Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Monday

ASAS ISLAM 2

ASAS-ASAS ISLAM
Bahagian 2




IMAN AKAN ALLAH
Yang pertama, dan yang paling mustahak daripada perintah Nabi s.’a.w. ialah “tiada Tuhan melainkan
Allah”. Kalimah ini merupakan fundasi bangunan islam. Ia membedakan seorang Muslim daripada
seorang kafir, musyrik dan mulhid. Ialah yang menunjukkan perbedaan di antara manusia yang
percaya kepadaNya dan manusia yang menolakNya. Mereka yang beriman kepadanya ialah golongan
yang mendapat kejayaan, kebahagiaan, kelepasan dan ketinggian di dunia dan di akhirat.
Perbezaan besar antara dua orang lelaki ini bukanlah kerana semata-mata yang seorang mengucapkan
kata-kata yang tersusun daripada huruf lam, alif, dan ha dan huruf-huruf lainnya dengan lidahnya.
Jika anda menderita penyakit malaria mithalnya, anda tidak akan sembuh dengan hanya menyebut
“kuinin.. .kuinin”, walaupun anda ulangi beribu-ribu kali tetapi tidak anda makan. Demikian jugalah,
tiada akan memberi manfa’at kepada anda kalimah “tiada Tuhan melainkan Allah” apabila anda
ucapkan dia tanpa meresapkan maknanya, atau anda mengetahui apa yang anda ikrarkan, atau anda
memahami tanggungjawab yang besar bagi diri anda dengan mengucapkan ikrar itu.
Yang benar ialah, bahawa perbedaan hakiki tidak akan berlaku melainkan apabila makna kalimah ini
meresap ke dalam lubuk hati anda, anda sungguh yakin kebenarannya, i’tikad anda tentang
kebenarannya tidak kurang kuatnya daripada i’tikad anda bahawa api membakar, atau racun adalah
suatu benda yang membinasakan. Artinya, i’tikad anda itu hendaklah seperti anda mengenal
pembinasaan api boleh menjadi penghalang bagi anda mencelupkan tangan ke dalamnya.
Demikianlah, pengenalan anda kepada “tiada Tuhan melainkan Allah” boleh menghalang di antara
anda dengan syirik besar atau kecil, di antara anda dengan kufur atau penentangan agama, baik
daiam ‘aqidah mahupun dalam amal.
MAKNA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Anda patutlah mengetahui apa yang dipanggil “Tuhan” (= al-ilaah. pent.). Mengikut ilmu bahasa ia
bermakna “yang berhak di’ibadati”; ertinya, orang yang kerana kebesaran dan kemuliaan keadaannya,
dan ketinggian darjatnya, patut di ibadati oleh manusia, dan mereka menundukkan kepala kepadanya,
dalam pengabdian.
Juga makna tuhan itu meliputi “orang yang padanya berkumpul kekuatan yang menggagahi yang akal
manusia sukar memahaminya.” Juga kata itu melingkupi “orang yang tidak berhajat kepada sesuatu,
sedangkan semua orang berhajat kepadanya, semua orang terpaksa meminta tolong kepadanya dalam
seluruh kehidupannya.”
Juga termasuk dalam makna tuhan ialah “orang yang terlindung kepada manusia, ertinya
kekuatannya tidak dapat dilihat.”
Kata-kata “Khoda” dalam bahasa Parsi, “Devata” dalam bahasa Hindi, dan “God” dalam bahasa
Inggeris, Semuanya kata sama ( sinonim. pent.) bagi kata — Tuhan ini. Demikianlah dijumpai juga
dalam berbagai bahasa dunia yang lain kata-kata yang sama maksudnya dengan kata ini.
Adapun kata “Allah” adalah nama bagi Yang Benar Yang Maha Tinggi. Maka makna “Tiada Tuhan
melainkan Allah”, ialah tiada satupun di alam sejagat ini yang layak diibadati manusia, yang patut
disujudi dengan ta’at dan pengabdian melainkan Allah Ta’ala. Bagi alam jagat in tiada pemilik, tiada
pengatur, melainkan Ia sendiriNya. Tiap sesuatu berhajat kepadaNya, dan terpaksa memmta
pertolonganNya. Ia tiada dapat dicapai oleh pancaindera. Akal manusia lemah daripada memahami
ZatNya.
HAKIKAT TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Itulah makna “Tiada Tuhan melainkan Allah” mengikut ilmu bahasa. Marilah pula kita terangkan
hakikat kalimah ini
Sesungguhnya, apa yang sampai kepada kita mengenai hal-ehwal manusia sejak zaman dahulu dalam
perjalanan sejarahnya, dan apa yang disaksikan di alam ini tentang kesan-kesan bangsa-bangsa
manusia, dan zaman lama dan zaman baru, semuanya menunjukkan kepada kita bahawa manusia
dalam setiap masa telah mengambil tuhan untuk dirinya lalu diibadatinya.
Demikian juga apa yang dijumpai pada hari ini diberbagai pelusuk bumi, pada berbagai ummat dan
bangsa, primitifnya dan yang modennya, mereka mengi’tikadkan tuhan untuk dirinya lalu
diibadatinya.
Ini menunjukkan bahawa kepercayaan akan ujud Tuhan telah tertancap dalam diri manusia. Dan
bahawa dalam dirinya ada suatu pendorong yang memaksanya untuk mempercayai satu Tuhan di
antara tuhan-tuhan, lalu diibadatinya.
Apakah sebab semua ini? Anda mungkin mengetahu dengan melontarkan pandangan ke dalam diri
anda sendiri dan ke dalam hal-ehwal seluruh manusia.
Ssesungguhnya, manusia itu tidak diciptakan melainkan dengan sifat-sifat kehambaan. Mengikut
semulajadinya ia adalah makhluk miskin, berhajat dan lemah. Ada banyak perkara yang
diperlukannya untuk mengekalkan hidupnya yang tidak ada dalam pegangan tanganya, yang
terkadang-kadang sekali diperolehnya tetapi tiada didapatinya lagi pada kali yang lain. Banyak perkara
yang hendak dicapai dan dimanfa’at. Sekali ia berjaya memperolehnya tetapi pada kali yang lain ia
gagal. Ini disebabkan oleh kerana pencapaian kehendaknya berada di luar kudratnya.
Berapa banyak pula perkara yang mendatangkan mudarat kepadanya, yang menggagalkan citacitanya,
yang menyempitkan usahanya, dan yang menimpakan musibah kepadanya, kekacauan dan
penyakit, dan dia sendini mahu menghindarkannya; memang ia terhindar satu kali, tetapi tidak pada
kali yang lain.
Ini semua menunjukkan bahawa berlaku atau tidaknya sesuatu kejadian, atau terhindarnya sesuatu
dan dirinya, bukanlah ketentuan manusia itu sendini.
Berapa banyak pula benda yang menggentarkan manusia kerana besar dan hebatnya: Ia melihat
gunung-ganang, sungai-sungai, binatang berbahaya dan menakutkan. Ia menyaksikan tiupan angin,
aliran air, goncangan bumi, gemuruh petir yang menggementarkannya, kepekatan awan yang
menyekap, pancaran kilat dan hujan lebat. Alangkah besar, alangkah kuat, alangkah hebatnya bendabenda
ini di dalam pandangan manusia? Dan alangkah lemah dirinya, hinanya dan lembiknya?
Demikianlah yang terbayang padanya tatkala ia melihat benda.benda ini dan memperhatikan
keadaannya.
Dengan menyaksikan berbagai pemandangan yang berlainan, dengan memperhatikan kelemahan dan
kelembikannya, timbul perasaan dalam hatinya bahawa ia adalah seorang hamba yang lemah yang
berhajat kepada orang lain. Dengan kemunculan perasaan ini dalam hatinya, muncul pulalah
gambaran tuhan yang mempunyai dua tangan yang menguasai benda-benda besar ini, dan tumbuh
pulalah perasaan tentang kebesaran kedua tangan itu dan keagungan, keadaannya sehingga ia
menundukkan kepala kepada keduanya dengan pengabdian dan kepatuhan. Tumbuh pulalah
perasaan adanya kekuatan yang memberi manfa’at pada kedua tangan itu, sehingga ditadahkannya
tangannya kepadanya, mengharap kurnianya. Tumbuhlah dalam dirinya perasaan tentang kekuatan
ke dua tangan itu yang boleh memberi mudrat, sehingga ia takut kepada keduanya dan berlindung
daripada kemarahan keduanya.
Dalam kejahilan peringkat bawah, manusia menyangka bahawa benda-benda yang diihatnya
mempunyaj kekuatan besar, atau yang dirasanya boleh memberi manfa’at atau mendatangkan mudrat
kepada dirinya dengan berbagai cara, adalah “tuhan-tuhan” mengikut ukuran zatnya. Oleh kerana itu
anda lihat manusia menyembah binatang buas, sungai, gunung-ganang. Ia sujud kepadanya. Ia
mengabdi kepada bumi, api, hujan, angin, bulan, matahari, bintang-bintang; demikian seterusnya.
Tetapi, manakala terangkat sedikit kejahilan itu, dan memancar sedikit sinar ilmu dan cahaya, iapun
mengetahui bahawa benda-benda ini semuanya adalah makhluk yang lemah dan lembik, sama dengan
dirinya juga; dan bahawa kematian akan mencapai binatang besar dan perkasa sebagai mana ia
mencapai haiwan kecil dan hina; dan bahawa sungai sungai yang besar, airnya sentiasa mengalir dan
berlari, terkadang naik dan terkadang surut; dan bahawa manusia boleh memecah gunung-ganang
dan menarahnya; dan bahawa bumi tidak dapat dengan sendirinya menumbuhkan dan menyuburkan
sesuatu dan perutnya dan untuk itu ia memerlukan air, dan ia akan menjadi kering kersang apabila
tidak mendapat air yang cukup; dan bahawa air tidak datang dengan sendirinya dan langit, melainkan
udaralah yang menyebabkannya terjadi dengan menolak awan dan mengumpulkannya; dan bahawa
udara tidak dengan sendirinya berkuasa bertiup dan memberi manfa’at atau tidak kepada manusia.
Semua itu berkehendakkan kepada sebab-sebab yang lain. Demikian juga manusia menyaksikan
matahari, bulan dan bintang-bintang di langit beredar mengikut undang undang yang tetap yang
sentiasa tidak terkeluar dan tiada berganjak daripadanya meskipun sebesar rambut.
Dan sini timbul dalam fikirannya bahawa semua benda yang nyata ini di dalam menjalani tugasnya
berpegang kepada suatu kekuatan yang tersembunyi di dalam alam jagat, kekuatan yang menguasai
dan mengaturnya, kekuatan yang menguasai segalanya. Dan sini muncul di dalam fikiran manusia
kepercayaan akan adanya beberapa tuhan yang tersembunyi. Disangkanya, bagi cahaya, udara, air,
sakit, sihat, keindahan dan kekejian ada tuhan tersendiri. Terbayang dalam otaknya gambaran
khayali. Ditundukkannya dirinya, dan ia bersujud kepadanya.
