerana dicegahnya manusia daripada

mengibadati berhala dan patung-patung, kerana diserunya mereka menyerahkan din kepada Allah

sendirinya. Kerana itulah mereka siksa dia, mereka maki, mereka hinakan dan mereka lontar dia

dengan batu, mereka cekik lehernya, mereka cadangkan membunuhnya. Dan sentiasalah mereka

meningkatkan siksaan demi siksaan ke atasnya. Sehingga terpaksalah Nabi s’a.w. berhijrah dan

kampung halamannya setelah tiga belas tahun berjuang. Meskipun demikian, mereka tidak juga

menghentikan pengkhianatannya. Dan sentiasa mereka menimpakan penderitaan dan penekanan ke

atasnya di negeri tempatnya pergi meski pun ia telah meninggalkan kampung halamannya.

Mengapakah hamba yang salih ini tahan menanggung semua penderitaan dan musibah yang

ditimpakan oleh kaumnya, dan bersabar atas segalanya? Ini dialaminya kerana ia hendak mengajar

mereka jalan haq lagi lurus. Mereka telah mencabarnya untuk menjadikannya raja ke atas mereka.

Atau mereka himpunkan baginya harta, sehingga orang lain akan memilih menjadi kaya dengan

meninggalkan pekerjaan menyeru manusia kepada Allah. Tetapi, ia menolak semua itu dengan

sungguh-sungguh. Ia enggan melainkan meneruskan perjuangan da’wahnya. Apakah mungkin ada di

dunia seorang lelaki yang lebih baik, lebih benar dan lebih mulia daripada Muhammad Sallallahu

‘alaihi Wasallam?

Sesungguhnya, ia tidak menahankan semua kepedihan dan kesakitan ini untuk dirinya sendiri, tetapi

untuk kebaikan hamba Allah yang lain. Mereka melontarnya dengan batu dan menyumpahnya dengan

kata-kata kotor tetapi ia tidak mendo’akan mereka melainkan dengan kebaikan.

Kemudian, berfikirlah sedikit mengenai perubahan besar yang berlaku selepas beliau keluar dan gua.

Adapun perkataan yang disampaikannya kepada manusia adalah perkataan yang indah, penuh

kefasihan dan tinggi nilai kesusasteraannya, sehingga tidak seorang pun sebelum dan sesudahnya

sanggup membuat seperti itu. Seperti anda ketahui, orang ‘Arab itu berbangga dengan sya’ir, pidato

dan kefasihan berucap. Maka Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam mencabar mereka untuk

menyusun satu surat yang bernilai sama dengan kalam Tuhan yang disampaikannya. Ia membuat

mereka menjadi lemah, kepalanya terkulai, kerana tiada sanggup menyusunnya. Yang lebih

mengherankan lagi ialah, bahawa lisan yang dipergunakannya dan yang dengannya diucapkannya

perkataannya sendiri dan pidato-pidatonya kepada manusia tidak dapat menandingi lisan kalam Allah

dalam nilai kesusasteraan dan kefasihannya. Jika anda membuat perbandingan antara kalam Allah

dengan khutbah Nabi, dengan hadith dan perbualannya dengan manusia, nyatalah bagi anda adanya

perbedaan yang terang dan jelas antara keduanya.

Telah teranglah, lelaki yang ummi ( tak tahu tulis-baca.-pent.) ini — s.a.w. — yang dilahirkan

dan tinggal sepanjang hayatnya di gurun pasir di kalangan mereka yang buta huruf, mengemukakan

hikmah-hikmah dan nasihat-nasihat yang tidak pernah diucapkan oleh seorangpun sebelumnya, dan

tiada sanggup seorangpun bercakap demikian sesudahnya. Bahkan manusia tidak pernah

mendengarnya dan lidah lelaki itu sendiri sebelum beliau mencapai usia 40 tahun.

Demikian juga, lelaki yang ummi ini — s.a.w. — telah melahirkan undang-undang mengenai

akhlaq, masyarakat, politik, dan mengenai seluruh perilaku kemanusiaan, yang membuat para ‘ulama’

yang handal-handal dan para failasuf yang besar-besar hampir-hampir tiada memperoleh hikmah dan

rahsianya meskipun mereka mempunyai pandangan jauh dan pengalaman hidup, melainkan setelah

menghadapi banyak kesukaran. Bahkan, sampai kepada masa yang akan datang pun masih banyak

lagi akan tersingkap hikmah dan maksud undang-undang yang dibawanya itu, mengikut kadar

penyelidikan mereka sepanjang perjalanan zaman.

