Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Tuesday

SUSUK ADA UNSUR SYIRIK

Perbuatan memakai susuk walau dengan apa niat dan cara sekali pun, hukumnya haram di sisi Islam berikutan penggunaannya mempunyai unsur syirik dan secara terang-terangan cuba mengubah kejadian Allah SWT.

Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Ahmad Shukri Yusof, berkata meskipun ada pengamal perubatan tradisional mendakwa mereka mengamalkan kaedah yang tidak bertentangan dengan hukum Islam apabila tidak menanam bahan tertentu seperti besi atau logam dan hanya menggunakan ayat al-Quran, ia tetap meragukan dan perlu dijauhi.

"Kaedah pemakaian susuk biasanya ada kaitan dengan amalan sihir dan jika membabitkan sihir pasti ada penyelwengan.

"Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas ada yang tidak kena. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran," katanya.

Ahmad Shukri berkata, pemakaian susuk juga berisiko mempengaruhi seseorang itu mempercayai kuasa lain selain kuasa Allah.

"Apabila pemakai susuk mula berasakan kelainan yang dikehendaki seperti menjadi perhatian ramai dan mendapat pujian kerana kecantikan, timbul perasaan semuanya berpunca daripada susuk digunakan.

"Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar," katanya.

Ahmad Shukri berkata, Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk.

"Bagi wanita, Islam hanya membenarkan mereka berhias untuk suami semata-mata dan bukan menunjuk-nunjuk kepada pihak lain. Apabila memakai susuk, ia secara tidak langsung cuba menarik perhatian orang lain dan dosa yang ditanggung menjadi lebih besar," katanya.

Ahmad Shukri berkata, pemakai susuk juga disifatkan sebagai individu yang tidak mensyukuri pemberian Allah.

Katanya, manusia adalah sebaik-baik kejadian dan setiap manusia perlu menghargai kesempurnaan yang diberi, tetapi jangan sampai ke tahap yang menimbulkan riak.

"Sesiapa yang memakai susuk perlu mengeluarkannya semula dan segera bertaubat memohon keampunan Allah," katanya.
 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template