Manakala bertambah pada manusia cahaya ini, cahaya ilmu dan pengenalan, dijumpainya di dalam
susunan alam jagat ada undang-undang yang badi yang terpelihara, dan ketentuan yang kuat lagi
kemas. Ia menyaksikan bagaimana udara bertiup, hujan turun, planit-planit beredar di langit, musim
berubah, pokok dan tumbuhan berbuah, mengikut kaedah yang tetap. Ia menyaksikan, bagaimana
berbagai kekuatan yang berlainan berpadu bekerjasama bertolong tolongan di antara mereka untuk
melaksanakan peraturan ini. Ia menyaksikan bagaimana kemas dan rapinya undang-undang ini.
Bahawa masa yang ditentukan bagi sesuatu pekerjaan di alam jagat mengumpulkan sebab-sebab dan
saling membantu di antara mereka tanpa berselisih dan terkemudian.
Demikianlah, dengan menyaksikan alam jagat dan peraturannya yang tetap lagi rapi, terpaksalah
orang musyrik mengakui adanya satu Tuhan bagi alam jagat ini. Ialah Tuhan yang paling besar yang
mengatur dan mengetuai mereka semua. Kerana andaikata tuhan-tuhan itu berpecah-belah, masingmasing
berdiri sendiri dengan urusannya, nescaya terungkailah peraturan alam jagat ini: Kebinasaan
dan kekacauan akan melingkupinya. Maka dinamakannya Tuhan yang maha besar itu dengàn “Allah”,
atau “Barmisyur”, atau “Khodaya Khodayakan”. Tetapi ia masih menyengutukannya dalam
pengabdiannya dengan tuhan-tuhan yang kecil itu. Ia menyangka bahawa ketuhanan itu seperti
kerajaan duniawi. Jika seorang raja di dunia mempunyai banyak menteri tempat raja itu menyerahkan
urusannya, bermesyuarat dengan mereka dalam menjalankan pekerjaannya, dan menggantungkan
kepada mereka kebanyakan urusannya, demikian jugalah mengikut anggapan mereka, bahawa Tuhan
yang maha besar itu minta tolong kepada tuhan-tuhan kecil dalam menjalankan pentadbiran alam
jagat ini. Manusia tidak mungkin sampai kepadanya atau mendekatinya selama tidak mendapat
keridhaan daripada tuhan-tuhan kecil. Kerana itulah manusia mesti mengibadati mereka,
menundukkan din kepada mereka, takut akan kemurkaan mereka. Manusia menjadikan tuhan-tuhan
itu wasilah untuk sampai kepada Tuhan yang maha besar. Ditadahkannya dua tangannya ke pada
tuhan-tuhan itu untuk memperoleh perkenan dan pertolongan. Maka beramallah ia mencari keridhaan
mereka dengan berbagai nazar dan bermacam korban.
Tatkala makin tinggi ilmu manusia dan bertambah pandangannya, dikuranginyalah jumlah tuhan itu
sedikit demi sedikit. Mereka fikirkan tentang tuhan-tuhan yang ada pada orang-orang jahil.
Diperhatikannya satu persatu. Maka tahulah ia bahawa mereka itu bukan Tuhan. Bahkan semua
mereka ini adalah hamba-hamba seperti hamba-hamba yang lainnya juga meskipun kekuatan mereka
tidak tambah berkurang dan tipudaya mereka tidak tambah lemah. Maka ditinggalkannyalah tuhantuhan
ini, ditahannya dirinya daripada mengabdi kepada mereka satu demi satu. Pada akhirnya tiada
yang tinggal lagi melainkan Tuhan yang esa, meskipun dalam fikirannya masih tinggal banyak perkara
jahil mengenai Tuhan yang esa ini.
Sebahagian manusia menyangka bahawa Allah itu tubuh seperti badan kita. Ia duduk di satu sudut
memperhatikan manusia mengabdi dan sujud kepadaNya.
Sebahagian mereka menyangka bahawa bagi Allah itu ada isteri dan anak-anak. Ia berketurunan
sebagaimana manusia berketurunan.
Sebahagian mereka menyangka bahawa Allah itu turun ke muka bumi dalam rupa manusia.
Sebahagian mereka berkata: Allah membiarkan urusan alam jagat ini selepas diciptakanNya dan
dijadikanNya bergerak sendiri. Ia sekarang berehat di satu tempat.
Sebahagian mereka berkata: Tidak dapat tiada pada sisi Allah itu ada syafa’at daripada orang-orang
yang mensyafaatkan yang terdiri dan pada wali-wali dan roh-roh suci, lalu menjadikan mereka ini
wasilah ( perantara. pent.).
Sebahagian mereka membayangkan di dalam otaknya gambar Allah dan menganggap sebagai suatu
kemestian meletakkan gambar itu dihadapannya ketika beribadat.
Demikianlah, tinggal dalam otak manusia berbagai sangkaan karut, meskipun ia mengi’tikadkan
keesaan Tuhan. Dan inilah yang menyebabkan manusia terperangkap di dalam lumpur syirik dan
kekafiran. Semua itu adalah natijah kejahilan manusia itu sendiri.
Darjat yang paling akhir dan tertinggi adalah “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Itu adalah ilmu yang
diturunkan oleh Yang Benar Yang Maha Tinggi, dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya, kepada
hamba-hambaNya pada setiap tempat dan masa. Pertama kali diturunkan kepada Adam, kemudian
kepada Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, dan para Nabi ‘alaihimussalatu Wassalam lainnya. Kemudjan
diturunkanNya pula kepada kesudahan segala Nabi, Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Itu adalah ilmu yang murni tiada bercampur dengan kejahilan. Dan tiadalah manusia itu ditimpa oleh
perkara perkara yang telah kami sebutkan berkenaan dengan berbagai bentuk kufur, syirik dan
pengabdian berhala melainkan kerana penentangannya terhadap pengajaran para Nabi dan
perpegangannya kepada pancaindera dan fikirannya sendiri.
Marilah kita terangkan kepada anda apa yang dikandung oleh bahagian singkat ini berkenaan dengan
hakikat yang ada dan makna-makna yang tinggi:
(1) Pertama-tama dan yang paling penting ialah gambaran ketuhanan. Bahawa alam jagat yang besar
ini, yang akal manusia lemah untuk mengikutinya, lemah daripada mengetahui permulaan dan
kesudahannya, alam yang telah dicipta dan yang di dalamnya sentiasa terjadi ciptaan yang tidak dapat
dihitung, yang pada setiap hari terjadi banyak benda dan ciptaan baru yang mengalahkan akal
manusia, tidak mungkin dicipta melainkan oleh Tuhan yang hidup, yang tidak mati dan tiada terbatas,
Tuhan yang menjadi tumpuan sedangkan ia tidak berhajat kepada yang lain, yang berkuasa atas
segala-galanya bijaksana tidak pernah tersalah, mengetahui tiada tersembunyi kepadaNya sesuatu,
yang berjaya tidak pernah gagal dalam pekerjaanNya, menguasai kekuatan yang tiada terhad,
daripadaNya semua yang ada di alam jagat ini memerlukan sumbar kehidupan dan rezki, suci dan
segala kecemaran dan kekurangan, dan tiada peluang bagi sesiapapun untuk mencampuri urusanNya.
(2) Semua sifat ketuhanan tidak dapat tiada berkumpul pada Zat yang esa sendiriNya. Tiada mungkin
dua zat berbagi padanya, kerana tiadalah mungkin yang menang ke atas semua dan yang mengatur
semua melainkan Zat yang esa sendiniNya. Demikian jugalah, mustahil sifat-sifat ini tersebar di antara
tuhan-tuhan yang berlainan; kerana apabila yang ini memerintah, yang itu mengetahui, dan yang
Lainnya membeni rezki tanpa kerjasama di antara mereka nescaya dunia ini tak dapat tiada akan
menjadi binasa dan hancur.
Demikian juga, tiada mungkin sifat-sifat ini beralih dan satu tangan ke tarigan lain. Ertinya, pada satu
kali yang itu menjadi Tuhan, dan pada kali yang lain yang ini pula. Bagai manakah Tuhan yang tiada
berkuasa mengekalkan hidupnya dapat memberi kehidupan kepada orang lain? Dan orang yang tiada
sanggup memelihara sifat ketuhanannya boleh mengatur dan mengendalikan alam jagat? Yang betul
ialah, bahawa manusia mengikut kadar pencapaiannya akan cahaya ilmu, bertambah keyakinannya
bahawa sifat-sifàt ketuhanan tidak boleh dikenakan melainkan ke atas Zat yang esa sendirinya.
(3) Apabila anda tanamkan dalam otak ada gambaran ketuhanan yang lengkap lagi benar ini,
kemudian anda tilik alam jagat, nescaya anda ketahui bahawa setiap yang anda lihat atau anda capai
dengan salah satu alat pancainderia atau anda ketahui dengan ilmu anda, tidaklah bersifat dengan
sifat-sifat ketuhanan ini. Semua benda yang wujud di alam jagat ini berhajat kepada yang lain, kalah
dalam urusannya. Ia hidup dan mati. Ia menjadi baik, dan Ia menjadi binasa. Ia tidak kekal dalam
keadaan yang sama yang berdiri sendiri. Ia tiada berkuasa melakukan sesuatu perbuatan dan pihak
dirinya dan mengikut kemahuannya. Tiada peluang baginya untuk keluar daripada undang-undang
yang dikuatkuasakan ke atasnya dan kuasa yang lebih tinggi. Ia menyaksikan dengan lisan — halnya
bahawa benda-benda itu bukanlah Tuhan: Tiada dijumpainya padanya sesuatu yang mendekati
ketuhanan. Dan tiada masuk ke dalam ketuhanan, baik sedikit mahupun banyak. Inilah makna “tiada
Tuhan.”
(4) Apabila semua ini ternafi daripada ketuhanan, yang kecil atau yang besar di alam jagat ini, maka
tidak dapat tiada mesti diakui adanya suatu Zat yang mengatasi segala galanya. Dan tiada yang
menanggung sifat-sifat ketuhanan melainkan hanya Zat itu sahaja. Dan inilah makna “Tiada Tuhan
melainkan Allah.” ini adalah ilmu yang amat besar dan pengenalan yang sempuma. Manakala
pembahasan ditambah, nescaya anda ketahui bahawa ini adalah permulaan ilmu, dan ini jugalah
kesudahannya. Apabila anda mempelajari salah satu ilmu yang membahas hakikat alam jagat ini,
seperti ilmu tabi’i, ilmu kimia, ilmu alam, ilmu bumi, ilmu hayat, ilmu haiwan dan ilmu kemanusiaan
dan anda selami hakikatnya, nescaya bertambah iman anda dan pembenaran anda bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah. Dan terbukalah bagi anda bahawa setiap langkah yang dilangkahkan di dalam
gelanggang mencari hakikat ilmu bahawa tiada makna bagi sesuatu di alam ini jika hakikat yang
murni dan penting ini diingkari.