Lelaki yang ummi ini telah mengeluarkan undang dan lebih dan tiga belas kurun yang lampau.

Tetapi, sampai dewasa ini tiada dijumpai satu tempat pun yang perlu kepada perubahan dan

penukaran pandangan, atau sesuatu yang mungkin dihilangkan atau digugurkan dan tempatnya.

Dibanding dengan undang-undang ciptaan manusia, ia dicipta kan berkali-kali dan dipinda berkalikali.

Dalam masa dua puluh tiga tahun yang singkat, banyak seteru yang tadinya menentang beliau,

berpakat hendak membunuhnya, dan sentiasa berusaha menyakitinya, menjadi kawan-kawan yang

setia kepadanya sampai kepada jiwanya sekali. Semua ini boleh berlaku adalah kerana kelebihan

akhlaqnya, kemuliaannya, kehormatannya dan pengajarannya yang agung. Telah berdiri di

hadapannya orang kuat, besar dan gagah, maka dipecahkannya kumpulannya dan jadilah orang kuat

itu kecil di hadapannya. Dan tatkala ia ménang ke atas mereka, ia tiada mendendam kepada

sesiapapun. Bahkan mereka diperlakukannya dengan baik kerana sifat kelebihannya, kemuliaannya

dan kemurahannya. Diampunkannya orang yang membunuh bapa-saudara dan saudara sesusunya,

Hamzah bin ‘Abdul Muttalib, yang mereka koyak perutnya dan mereka kunyah jantungnya.

Dilimpahkannya keampunan dan kema’afan melingkupi orang-orang yang telah melemparinya dengan

batu dan yang telah mengusirnya dan kampung halamannya. Ia tiada menipu sesiapa. Ia tiada

memecahkan janji. Dan ia tiada menganiaya manusia dalam peperangan. Yang demikian itu dibuatnya

ketika musuh rnusuhnya menuduhnya berkhianat, aniaya dan memecahkan janji. Dalam keadaan

sedemikian, tanpa mengharap balas ia berjuang untuk mengeluarkan mereka — dengan pengajaran

dan petunjuknya — daripada kelam kejahilan dan keburukan. Dijadikannya mereka ummat yang

bersatu terikat dalam peraturan dan organisasi. Orang ‘Arab yang dulunya tidak pernah terikat kepada

undang-undang dijadikannya suatu ummat yang benar-benar mematuhi peraturan dan undangundang

yang tiada dijumpai tandingannya dalam sejarah dunia. Mereka yang tidak pernah mahu

tunduk kepada perintahnya, dijadikannya tunduk kepada negara besar yang untuknya mereka

bersedia mengorbankan nyawa dan hartanya. Mereka yang tidak sedikitpun berakhlaq dan beradab

dimurnikannya adab mereka dan dihaluskannya akhlak mereka, sehingga dunia hari ini menunjukkan

keheranann tatkala membaca peristiwa dan keadaan mereka dalam kitab kitab sejarah. Mereka yang

tadinya merupakan ummat rendah dan lemah, berkat kesan pengajaran dan da’wah lelaki ini lebih

kurang 23 tahun lamanya, telah mencapai kekuatan yang menggetarkan Negara Parsi, Romawi dan

Mesir. Maka berdirilah mereka mengajar dunia tentang kemuliaan, kemajuan, akhlaq dan

kemanusiaan. Dan bersebarlah mereka pelusuk-pelusuk Asia, Afrika dan Eropah menyebarka ajaran

Islam dan syari’ahnya.

Itulah dia kesan-kesan yang ditinggalkan oleh tokoh ummi s’a.w. di dalam diri bangsa ‘Arab.

Adapun apa yang dilakukan oleh ajaran ini ke dalam diri seluruh bangsa-bangsa di bumi

sesungguhnya lebih banyak lagi daripada ini lebih menunjukkan keajaiban. Ia telah menimbulkan

revolusi besar kepada pemikiran penduduk bumi, dan kepada kebiasaan serta undang-undang

mereka.

Apabila anda tujukan pandangan ke arah mereka menolak mengikutinya, mereka yang

menyalahi perintahnyq dan mereka yang menzahirkan perseteruan terhadapnyq lebih-lebih lagi

daripada mereka yang mengikutinya dan menjadikannya contoh bagi diri mereka, anda jumpai mereka

ini tiada sanggup mempertahankan diri daripada terkesa oleh pengajaran lelaki ini.

Ketika dunia telah lupa mengesakan Tuhan datang tokoh ummi — s’a.w. — mengingatkan

mereka semula, sehingga agama penyembah berhala dan musyrikin pada hari ini tidak jauh daripada

anutan mentauhidkan Allah Ta’ala. Demikian juga, dasar-dasar akhlaq dan adab yang diajarkannya

kepada manusia adalah sangat kuat, sehingga memberi kesan dan sentiasa memberi kesan kepada

akhlaq dan adab seluruh bangsa-bangsa di dunia. Demikian juga dasar-dasar yang telah

diletakkannya dalam undang-undang, politik, tamaddun dan kemasyarakatan, berkenaan dengan

kesalahan, kebenaran dan kerapian, menjadikan pihak lawan dan orang yang mengingkari kebenaran

ucapannya, mengambil faedah dan mencuri daripadanya, bahkan mereka sentiasa mengambil faedah

dan mencuri daripadanya sampai kepada hari ini.

Sebagaimana kami terangkan terdahulu, lelaki ini tidak muncul melainkan beserta fitrah, di

tengah-tengah suatu ummat yang telah tenggelam di dalam kejahilan dan kegelapan. Pekerjaannya

sampai umur 40 tahun hanyalah menggembalakan kambing atau berniaga. Ia tiada mendapat

pengajaran dan pendidikan. Bagaimanakah boleh berkumpul padanya sifat-sifat kesempurnaan

dengan sekali gus selepas umurnya sampai 40 tahun? Dan manakah datang kepadanya pengetahuan

dan ilmu? Dan manakah diperolehnya kekuatan yang luar biasa?

Anda lihat dia menjadi pemimpin yang tiada tandingannya di kalangan pemimpin-pemimpin

tentera. Anda lihat dia menjadi hakim yang mahir di antana hakim-hakim. Anda lihat ia pencipta

undang-undang yang luarbiasa di antara penggubal-penggubal undang-undang. Ia seorang failasuf

yang handal di antara para failasuf, pembangun akhlaq dan tamaddun yang menonjol di antara

pembangun-pembangun lainnya, ahli politik yang bijak di antara tokoh-tokoh politik semasa.

Kemudian, anda saksikan pula ia menyembah Tuhannya beberapa jam yang panjang pada waktu

malam meskipun banyak melakukan pekerjaan penting pada siang harinya Demikian juga, anda lihat

ia menunaikan hak-hak isteri isterinya, anak-anaknya dan teman-teman sepergaulann Ia berbakti

kepada fakir dan miskin. Dibantunya orang-orang yang berhajat dan anak-anak yatim. Ia tiada hidup

melainkan mengikut cara orang fakir meskipun ía boleh mendapat harta yang banyak. Ia tidur di atas

tikar. Ia memakai kain kasa Ia memakan daging keras. Bahkan, kadang-kadang berhari-hari beliau

tiada makan apa-apa.

Selepas beliau melakukan perkara-perkara besar ini andaikata ia mengatakan kepada manusia:

“Aku tidak seperti kamu, aku lebih tinggi daripada jenis nescaya tak seorangpun manusia yang

mendustakannya menolak dakwaanya itu. Tetapi beliau tidak berkata demikian. Beliaupun tidak

mengatakan bahawa perkara-perkara yang luarbiasa ini lahir dan dirinya sendiri. Bahkan beliau

sentiasa berkata: Bahawa tiada satupun perkara istimewa itu lahir dan diriku; segala-gala yang ada

padaku adalah bagi Allah dan datang daripada Allah; dan bahawa perkataan yang aku sampaikan

kepada kamu ini, yang jin dan manüsia tidak sanggup membuat sepertinya bukan datang dan diriku

seni ia bukan buah fikiranku dan bukan natijah semulajadiku bahkan ia adalah kalam Allah, segala

kelebihan hendaki dikembalikan kepada Allah sendiriNya; dan setiap amal yang kulakukan bukanlah

danipada kemampuan peribadiku tetapi Allah Ta’alalah yang telah menyetujuiku berbuat demikian;

aku tidak akan berbuat sesuatu dan aku tidak mengatakan sesuatu melainkan sekadar apa yang

disuruh kepadaku oleh Tuhanku.