KESAN ‘AQIDAH TAUHID BAG! KEHIDUPAN MANUSIA
Sekarang, marilah kami terangkan bagaimana pengakuan tauhid rnemberi kesan kepada kehidupan
manusia, dan mengapa kegagalan dan kerugian tertimpa ke atas orang yang tidak beriman dengan
kalimah ini.
(1) Orang yang beriman dengan kalimah ini tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit.
Sesungguhnya, ia telah beriman kepada yang mencipta langit dan bumi, yang memiliki belahan bumi
sebelah barat dan sebelah timur. Ialah Tuhan sekalian alam. yang memberi rezeki kepada mereka dan
yang mengasuh rnereka. Baginya tiada suatu keganjilan pun di alam ini setelah ia beriman, kerana
segala yang ada padanya adalah milik dan rakyat bagi yang memilikinya. Tiada suatu apa pun di alam
ini yang dapat berdiri di hadapan mukanya, menghalangi perasaan kasihnya, pengorbanannya dan
perkhidmatannya. Bahkan ia menjadi orang yang mempunyai pandangan luas, tidak ada seusuatu
yang menyempitkan miik Allah Ta’ala. Yang demikian itu adalah suatu perkara yang tidak mungkin
dicapai oleh seseorang yang mengatakan Tuhan berbilang, atau orang yang mengi’tikadkan Allah
mempunyai sifat-sifat manusia yang mempunyai kekurangan dan yang terhad, atau orang yang tidak
mengenal Allah sama sekali.
(2) Sesungguhnya percaya akan kalimah ini boleh membina kemurnian dan kemuliaan jiwa di dalam
diri manusia, yang tidak akan berlaku ke atas orang yang lainnya. Ia mengetahui Allah itu esa. Allah
adalah pemilik hakiki setiap kekuatan yang ada dalam alam ini. Tiada yang memberi mudrat dan tiada
yang memberi manfa’at melainkan Dia.
Tiada yang menghidupkan dan tiada yang mematikan melainkan Dia. Tiada yang menjadi tuan kepada
hukum, kekuasaan dan pimpinan melainkan Ia sendiriNya. Maka ilmu yang yakin ini akan
membuatnya terkaya daripada sesuatu selain Allah. Akan hilanglah dan hatinya perasaan takut
melainkan kepadaNya. Tiada ditundukkannya kepalanya di hadapan sesuatu mahkluk, dan tiada
dihinakannya dirinya di muka makhluk itu. Tiada ditadahkannya tangannya kepadanya. Ia tiada
gentar akan kebesaran dan keagungan makhluk itu.
Sifat-sifat seperti ini tidak mungkin dipunyai oleh manusia yang tiada mengimani kalimah ini.
Dan adalah perbuatan yang didorong oleh syirik, kufur dan penentangan Tuhan jika seseorang itu
menundukkan kepalanya kepada makhluk dan memandangnya sebagai orang yang berkuasa
mendatangkan manfa’at kepadanya dan menghindarkan mu drat daripadanya. Ia gentar
menghadapinya. Ia menggantungkah cita-cita kepadanya.
(3) Pada waktu yang sama, ertinya bersamaan dengan kemurnian dan kemuliaan jiwanya, mengimani
kalimah ini akan menimbulkan tawadhu’ dalam diri manusia. Orang yang mengatakan tiada Tuhan
melainkan Allah, tiada mungkin menjadi orang yang angkuh dan takabbur. Ia sentiasa murka kepada
syaitan tipuan dan akan dilawannya dengan kekuatan dan keupayaannya. Ia mengetahui dan
menyakini bahawa Allahlah yang telah menghebah kepadanya semua yang ada padanya. Dan Allah
berkuasa menghilangkannya jika dikehendakiNya.
Adapun manusia yang mulhid yang tidak beriman akan ujian Allah, adalah orang yang angkuh,
takabbur dan mencongakkan hidung apabila ia menerima kurnia dengan segera, kerana ia mengira
bahawa ni’mat itu natijah daripada ke sungguhan dan dayaupayanya.
Demikian juga tingkahlaku seorang musyrik tatkala menerima ni’mat duniawi. Ia menyangka bahawa
tuhan tuhanyalah yang mengurniakan kepadanya ni’mat itu, yang tidak diberikan kepada orang lain.
(4) Sesungguhnya orang yang mengimani kalimah ini, mengetahui dengan yakin bahawa tiada baginya
jalan menuju kejayaan dan kemenangan melainkan membersihkan diri dan beramal salih. Ia percaya
kepada Tuhan yang kaya, tempat bergantung, yang adil, yang tidak akan dapat dicapai melalui
perantara, dan tiada seorangpun yang dapat menyer tai atau mempengaruhiNya dalam ketuhananNya.
Adapun orang musyrik dan orang kafir, mereka menjalani masa hayatnya di dalam anganangan
yang dusta. Sebahagian mereka berkata: Bahawa anak Allah telah menjadi penebus dosa kita
pada sisi ayahnya.
Sebahagian mereka berkata: Kami putera Allah dan kekasihNya. Ia tidak akan menyiksa kami
atas dosa kami.
Sebahagian mereka berkata: Kita akan ditolong pada sisi Allah oleh orang-orang besar dan
orang-orang taqwa kita.
Sebahagian mereka mempersembahkan nazar dan korban kepada tuhan-tuhannya dan
menyangka bahawa ia telah mendapat keringanan untuk beramal mengikut sesuka hatinya.
Maka i’tiaqad-i’tiqad yang salah serta sesat dan yang serupa ini sentiasa menceburkan manusia
ke dalam dosa dan maksiat, sedangkan mereka menghendaki — dengan menuntutnya — pembersihan
diri dan perbaikan amal.
Adapun mereka yang mulhid yang mengi’tiqadkan dari semula bahawa di atas mereka tidak ada
pencipta yang meminta pertanggungjawapan atas perbuatan mereka dan yang memberi balasan ke
atasnya, jahat dibalas jahat dan baik dibalas baik, mereka sangka diri mereka di dunia ini merdeka
tiada terikat kepada undang-undang yang datang dan atas, dan bahawa nafsusyahwat itu adalah
tuhan mereka dan mereka menjadi budaknya.
(5) Mereka yang mengucapkan kalimah ini tidak akan mengalami putus asa dan patah hati dalam
setiap suasana. Ia beriman kepada Zat yang bagiNya perbendaharaan langit dan bumi, Zat yang tidak
dapat dihitung ni’mat dan kurnia nya dan tiada dapat diukur kekuatanNya.
Iman seperti ini mengurniakan ke dalam hatinya rasa tenang luar biasa, dan memenuhinya dengan
rasa tenteram dan penuh cita-cita. Jikalau ia dihina di dalam dunia dan diusir dan setiap pintunya,
sempit baginya jalan kehidupan, terputus daripadanya punca penghasilan, maka pandangan Allah
tiada pernah lupa daripadanya dan tidak membiarkan nya terserah kepada dirinya sahaja. Sentiasalah
ia berusaha dengan sungguh-sungguh, terus menerus menyerahkan din kepada Allah dan memohon
pertolongan daripadaNya dalam setiap keadaannya.
Ketenangan hati dan ketenteraman ruhani, takkan dapat dicapai melainkan melalui ‘aqidah tauhid.
Adapun orang kafir, musyrik dan mulhid, mereka mempunyai hati yang lemah.. Mereka berpegang
kepada kekuatan yang terhad. Putus asa akan segera menyerang mereka. Patah hati akan menyertai
mereka dalam keadaan sukar. Kadang-kadang penderitaan menyebabkan bunuh din.
(6) Mengimani kalimah ini dengan kekuatan yang besar mendidik manusia untuk mempunyai
keazaman, maju ke depan, sabar, tetap pendirian dan tawakkal dalam mengusaha kan perbuatanperbuatan
besar di dunia ini untuk memperoleh keridhaan Allah. Ia mempunyai keyakinan yang
sempurna bahawa di belakangnya berdiri kekuatan pemilik langit dan bumi, yang menolong dan
membimbing tangannya pada setiap perjalanan yang ditempohnya.
Ketetapan sikapnya, keteguhan dan kekerasannya yang diperolehnya dan keyakinan ini, tidak kurang
daripada ketetapan, keteguhan dan kekerasan gunung. Setiap musibah dunia dan setiap kekuatan
yang tidak biasa hampir-hampir tiada dapat menyimpangkannya daripada tekad keazamannya. Dan
pastilah, kesyirikan, kekufuran dan ilhad tidak akan mempunyai kekuatan dan ketetapan hati yang
seperti ini.
(7) Kalimah ini menggalakkan manusia dan memenuhi kalbunya dengan keberanian.
Adapun yang membuat manusia menjadi pengecut dan yang merendahkan kezamannya, ada dua
perkara: (i) kecintaannya kepada diri sendiri, kepada harta dan kepada keluarga; atau (ii) i’tiqadnya
bahawa ada orang selain Allah yang boleh mematikan manusia, dan berkuasa menolakkan kematian
dan dirinya dengan sesuatu cara.
Maka keimanan seseorang bahawa “Tiada Tuhan melainkan Allah” akan menghilangkan dan hati
manusia ke dua macam sebab ini dan membersihkannya sebersih-bersihnya daripada segala daki.
Ia menghilangkan yang pertama dengan menjadikannya yakin bahawa Allah adalah pemilik tunggal
dininya dan hartanya. Ia bersedia berkorban pada jalan keridhaanNya dengan segala kesukaran dan
kemudahan yang ada padanya.
Ia menghilangkan yang ke dua dengan melontarkan ke dalam lubuk hatinya bahawa tiada manusia
dan haiwan yang sanggup menghilangkan hayatnya. Tidak juga bom dan tidak meriam. Tidak juga
pedang, tidak batu dan tidak pula kayu. Yang berkuasa berbuat demikian hanyalah Allah sendiriNya.
Ia telah menetapkan waktu tertentu bagi kematiannya, yang seluruh kekuatan dunia tidak berkuasa
menyegerakannya. Oleh kerana itu tiada di dunia ini orang yang lebih berani dan lebih gagah daripada
orang yang beriman kepada Allah Ta’ala yang esa. Ia tiada merasa takut kepada serbuan tentera, tidak
kepada pedang yang terhunus, dan tidak kepada hujan peluru dan bom. Apabila ia maju untuk
berjihad pada jalan Allah ia akan maju dengan kekuatan yang sepuluh kali lebih besar daripada
kekuatannya sendiri. Apakah kekuatan sernacam ini ada pada orang musyrikin, orang kafir dan orang
rnulhid yang menganggap dininya paling mulia, dan yang mengi’tiqadkan kematian akan datang di
depan musuh, dan kematian akan lari bersama musuh yang berpaling?