Kemudian, cuba anda katakan kepadaku: Mengapa kita tidak beriman kepada orang benar

seperti ini, dan tidak percaya bahawa dia adalah Nabi yang diutus dan sisi Allah Ta’ala? Cuba anda

perhatikan perkara-perkara ini. Pada satu pihak: Sebelum dan sesudahnya, kemanusiaan tiada

mendapat kehormatan dengan kedatangan seorang lelaki yang seumpama dalam kebenaran dan

amanahnya. Pada pihak lain: Ia tidak berbangga dengan apa yang disebarkannya. Ia tidak mencari

pujian ke atas dirinya dengan mengatakan bahawa yang diperbuatnya itu timbul dan pihak dirinya. Ia

memulangkan semuanya kepada Allah yang telah mengurniai nya kemuliaan.

Selepas itu, mengapakah tidak kita benarkan apa yang dikatakannya? Mengapa kita dustakan

ketika ia berkata:

Bahawa segala kemampuan dan sifat kesempurnaan ini seluruhnya datang daripada Allah; dengan

mengatakan kepadanya: Bahawa semua itu datang dan dirimu dan tumbuh dan otak dan fikiranmu!

Bahawa lelaki yang benar dan dipercayai itu enggan mengakui bahawa segala kebaikan yang

didatangkan kepadanya dan diperbuatnya berasal dan dirinya sendiri, sedangkan ia dapat

mengakuinya dengan mudah, kerana tiada seorang pun tahu darimana sumbernya. Andaikata ia

mendakwa bahawa ia memiiki keperibadian lebih tinggi daripada manusia umum, tiada seorangpun

yang sanggup membantah dakwaannya itu. Adakah manusia lain yang lebih benar daripada lelaki ini,

lebih dipercayai dan lebih suci?

Amboi! Tokoh yang benar ini ialah junjungan dan Penghulu kita Muhammad ibnu ‘Abdullah s’a.w.

Kebenarannya adalah dalil bagi keNabiannya. Sesungguhnya amalnya Yang mulia dan akhlaqnya yang

tinggi, segala yang berlaku dalam kehidupannya yang baik itu, semuanya disebutkan dalam kitabkitab

sejarah, ternukil di dalamnya. Setiap yang membacanya dengan kalbu yang sihat, orang yang

hendak mencari yang hak dan kebenaran, tanpa sangsi hatinya menyaksikan bahawa beliau — s.a.w

— adalah Nabi diutus dan sisi Allah Ta’ala. Dan bahawa kalam yang disampaikannya kepada kaumnya

adalah Al-Qur’anu’ Al-Karim yan kita baca sekarang ini. Setiap orang yang membacanya dengan hati

terbuka dan memahami maknanya mesti mengakui bahawa ianya adalah kitab yang diturunkan

daripa Allah Ta’ala. Dan bahawa tiada seorangpun manusia yang boleh mendatangkan yang seperti itu.

KESUDAHAN KENABIAN

Setelah anda mengetahui semua ini, sewajarnya apda sekarang mengetahui bahawa tiada jalan untuk

mengenal Islam dan mengenal jalannya yang lurus melainkan pengajara Nabi s.’a.w. dan Al-Qur’anu’ l-

Karim.

Muhammad s’a.w. adalah Nabi yang diutus kepada ummat manusia seluruhnya. Dengan

kehadirannya selesailah silsilah wahyu, keNabian dan keRasulan. Allah Ta’ala telah menyampaikan

dengan perantaraan Muhammad s. ‘a. petunjuk dan cahaya yang hendak disampaikanNya kepad

manusia. Setiap orang yang mencari kebenaran dan yang mahu menjadi hamba yang menyerahkan

dirinya kepada Allah Ta’ala, mestilah beriman dengan tokoh yang menjadi kesudahan segala Nabi, dan

menundukkan diri setunduk tunduknya kepada petunjuk dan keterangan yang diturunkan.’

kepadanya, dan hendaklah ía mengikut jalannya.

DALIL-DALIL MENGENAI KESUDAHAN KENABIAN

Apabila anda telah mengetahui hakikat keNabian, nyatalah bahawa Nabi-nabi itu tidak dilahirkan

setiap hari. Dan bukanlah suatu kemestian bahawa bagi setiap ummat ada Nabi pada setiap masa.

Sesungguhnya kehidupan Nabi itu adalah kehidupan petunjuk dan pengajaran yang dibawanya. Ia

hidup selama petunjuknya hidup. Nabi-nabi yang terdahulu telahpun mati, kerana manusia telah

menukar pengajarannya dan mencampur baurkannya dengan apa-apa yang mereka kehendaki

mengikut hawanafsu mereka. Dewasa ini tiada dijumpai lagi sebuah kitab dan kitab-kitab para Nabi

dalam bentuknya yang asal, meskipun para pengikutnya mengatakan bahawa mereka mempunyai

kitab-kitab para Nabi itu dalam bentuknya yang asal.

Demikian juga, manusia telah melupakan riwayat perjuangan para Nabi. Hampir-hampir

mereka tidak mengetahui lagi riwayat yang benar yang boleh dipegang, sehingga tidak mungkin lagi

menentukan masa dan tempat mereka dilahirkan dan apa-apa yang mereka lakukan selama hayatnya.

Juga mustahil bagi manusia sekarang ini mengetahui bagaimana para Nabi itu menjalani hidupnya,

apa yang mereka suruh dan apa yang mereka tegah, demikian juga orang tidak tahu tentang

kematiannya.

Adapun Nabi kita Muhammad s.’a.w., sentiasa hidup kerana petunjuknya tetap hidup. Al-Qur’anu ‘l-

Karim, kitab yang diturunkan Allah kepadanya sentiasa ada dalam tangan kita dengan lafaznya yang

asal. Perubahan tiada berlaku meskipun satu huruf atau satu noktah atau satu harakah Sajapun.

Riwayat hidup dan perjuangannya, semua perbuatan dan perkataannya s.’a.w. dituliskan terpelihara

dalam kitab kitab, meskipun telah berlalu tahun-tahun yang panjang. Seolah-olah sampaipun dewasa

ini kita melihat peribadi Nabi s.’a.w. dengan mata kita sendiri. Kita dengar perkataannya dengan

telinga kita. Tiada seorang lelakipun yang telah dihafalkan orang peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam

kehidupannya sebagaimana orang menghafal peristiwa peristiwa yang terjadi dalam kehidupan Nabi

Muhammad s.’a.w. Adalah mungkin bagi kita untuk mengikuti dan meniru contoh-contoh Nabi dalam

setiap keadaan kehidupan kita pada setiap masa. Ini adalah dalil bahawa pada hari ini tiada keperluan

manusia lagi kepada seorang Nabi yang utus dan sisi Allah Ta’ala di belakang Nabi Muhammad s’a.w.

Tiada akan diutus seorang Nabi melainkan kerana salat satu danipada tiga sebab yang berikut

ini:

(1) Bahawa pengajaran Nabi yang terdahulu telah menjadi kabur dan telah nyata keperluan manusia

akan kedatangan seorang Nabi untuk kali yang lain.

(2) Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu tidak sempuma, maka perlulah disempurnakan.

(3) Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu tidak kepada suatu ummat yang khas, sedangkan ummat

yang lain atau semua ummat berhajat akan kedatangan Nabi yang diutus seperti itu’.

Dewasa ini ketiga sebab itu tidak ada dijumpai:

(1) Pengajaran Nabi Muhammad s.’a.w. adalah hidup Di tangan kita sentiasa ada wasilah yang boleh

kita pelajari pada setiap masa berkenaan dengan agamanya s.’a.w., mengenai setiap petunjuk yang

dibawanya dan sisi Allah Ta’ala dan mengenai setiap jalan kehidupan yang dibentangkannya. kepada

manusia, dan jalan-jalan apakah yang dilarangnya nianusa melaluinya. Jika petunjuknya sentiasa

hidup, maka tiadalah hajat kepada Nabi yang lain yang membaharuinya dan yang membentangkannya

kepada manusia untuk kali yang lain.

(2) Manusia telah mendapat pengajaran Islam yang sempurna dengan kenabian Muhammad s.’a.w.

Pada masa ini tiada keperluan lagi untuk menambah atau mengurangi pengajaran itu. Juga tiada

dijumpai sesuatu kelemahan yang boleh membuka jalan kepada kelahiran seorang Nabi sesudahnya

s.’a.w. Dengan demikian gugur pulalah sebab yang kedua.

(3) Adalah kenabian Muhammad s.’a.w. untuk seluruh alam. Ia tiada terhad untuk sesuatu ummat

sahaja, atau untuk sesuatu zaman sahaja. Oleh sebab itu tiada keperluan bagi sesuatu bangsa untuk

mendapat Nabi yang khas dan sisi Allah. Dengan demikian gugur pulalah sebab yang ketiga.

Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.’a.w. dipanggilkan: Kesudahan segala Nabi. ini bererti: Ia adalah

Nabi yang datang paling akhir.