(8) Mengimani “Tiada Tuhan rnelainkan Allah”, mengangkat darjat manusia dan rnenanamkan ke
dalam dirinya perasaan mulia, memadakan, dan perasaan terkaya. Ia membersihkan hatinya daripada
kekotoran tamak-haluba, kecenderungan ke arah kejahatan, hasad dengki, kekejian, caci maki, dan
sifat-sifat jahat serta berbagai perasaan rendah yang lain. Tiada pernah terdetik dalam hatinya
kecenderungan untuk sampai kepada kejayaan dengan melalui jalan-jalan yang kotor yang tidak
dikehendaki. Ia beri‘tiqad bahawa tiada rezki rnelainkan di tangan Allah sendiri, dikurniakan Nya dan
dikadarkanNya ke atas orang yang dikehendakiNya. Tiada kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran,
kekuasaan, pengaruh dan kemenangan melainkan di tangan Allah sendiri. DaripadaNya diberikanNya
apa-apa yang dikehendakiNya kepada orang yang dikehendakiNya mengikut kehendak
kebijaksanaanNya. Bagi manusia hanyalah melakukan usaha yang dibenarkan mengikut kadar
kelapangannya. Kejayaan dan kegagalan ada pada perkenan Allah sendiri. Tiada yang dapat
memberikan apa yang ditahanNya. Dan tiada yang dapat rnenghalangi apa yang diberikanNya. Adapun
orang kafir, musyrik dan rnulhid, mereka percaya bahawa kejayaan dan kegagalan terletak pada ada
atau tidaknya kekuatan duniawi yang membantunya. Mereka itu adalah hamba tamak dan keinginan.
Kejayaan yang mereka capai tidak terlepas dan rasywah, kekejian dan mufakat jahat, dan jalan-jalan
jahat yang lain. Mereka mernaki orang lain kerana dengki atas kejayaan orang itu. Dengan segala tipu
helah mereka berusaha rnenjatuhkan orang yang mereka dengki atau lawan-lawan mereka. Mereka
menyampaikan maksudnya dengan berbagai cara yang keji.
(9) Yang paling penting dan yang paling patut diingat dalarn perkara ini ialah bahawa mengimani
“Tiada Tuhan melainkan Allah” menjadikan manusia terikat kepada undang-undang Allah dan
memeliharakan undang-undang itu. Seorang Mu’min kerana i’tiqadnya bahawa kalimah ini
sesungguhnya meyakini bahawa Allah mengetahui segala galanya, dan Ia lebih dekat kepadanya
danipada urat lehernya sendini. Dan bahawa apabila dilakukan suatu perbuatan di dalam kegelapan
malam atau ketika bersendirian, Allah akan mengetahuinya. Dan bahawa apabila terdetik dalam
hatinya sesuatu yang tidak baik maka sesungguhnya ilmu Allah melingkupi detik hati ini. Dan
bahawa, andaikata mungkin baginya menyembunyikan perbuatannya danipada semua orang di dunia
ini ia tidak akan sanggup menyembunyikannya daripada Allah ‘Azza-wa-Jalla. Dan bahawa, jika pun ia
sanggup melepaskan din daripada ganjaran mana-mana pihak, ia tidak akan sanggup mengelakkan
din daripada ganjaran Allah ‘Azza-wa-Jalla. Maka apabila iman itu telah tetap dalam din manusia, ia
akan mengikut hukum Allah, berdiri pada sempadannya. Ia tidak akan melakukan apa yang
diharamkan Allah. Ia akan bersegera berbuat kebaikan dan mengamalkan apa-apa yang diperintahkan
Allah, walaupun di dalam malam yang gelap atau dalam keadaan bersendiri dan terasing. Bersertanya
ada polis yang tidak akan meninggalkannya pada setiap masa. Sentiasa terbayang di ruang matanya
mahkamah agung yang manusia tidak dapat membebaskan din daripada lingkungan perkiraannya.
Oleh kerana itu, iman akan “Tiada Tuhan melainkan Allah”, telah menciptakan suatu syarat yang
maha penting pula untuk menjadikan manusia itu seorang Muslim. Seorang Muslim, yang maknanya
telah kami terangkan pada fasal pertama nisalah ini, ialah hamba yang ta’at yang terikat kepada Allah
Ta’ala. Dan tiada mungkin seorang manusia itu menjadi hamba yang ta’at yang terikat kepada Allah
Ta’ala melainkan apabila ia beriman dan hatinya bariman tiada Tuhan melainkan Allah.
Iman bahawa “Tiada Tuhan melainkan Allah” adalah rukun yang penting yang bersifat asasi dalam
pengajaran Nabi s.’a.w. Ia adalah pusat dan asal Islam. Ia adalah sumber kekuatannya. I’tiqad-i’tiqad
Islam yang lain, hukum dan undang-undangnya, berdiri di atas asas ini. ia tiada memperoleh
kekuatannya melainkan dari asas ini. Kekuatan Islam tiada akan tinggal sedikitpun apabila asas ini
tanggal dari tempatnya.
IMAN AKAN MALAIKAT ALLAH
Perkara kedua yang disuruh Nabi s.’a.w. untuk kita imani setelah Allah ‘Azza-wa-Jalla, ialah adanya
Malaikat. Faedah rukun iman ini yang paling besar ialah supaya anda bersihkan ‘aqidah tauhid anda
daripada syirik dan daki dakinya, daripada getaran -getarannya semuanya.
Andapun telah mengetahui sebelum ini bahawa orang musyrikin menyengutukan dengan Allah
dua macam makhluk:
Yang pertama ialah makhluk yang mempunyai wujud jasmani yang dapat dicapai oleh
penglihatan seperti matahari, bulan, bintang, api, air, tokoh-tokoh manusia yang besar, dan
seterusnya.
Yang kedua, ialah makhluk yang baginya tiada wujud jasmani, makhluk yang tersembunyi dan
pandangan, yang mentadbirkan penjalanan alam dan sebalik layar, yang sebahagiannya meniup udara
dan angin, sebahagiannya mengendalikan awan dan menurunkan hujan, sebahagiannya
memancarkan cahaya, demikian seterusnya.
Makhluk golongan pertama, iaitu yang terpampang di depan mata manusia, ternafilah
ketuhanannya dengan semata mata lafaz “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Adapun makhluk dan
golongan kedua yang tersembunyi dan pandangan, yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera, itulah
yang menghanyutkan orang musyrikin pada ‘amnya. Mereka memandangnya sebagai Tuhan dan
menjadi tumpuan pengabdian din mereka. Atau mereka menganggapnya zuriat Allah Ta,ala. Makhluk
seperti ini mereka gambarkan dengan gambaran khayali. Mereka sujud kepadanya. Mereka
merapatkan din kepadanya dengan nazar-nazar.
Untuk ini, Islam telah menenangkan ‘aqidah yang lain yang berdiri sendini, agar
dibersihkannya ‘aqidah manusia dengan tauhid daripada cawangan syirik yang ke dua ini.
Sesungguhnya Rasul s.’a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa makhluk nurani itu, yang oleh
sebahagian manusia dianggap sebagai Tuhan mereka, atau mereka memandangnya sebagai zuriat
Allah Ta’ala, pada hakikatnya tidak lah mempunyai sifat ketuhanan. Mereka ta’at akan Allah Ta’ala
dan tiada mendurhakaiNya. Dengan mereka ini Allah mentadbirkan kerajaanNya. Mereka menjalankan
perintahNya dengan sungguh-sungguh. Mereka tiada mempunyai kuasa dan diri mereka sedikitpun.
Mereka pun tiada mampu dengan kekuatan mereka untuk memajukan sesuatu cadangan kepada
Allah. Dan merekapun tiada sanggup menolong seseorang.
Adalah suatu kehinaan dan ke’aiban bagi manusia mengabdikan diri dan minta tolong
kepadanya. Sesungguhnya Allah telah pun mensujudkan mereka di hadapan Adam ‘a.s. pada hari
penciptaannya. Dan Allah telah memberikan ilmu kepada Adam yang tiada diberikanNya kepada
Malaikat. Allan telah menjadikan Adam, khalifahNya di bumi yang tiada diberikanNya kepada makhluk
lain. Maka, ke’aiban manakah pada manusia yang lebih besar daripada kesujudan mereka kepada
Malaikat yang telah pun sujud kepada manusia di zaman dahulu?
Pada satu pihak, Nabi s.’a.w. telah menegah kita menyembah Malaikat dan menyengutukan mereka
dengan Allah dalam ketuhananNya. Dan pihak lain pula, ia menerangkan kepada kita bahawasanya
para Malaikat itu adalah hamba Allah yang mulia. Mereka suci daripada kesalahan dan dosa. Kepada
mereka telah difitrahkan supaya tidak mendurhakai Allah, dan supaya mereka mengerjakan setiap
yang disuruhkan kepada mereka dan pihak atas. Mereka diciptakan untuk mengabdi. Dan Allah Ta’ala
telah memberi kelebihan kepada seorang Malaikat yang mulia di antara mereka — ialah Jibril ‘a.s. —
yang membawa wahyu kepada Rasul-rasul dan Nabi nabiNya. Ialah yang menurunkan Al-Qur’an
kepada Nabi kita Muhammad s.’a.w.
Sebahagian Malaikat itu mendampingi manusia dalam setiap waktu dan ketika. Mereka
menyaksikan apa yang dibuat oleh manusia, gerak-geri yang baik dan yang tidak baik. Mereka
mendengar dan mendaftarkan perkataan manusia, yang baik dan yang tak baik. Pada mereka ada
daftar yang memuat amal dan perkataan setiap orang. Daftar itu akan mereka tunjukkan kepada
manusia itu pada waktu ia berdiri di hadapan Allah Ta’ala dalam mahkamahNya. Kepadanya akan
mereka tunjukkan apa-apa yang telah dilaku kannya dalam hidupnya di dunia, pekerjaan jahat atau
baik, dengan sembunyi atau terang-terangan.
Adapun hakikat Malaikat dan bagaimana mereka dijadikan, kita tiada mendapat berita
mengenainya. Hanyasanya kita disuruh mengimani ujudnya. Dan tiada jalan untuk mengetahui
bagaimana kejadiannya. Termasuk kejahilan apa bila kita berkhayal tentang bagaimana kejadian
Malaikat itu. Dan termasuk kekafiran jika kita mengingkari ujud mereka. Sesungguhnya tiada alasan
bagi seseorang untuk mengingkaninya. Dan tiada makna mengingkari ujud Malaikat itu melainkan
mendustakan Nabi s.’a.w. yang benar dan yang dibenarkan, yang menyuruh kita mengimaninya.