Dunia hari ini tidak berhajat kepada Nabi yang lain. Yang mereka perlukan ialah tokoh-tokoh

yang mengikut jejak Nabi s.’a.w. yang menyeru manusia untuk mengikutinya, mereka yang faham

akan petunjuknya s.’a.w. dan yang mengamalkan petunjuk-petunjuk itu, mereka yang mendirikan di

muka bumi ini kedaulatan undang-undang yang didatangkan oleh Muhammad s.’a.w. dan sisi Allah

Ta’ala.

FASAL KEEMPAT

IMAN SECARA TERURAI

percaya akan Allah — makna tiada Tuhan melainkan Allah — hakikat tiada Tuhan melainkan Allah —

kesan ‘aqidah tauhid dalam kehidupan manusia — percaya akan Malaikat Allah — percaya akan Kita-

Kitab Allah — percaya akan Nabi-nabi Allah — percaya akan Han Akhir — keperluan kepada ‘aqidah

tauhid — kebenaran ‘aqidah akhirat — kalimah yang baik.

Patutlah bagimu wahai penuntut, sebelum anda lebih maju lagi, supaya anda meruju’ sedikit dan

mengkaji sekali lagi maklumat yang telah anda peroleh pada fasal-fasal yang lalu:

(1) Tiada syak bahawa Islam itu ialah ta’at akan Allah Ta’ala, mematuhi titah-perintahNya. Tetapi tiada

jalan untuk mengenal Zat Allah serta sifat-sifatNya, tiada jalan yang diridhaiNya bagi hambaNya untuk

melalui hidup ini, dan tiada cara yang benar untuk mengetahui pahala dan dosa di akhirat, melainkan

melalui Nabi yang diutus dan sisi Allah Ta’ala. Dengan demikian maka ta’rif agama Islam yang benar

ialah “bahawa kita beriman akan pengajaran Nabi dan kita mengabdikan din kepada Allah mengikut

cara yang sesuai dengan petunjukNya.” Barangsiapa yang menolak petunjuk Nabi dan tidak

menjadikannya wasilah untuk mengenal Allah dan mengenal undang-undangNya maka ia bukan

Muslim, meskipun ia mengaku ta’at akan Allah dan patuh kepada undang-undangNya.

(2) Para Nabi datang kepada berbagai ummat di muka bumi ini di masa yang lepas. Setiap Nabi

diturunkan kepada sesuatu ummat mengikut ketentuannya. Kadang-kadang kepada suatu ummat itu

diutus beberapa orang Nabi, yang satu datang selepas yang lain. Islam adalah nama agama yang

dibawa oleh para Nabi itu kepada ummat yang manapun juga. Islam itu meskipun pada hakikatnya

hanya satu pada sepanjang masa dan pada semua ummat, tetapi ada berbagai perbedaan dalam

syari’ah-syari’ah yang diturunkan kepada berbagai ummat itu, perbedaan dalam hukum dan cara

‘ibadat. Maka suatu ummat itu tidak akan mengikut ummat yang lainnya, meskipun wajib baginya

beriman kepada seluruh Nabi Allah.

(3) Tatkala Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam diutus ke muka bumi ini, dengan kedatangannya

Allah telah menyempurnakan pengajaran Islam, yang diturunkan Nya kepada seluruh manusia,

supaya jadilah mereka dengan sendininya mempunyai syari’ah yang satu. Kerasulannya s.’a.w. bukan

khas untuk sesuatu ummat sahaja, atau untuk sesuatu zaman yang tertentu sahaja, tetapi ia adalah

untuk seluruh manusia sepanjang masa. Dengan risalahnya ini menjadi mansukhlah berbagai syari’ah

Islam yang telah lahir sebelumnya yang dibawa oleh para Nabi yang berbeza yang diutus kepada

berbagai ummat.

Kepada manusia tidak akan datang seorang Nabi lain dan tidak juga syari’ah yang lain sesudah Nabi

Muhammad s.’a.w., sampai kepada han kiamat. Dengan demikian, tiadalah Islam itu melainkan

mengikut Nabi Muhammad s.’a.w. yang tiada lagi seorang lelaki datang selepasnya yang wajib diimani,

dan manusia yang tidak beriman kepadanya adalah kafir.

Sekarang, marilah kita terangkan perkara-perkara apakah yang diperintahkan kepada kita oleh Nabi

s.’a.w. untuk kita imani:

 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template