IMAN AKAN KITAB-KITAB ALLAH
Perkara ketiga yang disuruh kita mempercayainya melalui Nabi s.’a.w. ialah Kitab-Kitab Allah yang
telah diturun kanNya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-RasulNya.
Sebagaimana Allah ta’ala telah menurunkan A1-Qur’an kepada Nabi kita Muhammad s.’a.w.,
maka Ia pun telah menurunkan Kitab-KitabNya — di zaman dahulu — kepada para Nabi yang telah
mendahului Muhammad. Allah telah memberitahu kita nama-nama sebahagian Kitab-Kitab ini; seperti
Lembaran-lembaran Ibrahim ‘a.s.. Taurat yang di turunkan kepada Musa ‘a.s., Zabur yang diturunkan
kepada Daud ‘a.s., dan Injil yang telah didatangkan kepada ‘Isa ‘a.s.
Adapun Kitab-Kitab lainnya yang diturunkan kepada semua Nabi, kita tiada mendapat khabar
mengenai nama namanya. Dan kita tidak mengetahui dengan pasti apakah suatu kitab agama yang
lain daripada yang tersebut itu datang daripada Allah atau tidak. Walau bagaimanapun kita hendaklah
percaya bahawa semua Kitab yang datang dan sisi Allah ta’ala adalah benar.
Sesungguhnya Kitab-Kitab yang namanya diberitahu kepada kita itu, Lembaran Ibrahim
‘alaihissalam sekarang ini tidak ujud lagi di dunia. Adapun Taurat, Zabur dan Injil, meskipun dewasa
ini masih ada pada orang Yahudi dan Nasrani, mereka telah banyak mengubahnya. Mereka tukarkan
ayat-ayatnya dan tempat-tempatnya. Sebahagian ayat mereka hilangkan. Mereka masukkan ke
dalamnya beberapa banyak pandangan yang berasal dan diri mereka sendiri. Orang Yahudi dan
Nasrani sendiri dewasa ini mengakui bahawa Kitab-Kitab asli yang diturunkan kepada Musa, Daud
dan ‘Isa ‘a.s. tidak ada lagi di sisi mereka. Yang ada pada tangan mereka ialah terjemahanterjemahannya,
yang sentiasa mengalami perubahan, pertukaran, bertambah dan berkurang.
Demikian juga, jika kita membaca Kitab-kitab ini kita jumpai padanya banyak perkara yang tidak
mungkin datang dan Allah. Teranglah bahawa kitab-kitab yang ada sekarang di dunia ini bukanlah
Kitab-Kitab yang telah di turunkan Allah kepada Musa, Daud dan ‘Isa ‘a.s. itu. Padanya telah
bercampurbaur kalam Allah dengan kalam manusia. Di tangan manusia sekarang ini tidak ada
sesuatu cara untuk membedakan kalam Allah dengan perkataan manusia itu. Oleh kerana itu kita
tiada disuruh beriman akan Kitab-Kitab yang terdahulu itu melainkan sekadar percaya bahwasanya
Allah telah mengutus Rasul-RasulNya membawa hukumNya kepada setiap ummat yang terdahulu
sebelum Al-Qur’an. Dan bahawa tiadalah hukum ini melainkan datang daripada Allah yang telah
menurunkan Al-Qur’an kepada Muhammad s.’a.w.
Dan bahawa Al-Qur’an itu datang untuk menghidupkan petunjuk yang telah menjangkau manusia
pada zaman yang lampau, kemudian mereka menyingkirkannya atau mereka tukar atau mereka
campurbaur dengan perkataan manusia.
Adapun Al-Qur’an adalah Kitab yang akhir yang turun dan sisi Allah Ta’ala.
Adapun perbezaan antara Al-Qur’an dengan Kitab Kitab yang lampau itu ada beberapa perkara:
(1) Kitab-Kitab yang datang sebelum A1-Qur’an telah lesap naskhah aslinya. Yang tinggal ditangan
manusia hanyalah terjemahannya, seperti telah anda ketahui sebelum ini. Adapun Al-Qur’an, ia
sentiasa terpelihara dalam ayat-ayat dan huruf-hurufnya yang asal sebagaimana diturunkan dan sisi
Allah Ta’ala, tiada sedikitpun perubahan pada huruf atau harakatnya.
(2) Dalam Kitab-Kitab ini manusia telah mencampur baurkan perkataannya sendiri dengan kalam
Allah. Dalam kitab yang satu dijumpai perkataan manusia, sejarah kebangsaan, riwayat hidup orangorang
besar dan Nabi-Nabi, tafsir, masalah-masalah syara’ mengikut pendapat para ahli hukum,
sehingga tak mungkin lagi diketahui yang mana di antaranya kalam Allah dan mana yang bukan.
Adapun Al-Qur’an, kita jumpai padanya kalam Allah murni dan bersih, tiada bercampur
dengan sesuatu per kataan lain. Apa-apa yang ditulis oleh orang Islam berkenaan dengan tafsir,
hadith, fiqh, riwayat hidup RasuluLlah s.’a.w., riwayat hidup para sahabat, atau sejarah Islam, mereka
tidak campurkan denian Al-Qur’an. Semua itu dituliskan dan dipelihara dalam Kitab-kitab yang lain
daripada Al-Qur’an.
(3) Semua kitab selain A1-Qur’an yang sekarang ini dijumpai pada berbagai bangsa di muka bumi ini,
tidak satu pun yang dapat dipertanggungjawabkan dan segi sejarah. Memang ada yang turun kepada
Nabi yang berkenaan, tetapi banyak pula kitab agama yang tidak dikenal asal-usulnya, kepada siapa ia
turun, dan pada masa mana ia datang.
Adapun A1-Qur’an, sesungguhnya telah dipastikan oleh saksi-saksi sejarah yang kuat dan
tetap, bahawa ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.’a.w., yang tiada dapat disangsikan oleh
sesiapapun. Bahkan lebih daripada itu, ketiadaan kesangsian itu berlaku pada setiap ayatnya, bila dan
di mana ia diterima oleh Muhammad s.’a.w.
(4) Mengenai bahasa yang digunakan oleh Kitab-Kitab yang terdahulu itu, sesungguhnya telah
dimakan-minum oleh masa, dan jadilah ia kisah sejak masa yang lama. Dewasa ini tiada orang yang
berucap dengan bahasa itu lagi di mana mana pe1usuk muka bumi ini, dan hanya sedikit orang yang
mengerti bahasa itu. Andaikata Kitab-Kitab yang seperti ini masih ada lagi dengan rupanya yang asal
pada masa kini, mustahillah manusia memahaminya dan mengikuti hukum hukumnya.
Adapun bahasa yang digunakan oleh AI-Qur’anu ‘l Karim ialah bahasa yang hidup, yang
diucapkan oleh berpuluh-puluh juta manusia dan difahami oleh beratus-ratus juta lagi pada masa ini.
Ta dikaji dan dipelajari di seluruh pelusuk dunia. Dan adalah mudah bagi setiap orang yang mahu
belajar untuk mempelajarinya. Dan adalah mungkin bagi mereka yang tidak mempunyai waktu belajar
menjumpai orang yang boleh memahami makna-makna A1-Qur’an dan hukum-hukumnya.
(5) Seluruh kitab agama yang sekarang ini ada pada herbagai ummat di muka bumi ini isinya
ditujukan kepada sesuatu ummat yang khas, tidak kepada semua ummat.
Demikianlah, jika seseorang memperhatikan hukum hukum yang terkandung dalam Kitab-
Kitab itu, nescaya diketahuinya tanpa ragu-ragu bahawa kebanyakannya di untukkan bagi sesuatu
masa yang khas. Ia didatangkan sesuai dengan keadaan, sesuai dengan tuntutan dan keperluan pada
masa itu, sedangkan manusia masa kini tidak berhajat kepadanya dan tiada mungkin
mengamalkannya.
Yang nyata ialah, bahawa Kitab-Kitab ini adalah khusus untuk sesuatu masa, tidak untuk
semua zaman; khusus untuk sesuatu ummat, tidak untuk semua bangsa. Dan tiada satu Kitab pun di
antaranya ditujukan untuk seluruh manusia.
Demikianlah, ummat-ummat yang kepadanya diturunkan Kitab-Kitab ini bukanlah ummat
yang kekal, melainkan terhad pada sesuatu masa.
Tetapi, apabila anda perhatikan A1-Qur’an, nescaya anda ketahui bahawa ucapan-ucapan di
dalamnya ditujukan kepada jenis manusia di setiap tempat. Tiada akan terdetak dihati seseorang yang
membaca ayat-ayat A1-Qur’an, bahawa ianya diturunkan khas bagi sesuatu ummat, tidak untuk
seluruh ummat. Yang demikian itu, adalah mungkin untuk mengamalkan tiap-tiap hukum yang
terlukis di dalam Al Qur’an pada setiap tempat dan pada setiap zaman. Dan adalah disaksikan oleh
saksi yang berkata bahawa Al-Qur’an itu diturunkan untuk seluruh alam dan untuk sepanjang zaman.
(6) Kitab-Kitab yang terdahulu itu meskipun masing masing mengandung perkara-perkara kebenaran
dan kebaikan, mengajar manusia akan asas-asas akhlaq dan kebaikan, dan menunjuki manusia
melalui jalan yang lurus dalam menjalani hidupnya sesuai dengan keridhaan Allah, tetapi tiada satu
Kitabpun yang melingkupi seluruh kebaikan dan kelebihan sehingga tiada yang tertinggal walau
sedikit.
Dan yang membezakan Al-Qur’an daripada seluruh Kitab-Kitab itu ialah bahawa A1-Qur’an
telah mengumpulkan dalam kandungannya semua yang termuat dalam Kitab Kitab yang terdahulu
yang terdiri dan sifat-sifat kelebihan. Al-Qur’an telah menerangkan segala kebaikan dan kebajikan
yang tidak diterangkan dalam Kitab-Kitab yang terdahulu itu.
(7) Oleh kerana manusia telah memalingkan kitab kitab agama yang terdahulu itu, maka masuklah ke
dalamnya banyak perkara yang tidak sesuai dengan akal dan hakikat, menegakkan kezaliman dan
kekacauan, membinasakan akidah dan ilmu manusia. Bahkan sebahagian kitab-kitab ini mengajarkan
perkara-perkara yang keji dan mungkar serta keburukan-keburukan akhlaq.
Tetapi Al-Qur’an bersih sebersih-bersihnya daripada perkara semacam itu. Tiada padanya
sesuatu yang menyalahi akal atau mungkin disalahkan dengan dalil-dalil atau percubaan. Tiada
kezaliman atau perseteruan dalam perkara perkara yang diterangkannya atau di dalam hukumhukumnya.
Tiada padanya sesuatu yang menyesatkan manusia. Padanya tiada benda-benda kejahatan
dan mungkar dan tiada kesan-kesannya, serta tiada sedikitpun kaitan dengan sifat sifat jahat. Dan
awal hingga akhir penuh dengan hikmah yang tinggi, nasihat yang baik, pengajaran kepada manusia
agar berbuat keadilan, menunjuki mereka melalui jalan yang lurus, menunjuki mereka kepada hukum
dan undang-undang yang baik. Ini adaiah perkara-perkara mulia, yang untuknya semua penduduk
bumi ini disuruh beriman kepada Al-Qur’an, mengikuti hanya Kitab itu bukan Kitab-Kitab lainnya.
Sejauh-jauh pengajaran dan petunjuk yang ada atau yang mungkin manusia berhajat kepadanya
dalam menjalani hidupnya mengikut cara yang diridhai Allah telah diterang kan oleh Al-Qur’an tanpa
kurang dan lebih. Maka manusia tiadalah berhajat lagi kepada suatu kitab yang lain sesudah
kedatangan Al-Qur’an.
Apabila anda telah megenal perbezaan antara Al Qur’an dan Kitab-Kitab lainnya, maka
mudahlah anda mengerti apa yang selayaknya menjadi perbezaan di antara iman akan A1-Qur’an dan
iman akan Kitab-Kitab yang lain.
Maka tiadalah iman akan Kitab-Kitab yang terdahulu itu melainkan setakat pembenaran
sahaja. Ertinya, kita percaya bahawa Kitab-Kitab ini berasal daripàda Allah, merupakan Kitab yang
benar, dan tiadalah Kitab-Kitab itu datang melainkan mempunyai tujuan yang sama dengan apa yang
hendak disempurnakan oleh Al-Qur’an.
Al-Qur’an itu adalah kalam Allah yang murni. Ia adalah benar. Setiap lafaz yang ada di
dalamnya terpelihara. Setiap kata di dalamnya adalah benar. Mengikut perintah-perintah nya adalah
wajib. Dan setiap yang menyalahi dan menentang hukum-hukumnya patutlah ditolak.
IMAN AKAN RASUL-RASUL ALLAH
Selepas mengimani Kitab-Kitab Allah, kita disuruh untuk mengimani Rasul-Rasulnya.
Dalam fasal yang lepas telah pun kami terangkan kepada anda bahawa seluruh ummat di muka bumi
ini telah didatangi oleh Rasul-Rasul Allah yang menyeru manusia kepada Islam, yang pada
penutupnya mereka telah diseru oleh Muhammad s.’a.w. Seolah-olah, tiadalah semua Rasul Allah dan
Nabi NabiNya itu melainkan daripada silsilah yang satu itu juga. Maka barang siapa yang
mendustakan seorang di antara mereka ia telah mendustakan seluruhnya. Dan barang siapa yang
membenarkan salah seorang di antaranya, adalah menjadi kehormatan kepadanya membenarkan
seluruh mereka itu.
Jika di sisi anda ada sepuluh orang lelaki yang menyatakan suatu perkara yang sama, apabila
anda membenarkan salah seorang di antara mereka, sesungguhnya anda telah membenarkan seluruh
mereka ini. Dan apabila anda mendustakan salah seorang di antaranya, sesungguhnya anda telah
mendustakan seluruhnya; kerana mereka semuanya mengatakan apa yang dikatakan oleh yang
seorang itu.
Sesiapa yang membezakan di antara Rasul-Rasul Allah, mempercayai sebahagian para Rasul
tetapi tidak mempercayai yang lainnya, maka ia adalah kafir sungguh-sungguh.
Rasul kita s.’a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa bilangan Nabi yang diutus kepada
berbagai ummat adalah sebanyak 124,000 orang. Kalau anda memikirkan umur dunia ini, serta
ummat-ummat dan bangsa-bangsa yang mendiaminya, anda akan melihat bahawa bilangan Rasul
Allah sebanyak itu bukanlah banyak. Adapun Rasul-Rasul yang telah dikisahkan Al-Qur’an kepada
kita, wajiblah kita mempercayai mereka secara tegas. Adapun mereka yang tidak dikisahkan kepada
kita, kita disuruh mengimani mereka, kerana semua orang yang diutus oleh Allah Ta’ala kepada
hambaNya untuk mengajarnya dan menyerunya mengikuti jalan pertengahan, semua rnereka itu
adalah orang-orang benar belaka. Kita hendaklah beriman akan Rasul-Rasul Allah yang datang ke
Negeri India dan Cina, Iran dan Mesir, Afrika dan Eropah, dan semua pelusuk serta ceruk rantau
muka bumi ini. Tetapi kita tidak sanggup mengatakan apakah seseorang tokoh itu Rasul Allah atau
bukan, kerana kita tidak diberitahu mengenai itu. Lagipula kita tidak dibenarkan dalam keadaan
bagaimanapun juga mencaci atau menyebut dengan nada buruk seorang tokoh yang diikut dan
berbagai agama yang berlainan di muka bumi in Kita tidak menge tahui apakah mereka itu termasuk
di antara Rasul Allah yang sungguh, kemudian dibelakangnya manusia mengubah agamanya,
sebagaimana pengikut-pengikut Nabi Musa dan ‘Isa ‘a.s. telah mengubah agama benar kedua Nabi ini
sepeninggalnya. Andaikata kita mempunyai pendapat yang kita lahirkan mengenai agama-agama
mereka dan rupa agama agama itu dalam keadaan sekarang, maka hendaklah kita berdiam diri
tentang tokoh-tokoh yang mengasaskan agama agama ini, supaya tidak terbit dari diri kita sesuatu
yang menyalahi adab kesopanan berkenaan dengan keadaan seseorang Rasul Allah.
Dan tiadalah perbedaan di antara Nabi Muhammad s.’a.w. dengan Nabi-Nabi lain. Semua
mereka benar diutus dan sisi Allah, memberi petunjuk kepada jalanNya yang lurus. Disuruhnya kita
agar beriman kepada setiap orang di antara Rasul-Rasul ini.
Jikapun ada perbezaan di antara Nabi Muhammad s.’a.w. dengan Nabi-Nabi yang lain —
mengikut perbandingan ini — maka ia adalah dalam tiga perkara:
(1) Nabi-Nabi yang lain itu diutus kepada sesuatu ummat yang khas dan untuk masa yang terhad.
Adapun Muhammad s.’a.w. diutus kepada seluruh alam, sehingga kepada Hari Kiamat, sebagaimana
anda ketahui pada fasal yang lepas.
(2) Pengajaran Rasul-Rasul yang terdahulu itu telah ter pesong seluruhnya atau tiada lagi terpelihara
dalam bentuk nya yang asal walaupun ianya masih ada di dunia.
Juga, tiada diketahui riwayat-hidup dan hal-ehwal mereka. Maka terbenamlah hakikat keadaan
mereka di dalam riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang diciptakan oleh manusia mengenai kehidupan
para Rasul itu. Tiadalah mungkin seseorang dapat mengikuti riwayat-hidupnya meski ia mahu dan
berusaha berbuat begitu.
Adapun Muhammad s.a.w., pengajarannya riwayat hidupnya, perkataannya, perbuatannya,
akhlaqnya, kebiasaannya, dan kelebihan-kelebihann semuanya dituliskan dalam buku-buku yang
boleh dicapai oleh tangan manusia. Nyata bahawa yang hidup tunggal di antara semua Rasul Allah
dan Nabi-NabiNya adalah Muhammad s.’a.w. Ialah satu-satunya tokoh Nabi yang mungkin diikut oleh
manusia dan mendapat petunjuk daripada petunjuk-petunjuknya.
(3) Sesungguhnya pengajaran Islam yang didatangkan oleh para Nabi yang terdahulu belum
merupakan pengajaran yang sempurna. Dan tiada yang diajarkan oleh seseorang Nabi di antara para
Nabi itu melainkan lebih baik daripada pengajaran Nabi-Nabi yang terdahulu, lebih baik daripada
hukum hukum mereka, undang-undang dan cara-cara petunjuk mereka. Ada yang dibuang
daripadanya dan ada yang di tambahkan kepadanya.
Demikianlah karyawan ketinggian, kesempurnaan dan perbaikan itu membaktikan amalnya
sebelum Muhammad s.’a.w. Kerana itulah Allah Ta’ala tidak lagi memeliharakan pengajaran Rasul-
Rasul itu selepas zaman mereka berlalu. Manusia tidak berhajat lagi kepada pengajaran lama yang
kurang sempurna setelah datang kepada mereka pengajaran baru yang sempurna.
Akhirnya, didatangkan kepada Nabi Muhammad s.’a.w. pengajaran Islam yang sempurna, yang
unggul semua pihaknya. Demikianlah, syari’ah segala Nabi menjadi mansukh dengan kedatangan
risalah Muhammad s.’a.w., kerana menuruti sesuatu yang mempunyai kekurangan pada waktu benda
yang sempurna telah ujud adalah menyalahi tuntutan akal.
Barangsiapa yang mengikut Muhammad s.’a.w. sesungguhnya ia telah mengikut para Nabi
seluruhnya. Yang demikian itu, bahawa seluruh ajaran kebaikan yang terkandung di dalam
pengajaran para Nabi yang terdahulu pada sa’at ini dijumpai dalam ajaran Muhammad s.’a.w. Dan
barangsiapa yang menentangnya dan mengikuti Nabi lainnya, maka ia telah mengharamkan banyak
kebaikan yang ditambahkan pada masa sesudahnya, yang tidak ada dalam sesuatu pengajaran masa
lampau.
Oleh kerana itu bagi seluruh manusia tak dapat tiada mestilah beriman kepada Muhammad
s.’a.w. dan mengikuti ajarannya.
Bagi seorang muslim hendaklah beriman kepada Muham mad s.’a.w. itu mengenai tiga perkara:
(1) Bahawa Muhammad itu adalah Rasul yang benar dan sisi Allah Ta’ala.
(2) Bahawa petunjuk yang dibawanya adalah sempurna, tiada kekurangan atau kesalahan.
(3) Bahawa beliau adalah Nabi yang akhir yang datang kepada manusia dan sisi Allah Ta’ala kepada
seluruh ummat, hingga kepada Han Kiamat. Di belakangnya tiada seorangpun lagi lelaki yang datang,
yang mempercayainya termasuk syarat Islam, dan orang yang tiada beriman kepadanya ter masuk
golongan kafir.
PERCAYA AKAN HARI AKHIR
Perkara kelima yang disuruh kita mempercayainya ialah Han Akhir. Apa yang wajib kita percayai
berkenaan dengan.
Hari itu ialah:
(1) Allah akan meleburkan alam dan segala makhluk yang ada di dalamnya pada suatu hari yang
dikenal sebagai Han Kiamat.
(2) Kemudian, Allah — subhanahu wa ta’ala — menghidupkan mereka semula, dan mengumpulkan
mereka di hadapanNya. Ini adalah perhimpunan dan kebangkitan.
(3) Kemudian, Allah menghadapkan mereka di hadapan mahkamahNya untuk di nilai semua pekerjaan
mereka, yang baik atau yang jahat, selama mereka hidup didunia, tidak kurang dan tidak lebih.
(4) Mereka yang diampuniNya dimasukkan ke dalam Jannah dan mereka yang dihukum dimasukkan
ke dalam api.
KEPERLUAN MEMPERCAYAI HARI AKHIR
Ini adalah akidah mengenai akhirat, dikemukakan oleh Muhammad s.’a.w. sebagaimana telah
dikemukakan oleh semua Nabi dan Rasul kepada manusia. Mempercayainya, menjadi salah satu
syarat daripada syarat-syarat Islam di sepanjang masa. Seluruh Nabi telah mengkafirkan mereka yang
tidak atau ragu-ragu mempercayainya. Maka, tiadalah erti beriman akan Allah, Kitab-Kitab dan Rasul-
RasulNya, tanpa mempercayai ‘aqidah ini. Ini adalah perkara yang nyata, tiada sukar memahaminya.
Apabila anda dituntut melakukan sesuatu, pertanyaan pertama yang timbul dalam benak anda:
“Apakah faedah yang anda peroleh jika anda lakukan, dan bencana apakah menimpa anda jika anda
tinggalkan?” Mengapakah timbul soal ini dalam otak anda? Ini disebabkan bahawa manusia dan
semulajadinya merasa bahawa tiada gunanya membuat sesuatu pekerjaan yang tiâda memberi apaapa
kepadanya. Kerana itu, anda tiada akan bergiat melakukan sesuatu per kara yang tiada harapan
akan mendatangkan faedah bagi diri anda. Dan andapun tiada akan meninggalkan sesuatu pekerjaan
yang anda yakin bahawa ianya tidak akan mendatangkan mudrat kepada anda.
Yang menimbulkan persoalan ialah keraguan dan kesangsian.
Bahawa setiap perkara yang anda sangsi akan mendatangkan faedah tiada mungkin anda
gemar dan giat melakukannya. Demikian juga sesuatu yang anda ragukan mudratnya. Demikian juga
sesuatu yang anda ragukan mudratnya, tiada mungkin anda berusaha munghindari dan menjauhinya.
Perhatikanlah anak kerdil; mengapa mereka masukkan tangan’ mereka ke dalam api? Ini disebabkan
kerana mereka tiada mengetahui dengan ilmu yang yakin bahawa api itu adalah suatu benda yang
membakar. Dan mengapa mereka lari dan belajar dan menuntut ilmu? Ini disebabkan kerana faedah
faedah ilmu yang diusahakan oleh orang-orang dewasa untuk dimasukkan ia dalam otak mereka tidak
dapat ditenima oleh diri mereka dan tiada memenuhi hati mereka.
Demikian jugalah seseorang yang tiada mengimani akhirat. Ia melihat iman akan Allah dan mengikuti
perintah Nya di dunia ini sebagai suatu perkara yang tiada mendatang kan faedah. Dalam
pandangannya, tiada berguna ta’at kepada Allah dan tiada mudrat mendurhakaiNya. Bagaimanalah
dapat diharapkan ia akan mendorong dan memaksa dirinya mentaati perintah Allah yang
diturunkanNya kepada Rasul Rasu!Nya, dan di dalam Kitab-KitabNya? Walaupun ia beriman akan
Allah, keimanannya itu tiada bererti, kerana ia tidak menta’ati Allah dan tiada menjalani hidupnya
sesuai dengan keridhaan Allah Ta’ala.
Perkara ini tidak akan terhenti sampai di sini. Keingkaran manusia atau pengakuannya akan
kehidupan akhirat akan memberi kesan yang mendalam pada kehidupannya. Sebagaimana telah kami
terangkan terdahulu, telah menjadi fitrah ke atas manusia yang manusia itu tidak akan mengerjakan
sesuatu pekerjaan atau meninggalkannya melainkan sesuai dengan faedah yang datang atau mudrat
yang akan menimpa dirinya. Bagaimanakah seseorang yang mempunyai batas pemandangan yang
tidak melampaui faedah atau mudrat yang langsung, akan berbuat amal salih yang tidak diharapkan
akan mendatangkan faedah baginya di dunia ini, atau menjauhi perbuatan jahat yang tidak
dikhawatiri akan mendatangkan mudrat di dunia ini?
Adapun orang yang mempunyai pandangan yang terus kepada natijah ‘amal dan tidak terhenti
kepada yang zahir sahaja, ia tidak melihat manfa’at dan mudrat yang segera ini melainkan sebagai
sesuatu yang nisbi. Dipilihnya yang hak daripada yang bathi, dipilihnya kebaikan danipada kejahatan,
adalah memandang kepada faedah akhirat dan mudratnya yang abadi, meskipun kebaikan itu akan
mendatangkan bencana berat dan kejahatan akan mendatangkan manfa’at yang besar kepadanya di
dunia ini.
Perhatikanlah perbedaan besar dan kelainan yang nyata di antara kedua macam manusia ini
Mengikut pandangan manusia yang pertama, kebaikan itu ialah apa yang menda tangkan manfa’at di
kehidupan dunia yang fana ini seperti memperoleh kekayaan, atau tanah, atau kemuliaan dan
kedudukan yang baik di tengah-tengah manusia, atau kelazatan, atau kegembiraan atau sesuatu yang
dapat memuaskan nafsu-syahwatnya. Kejahatan pada sisinya, ialah sesuatu yang dibenci dalam
kehidupan dunia ini seperti kekurangan harta, kekurangan diri, kekurangan buah-buahan, atau
kehilangan kesihatan, atau kedudukan yang tidak baik di kalangan manusia, atau hukuman
pemerintah, atau sesuatu yang menyebabkan dukacita atau kesedihan.
Sedangkan kebaikan mengikut pandangan manusia yang kedua ialah sesuatu yang diridhai
oleh Allah Ta’ala. Kejahatan ialah sesuatu yang dibenciNya. Ia berpendapat, kebaikan itu adalah baik
dalam setiap keadaannya meskipun tidak memberi manfa’at kepadanya dalam hidup dunia ini, bahkan
jikapun mendatangkan kecelakaan. Ia yakin bahawa Allah akan mengurniainya manfa’at abadi pada
sisiNya diakhirat. Dan bahawa kejahatan itu adalah jahat dalam setiap keadaannya meskipun ia tidak
merasainya atau tidak khawatir akan merasainya dan merasai bencananya dalam hidup dunia ini,
bahkan jikapun ia akan memperoleh man fa’at daripadanya. Ia mengetahui dengan yakin bahawa
apabila di dunia ini ia luput dan hukuman kerana perbuatan jahatnya, di akhirat ia takkan dapat lari
dari siksaan.
Dengan adanya dua arah yang berlainanini, maka dalam hidupnya manusia memiih salah satu dua
jalan yang berbeza. Manusia yang tidak mengimani akhirat tidak akan dapat melangkah walaupun
selangkah di dalam jalan Islam. Apabila Islam berkata kepadanya: “Keluarkanlah zakat hartamu untuk
fakir dan miskin, yang dengannya engkau meng harapkan wajah Tuhanmu”; ia berkata: Zakat itu akan
mengunangkan hartaku; akan kuambil riba daripadanya ganti pengeluaran zakatnya; akan ku bawa
ke mahkamah perkara pinjam meminjam; manakala mahkamah memperkenankan tuntutanku akan
ku ambil rumah-rumah dan tanam-tanaman yang mereka miliki.
Apabila Islam berkata kepadanya: “Berkata benarlah engkau; jauhi perkataan keji, meskipun
kebenaran itu akan membawa bencana berat dan kedustaan akan mendatangkan manfa’at yang
besar”; ia berkata: Aku tidak akan berkata benar jika mendatangkan mudrat kepadaku; tiada kujauhi
perkataan keji jika memberi manfa’at kepada ku; aku tiada takut kepada cacian-cacian yang bersebar
di kalangan manusia. Ia melalui jalan yang sepi dan di situ dijumpainya sesuatu yang berharga, lalu
Islam berkata kepadanya: “Meskipun benda itu tiada pemiliknya di situ jangan engkau ambil”. Tetapi
ia berkata: Mengapa aku tinggalkan suatu benda yang ku peroleh tanpa usaha dan kesungguhan yang
bererti? Dijalan ini tiada orang yang melihatku yang boleh menunjuk kan daku kepada polis, atau
menjadi saksi di mahkamah atau yang memburuk-burukkan daku dikalangan manusia. Apakah yang
menimpa daku apabila aku memanfa’atkan benda ini dan kupergunakan untuk kemaslahatan ku?
Seorang lelaki menyimpankan hartanya dan mengamanahkannya kepada orang itu, kemudian
lelaki itu mati. Islam berkata kepadanya: “Jangan engkau khianati harta sahabatmu yang engkau
pegang itu; kembalikanlah amanah itu kepada orangnya.” Ia berkata: Mengapa demikian? Adakah
seseorang yang boleh menjadi saksi bahawa si mati itu menitipkan hartanya kepadaku? Atau apakah
ahli warisnya mengetahuinya? Jika aku boleh memakan harta itu de sangat mudahnya tanpa khawatir
akan dihukum, dan tiada juga ocehan orang, apakah yang memaksaku memulangkan harta itu kepada
yang berhak?
Singkat perkataan: Sesungguhnya Islam mengajarnya melalui jalan yang lurus dalam setiap
langkah hidupnya, tetapi ia menentangnya. Tiada dipiihnya melainkan jalan yang sesuai dengan
hawanafsunya. Nilai segala-galanya dalam Islam adalah mengikut natijah-natijah abadi di akhirat,
sedangkan pandangannya tidak melampaui akan natijah natijah yang lahir dalam hidup dunia ini.
Dan sini tahulah anda mengapa manusia itu tidak mungkin menjadi Muslim tanpa percaya
akan akhirat. Bah kan, adalah benar bahawa keingkaran seseorang akan ke hidupan akhirat akan
menceburkannya dan darjat kemanusiaan ke dalam kerak darjat kebinatangan yang paling bawah. Ia
takkan boleh tinggal menjadi seorang muslim.
KEBENARAN ‘AQIDAH AKHIRAT
Anda telah mengetahui akidah akhirat, hajat manusia kepadanya, dan faedah yang dapati oleh
manusia dan ‘aqidah ini. Sekarang, kita hendak menerangkan dengan cara yang singkat, bahawa
aqidah yang telah diterangkan oleh Rasul s.’a.w. mengenai akhirat adalah benar, juga mengikut
pendapat akal. Meskipun kepercayaan kita akan ‘aqidah ini berpegang kepada RasuluLlah s.’a.w. dan
membenarkan apa yang diturunkan kepadanya tanpa membawa-bawa akal, tetapi apabila kita
pergunakan fikiran kita sedikit sahaja nescaya kita ketahui bahawa ‘aqidah akhirat ini sangat dekat
dengan akal.
Di dunia sekarang ini ada tiga ‘aqidah mengenai akhirat dan kehidupannya:
(1) Satu golongan mengatakan yang ada hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita hidup dan kita mati,
tiada kehidupan selepas mati. Ini adalah ‘aqidah orang mulhid yang menyebut dirinya sebagai pakar
sains.
(2) Golongan lain berkata, bahawa manusia itu berturut turut mati dan hidup, sekali lepas sekali, di
dunia ini juga, supaya ia memperoleh balasan amalnya. Apabila amalnya pada kehidupan pertama
adalah jahat, pada kehidupannya yang berikat ia akan menjadi binatang seperti kera, anjing atau
kucing, atau dengan rupa pokok, atau menjadi seorang lelaki yang hina. Apabila amalnya baik, akan
terarigkatlah kedudukannya dan menjadi tinggi darjatnya. ,Aqidah ini dikemukakan oleh sebahagian
manusia yang fikiran keugamaannya tidak berkembang.
(3) Golongan ketiga beriman akan Hari akhir, berkumpul, hadir di hadapan Allah, dan mengimani
pembalasânNya ke atas amal manusia. Ini adalah ‘aqidah yang diajarkan oleh seluruh para Nabi
‘alaihimussalatu Wassalam.
Marilah kita perhatikan sedikit ketiga ‘aqidah ini:
Apa yang dikatakan oleh golongan pertama, dan ‘aqidah yang mereka pegang, mereka tiada
melihat adanya kehidupan manusia selepas mati, bahkan tanah akan memakannya dan bumi akan
memfanakannya setelah matinya.
Apakah ini merupakan suatu hujjah? Jika anda tidak melihat seseorang itu hidup selepas
matinya, yang paling mungkin anda sebut ialah bahawa anda tidak mengetahui apa yang berlaku
selepas mati. Adapun dakwaan anda yang anda mengetahui tiada kehidupan selepas mati, sebenarnya
tiada mempunyai dalil.
Seorang lelaki penduduk sebuah kampung tidak pernah menyaksikan kapal-terbang dengan
matanya. Yang mungkin dikatakannya hanyalah bahawa ia tidak mengetahui benda apa kapal-terbang
itu. Tetapi, jika ia berkata, ia mengetahui bahawa di dunia ini tiada satu benda yang bernama kapal
terbang, orang banyak akan menyalahkannya, kerana ketiadaan melihat suatu benda bukan bererti
benda itu tiada. Bahkan andainya seluruh penduduk bumi sepakat mengatakan tidak melihat benda
yang tersebut, mereka tiada boleh mendakwa bahawa benda itu tidak ada atau tidak mungkin ada.
Adapun ‘aqidah yang kedua, katalah: Bahawa seseorang itu telah menjadi manusia pada
kehidupannya yang sekarang ini kerana ia telah melakukan perbuatan baik ketika ia menjadi haiwan
dalam kehidupannya yang pertama; dan bahawa seekor haiwan itu telah menjadi haiwan pada
kehidupannya yang sekarang ini kerana ia telah melakukan perbuatan jahat pada waktu ia menjadi
manusia dulu dalam kehidupan nya yang pertama; dengan perkataan lain, bahawa manusia sekarang
ini adalah manusia, dan haiwan sekarang ini adalah tumbuhan; semua itu adalah natijah
perbuatannya yang baik atau yang jahat, dalam kehidupannya yang pertama. Demikianlah mati dan
hidup berturut-turut berlaku padanya di dalam dunia ini.
Mengenai perkara ini timbul soal: “Benda apakah yang ada di dunia ini pada permulaan
kejadiannya?” Jika anda jawab: “Manusia!” Tidak dapat tiada ia merupakan hewan atau tumbuhan
sebelum itu. Jika tidak, amal baik manakah yang mengurniainya pertukaran menjadi manusia? Jika
anda jawab: “Haiwan atau tumbuhan!” Tak dapat tiada ia berujud manusia sebelum itu. Jika tidak
demikian, perbuatañ jahat apakah yang telah menceburkannya bertukar menjadi haiwan atau
tumbuhan sebagai ganjaran ke atasnya?
Orang yang mengemukakan ‘aqidah ini tidak mungkin menentukan permulaan makhluk di alam ini
pada suatu masa tertentu. Kerana setiap masa yang ada, tidak dapat tiada didahului oleh suatu masa
sebelumnya, sehingga masa yang akhir merupakan akibat perbuatan pada masa lampau. ini adalah
menyalahi akal dan tiada bersesuaian dengannya.
Ambil sekarang ‘aqidah yang ketiga. Pangkat ‘aqidah ini ialah, bahawa Allah Ta’ala telah
menetapkan suatu hari di mana kiamat akan terjadi. Bumi akan bertukar menjadi bukan bumi dan
langit. Ini adalah perkara yang tidak disangsikan oleh orang yang berakal. Ia membuat seseorang
tambah berfikir mengenai kejadian alam ini. Ia menambah pengetahuan manusia bahawa tiada yang
kekal dalam alam ini. Semua kekuatan dan semua alat yang ada padanya adalah terhad, tidak dapat
tiada akan menjadi fana pada suatu hari. Oleh kerana itu, telah sekata seluruh ‘ulama’ ilmu fisika
bahawa matahari akan menjadi sejuk pada suatu masa kelak, akan hilang cahayanya, dan bahawa
bintang-bintang dan planit-planit pada satu masa akan berlanggar antara mereka dan akan
memusnahkan dunia ini.
Kemudian, ‘aqidah ini mengemukakan pula, bahawa manusia akan menghadapi kehidupan
yang lain. Apakah ini mustahil? Jika mustahil, bagaimanakah manusia boleh sampai kepada
kehidupan dunia yang sekanang ini? Tiada syak lagi bahawasanya Allah yang menjadikan manusia di
dunia ini, berkuasa menjadikannya pada kali yang lain selepas matinya.
Kemudian, dalam ‘aqidah ini dikemukakan, bahawa manusia ini dicatitkan amal-amalnya, yang
baik dan yang jahat, dan akan dibentangkan di hadapannya dalam kitab terbuka pada Han Kiamat.
Sekarang inipun boleh kita jumpai sesuatu yang membenankannya:
Pada masa lampau manusia menyangka bahawa suara yang keluar dan mulut kita menjadi
lebur dan bersebar di dalam udara selepas berlaku pengalunan. Tetapi, pada masa akhir ini orang
mengetahui bahawa bagi setiap suara itu ada kesan yang ditinggalkannya pada benda-benda yang ada
disekelihingnya. Dan adalah mungkin mencatitkannya dan menghidupkannya selepas itu. Atas dasar
inilah manusia telah menciptakan gramophon. Ini menunjukkan bahawa setiap gerak yang kita
lahirkan di dunia ini akan terakam pada sesuatu yang mencatitkannya dengan sesuatu cara. Jika ini
kita ketahui akan menjadi yakinlah kita bahawa seluruh perbuatan kita di dunia ini dicatitkan dan
terdaftar yang menghidupkaanya semula dan menghadirkannya pada kali yang lain termasuk perkara
mungkin.
Perkara keempat yang datang dalam ‘aqidah inialah, Allah Ta’ala sesungguhnya akan membalas
amal hambanya pada hari Allah mengumpulkan mereka: yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas
jahat. Siapakah yang dapat mengatakan ini perbuatan mustahil? Adakah padanya sesuatu yang
menyalahi akal? Bahkan akal itu sendini menghendaki Allah mengumpulkan hamba-hambaNYa pada
suatu hari dan mengadili mereka dengan cara yang hak. Yang demikian itu, kita melihat ada orang
yang berbuat baik sedangkan ia tidak mendapat pahalanya di dunia, atau berbuat jahat sedangkan ia
tidak mengalami siksaan di dunia. Bahkan, kita menyaksikan orang-orang salih kadang-kadang
memperoleh mudrat, dan orang-orang jahat kadang-kadang hidup dalam kemewahan dan tenggelam di
dalam kenikmatan. Dalam kejadian-kejadian seperti ini akal dengan sendirinya menuntut, hendaklah
orang itu menerima balasaannya dengan sempurna dalam dua keadaan: atas amal baiknya atau ama!
jahatnya.
Perkara yang penghabisan mengenai ‘aqidah ini ialah adanya Jannah ( syurga — pent.) dan api
(= neraka — pent.). Adanya benda-benda itu bukanlah perkara mustahil. Apabila Allah Ta’ala berkuasa
menciptakan matahari dan bulan, planit marrikh dan bumi, bagaimanakah ia lemah daripada
mencipta Jannah dan api? Tatkala mengumpulkan manusia di mahkamahNya, seyogianya Allah Ta’ala
memberi tempat yang mulia, terhormat, senang dan gembira kepada orang yang dikurniaiNya pahala.
Dan bagi mereka yang di azabNya disediakan tempat yang hina, tersiksa, dukacita dan pedih.
Fikirlah semua perkara ini. Anda ketahui tanpa ragu ragu bahawa ‘aqidah ini adalah ‘aqidah
yang paling hampir kepada akal di antara semua ‘aqidah yang anda jumpai dewasa ini di dunia ini
yang berkenaan dengan kehidupan manusia selepas mati. Tiada padanya sesuatu yang menyalahi akal
atau mustahil adanya.
Kemudian, apabila perkara ini telah disampaikan kepada kita melalui lidah Muhammad s.’a.w.
— dan beliau dalam kebenarannya, dalam keamanahannya, dalam kesuciannya, seperti telahpun anda
ketahui — yang padanya kebaikan dan segala kebaikan bagi diri kita bahawa akal menghendaki kita
mempercayainya dan tidak mahu kita menyaksikannya tanpa alasan dan keterangan.
KALIMAH YANG BAIK
Ini adalah ‘aqidah yang lima’, yang merupakan asas pembinaan Islam, yang sesungguhnya telah
tersimpul di dalam satu kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah”. Jika
anda mengatakan “Tiada Tuhan melainkan Allah”, anda sebenarnya mengakui keabdian anda terhadap
Tuhan yang esa, tidak terhadap tuhan-tuhan yang batal. Demikian juga, jika anda mengatakan
“Muhammad itu utusan Allah”, anda telah membenarkan bahawa Muhammad s.’a.w. itu adalah
utusan daripada Allah kepada HambaNya. Ini memaksa anda membenarkan risalah Muhammad;
bahawa anda mempercayai semua yang diterangkan oleh Muhammad s.’a.w., méngenai ujud Allah,
sifat-sifatNya, MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Nabi-NabiNya, dan mengenai Hari Akhir. Anda mestilah
melalui jalan yang ditunjukkannya untuk mengabdi kepada Allah dan mengikut hukum-hukum dan
titah-perintahNya.
 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template